24 :: h a p p i e r t h a n e v e r

265 36 44
                                    

Sunghoon menekan loceng pintu rumah Bella. Nafasnya yang tercungap - cungap itu dibiarkan. Setelah loceng dibunyikan beberapa kali, maka muncullah muka Jay.

Rakan - rakannya yang lain berada di pejabat untuk menguruskan sijil kematian Bella dan yang lain. Hanya Jay yang berada di rumah, itu pun dia memaksa Sunghoon.

“ ingat dah taknak datang ” sindir Jay.

Sunghoon memandangnya dengan riak muka tidak puas hati. “ Bella mana? ”

“ ingat dah tak kisah lepas bahagia dengan si sundel tu ”

“ eh kau jaga mulut kau eh ”

“ ikut aku naik atas. ” arah Jay.

apabila Jay sedar yang Sunghoon tidak mengikutnya ke tingkat atas, dia memanggil lagi. “ kau nak tengok Bella kan? naiklah atas ”

Jay menolak pintu bilik Bella. Keadaan bilik yang kemas itu terasa seperti ada kehadiran Bella.

Jay mengambil kunci yang berada di atas meja. Dibekasnya tertulis “ kalau kau ambil kunci Jung Bella, saka dekat rumah ni akan menghantui kau ”

“ Bella arahkan aku jaga bilik ini. dan dia nak kau dan aku je yang tengok bilik ni. ”

Sebaik sahaja Jay membuka pintu, dia menghidupkan lampu hiasan dan lampu belajar di atas meja. Sunghoon pula memerhatikan sekitar bilik besar itu.

“ Kau nak tahu tak apa jadi sewaktu kau menang pingat skating? ” tanya Jay dan mula mengambil sebuah buku yang bertulis ‘ Park Sunghoon , S1 : Happiness ’

“ waktu tu, Bella nampak kau peluk dengam Ivy. Ya, dia nampak. Aku perasan yang dia nampak sangat kecewa. Jadi aku tekad nak ikut dia keluar dari universiti itu. Dan kau tahu apa? Dia hampir accident, Hoon. Hampir accident. Aku yang sempat tarik tangan dia. Ramai orang datang di tempat kejadian, dan aku berharap kau akan datang jenguk juga. Namun rupanya, kau lagi memilih untuk keluar dengan Ivy. Dia sakit, Hoon. Tapi dia tahan sebab dia rasa kaulah yang terbaik bagi dia. ”

Tangan Jay mengambil pula buku ‘ Park Sunghoon S2 : The Betrayal ’ .

“ setahun Ivy kurung kau, kau buat taktahu je sedangkan kau boleh active Instagram? Dia meracau dan hampir gila cari kau. Rendah kan martabat sebagai seorang atlet demi kau. Dia tak kisah kalau orang cop dia sasaeng, asalkan dapat berjumpa sekejap dengan kau. Kami berusaha bahagiakan dia. Bawa dia pergi theme park, beli barang, makan beramai - ramai, camping , dan macam - macam lagi. Tapi buat kali keduanya, aku sempat selamatkan dia lagi. ”

Tangan Jay mengambil buku ‘ Park Sunghoon S3 : Expectation ’

“ selepas dia tahu segala - galanya, dia kata kami buat drama palsu untuk tarik perhatian dia. Sampai satu tahap, kami terpaksa bagi dia alamat rumah kau dan minta dia cari semuanya sendiri. Namun apa yang kau buat? Mata tu, tak pandang dia dengan perasaan kasih sayang seperti sebelum ini. Kau ego, Hoon. Kau ego dengan segala - galanya. Sedangkan Bella selalu cakap yang dia akan terima kalau kau datang dan meminta maaf atas segalanya. Tapi, kau tolak dia sehingga dia koma? Dia gila, Hoon. Dia penghidap penyakit Schizophrenia dan Angiosarcoma. Tapi kau ada ambil tahu? ”

“ sepanjang aku duduk dan jaga dia, dia tak pernah sekali pun tak sebut tentang kau. dia selalu tanya ‘ mesti Hoon makin handsome kan? ’ ‘ nanti ada album baru, jangan lupa belikan aku pc Hoon tau? aku nak tampal dekat dalam buku ’ . Sampai satu hari, dia kata yang dia bodoh. Dia bodoh sebab sayangkan orang yang tikam belakang dia sendiri. ”

“ dia cakap dengan aku, ‘ Jay, aku ni bodohkan? percaya pada yang belum pasti. aku terlupa yang mulut manusia hanya boleh berjanji, tapi belum tentu boleh menunaikan. aku... aku hanya nakkan kasih sayang dia. sayangkan aku seperti orang lain. bahagiakan aku, cintakan aku. tapi... kenapa semuanya sangat susah? biarpun tak lama lagi aku mati, aku cuma nak tengok wajah dia je, Jay. wajah dia je yang aku tengok. tangan dia, muka dia, suara dia, semuanya perfect. tapi kenapa aku tak boleh dapatkan semua tu? ”

cheating on you • park sunghoon || [ ✓ ]Where stories live. Discover now