Gadis Ecru 2

1.3K 12 0
                                    

Gadis Ecru 2

Aku yang masih lena dibuai mimpi yang indah di mana aku berjumpa dengan seorang lelaki di bawah pohon kelapa di tepi pantai.Kami bermesra dan akibatnya buah kelapa jatuh di atas kepalaku.

"Aduh!"Aku terus bangkit dari tidurku yang panjang.Tak masuk akal !

Mataku melirik ke arah jam dinding yang berada di sebelah kiri.

Aku terkejut melihat patung beruang yang setinggi lima kaki yang sedang merenungku,masyaallah! Apakah bendanya ni?

 Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering,lagu barat,'what the hell' yang dinyanyikan oleh Avril Lavigne, penyanyi kesukaanku merupakan nada deringnya.

Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat pada skrin,"Siapa punya nombor nie?"

Nombor yang terpapar pada skrin ialah nombor yang lansung tidak ada dalam senarai nombor yang aku miliki.Siapa agaknya ?

"Hello?"Aku menjawab panggilan tersebut.Perasaan ingin tahu aku sangat kuat dari perasaan berjaga-jaga.

Aku terdengar suara orang berdehem dalam talian.

"Cari siapa?"Aku sengaja berikan soalan cepu emas kepada manusia yang dalam talian tersebut.

"Tak ingat suara ni?"balasnya.

Eh,lelaki? Aku berfikir sejenak. Dia tanya aku balik???Siapa pula yang main 'hide and seek' nie?  Satu demi satu persoalan menyerang kepalaku."Urgh!"Aku merengus perlahan. 

"Maaflah,kalau tak ada perkara penting yang nak disampaikan,sila berambus.Saya tengah sibuk nie,kena sambung tidur balik.."Aku menjawab dengan sinis.

Ibu jariku hendak menekan butang merah yang terletak di bahagian kiri telefon bimbitku.

"Betul-betullah minah nie,hey! Kau dah lupa dengan lelaki yang kau free-free langar tu?"Suaranya agak serak dan lantang.

Aku tersentak,mataku membulat.Tersirap darahku mengimbas kembali peristiwa tempoh hari.

Takkan dia masih berdendam? Memang sakit otak mamat nie!

Aku cuba mengawal perasaanku,"Oh,yang itu..kenapa?"lakonanku agak cemerlang.Aku bangga sendiri.

"Aku di depan pintu bilik sewa kau.."kata lelaki itu.

Aku ketawa,"Apa kau merepek nie?Jangan mengarut benda yang bukan-bukan.."

Dia memotong percakapanku,"Aku tak mengarut,apatah lagi merepek..itu semua hanya membuang masa aku.."nadanya berubah menjadi serius,"Kalau kau dengar bunyi ketukan maknanya aku tak mengarut", panggilan terputus atau lebih tepat lagi,dia yang matikan.

"Ey,nanti-nanti!"Aku menggelabah.Usahaku memang sia-sia.

Aku hairan kenapa lelaki itu bertekad sangat nak tuntut pembalasan karma.

Aku pejamkan mata,"Harap-harap tiada ketukan.."aku menyebut berulang-ulang.

Tok,Tok,Tok Bunyi ketukan pintu bilikku.

Pantas aku celikkan mata,"alamak!?Macam mana nie?Apa aku nak buat nie?Mampuslah!"Aku berguling-guling di atas katil.

Bunyi ketukan mendatar dan tidak berhenti,"Aneh,bersemangat juga dia mengetuk pintu bilik orang pagi-pagi buta ni?", Aku mula ragu-ragu.

"Baik aku pergi tengok..",bunyinya macam detektif penyiasatan pula.Aku bangkit dari katil dan menuju ke arah pintu.

Tanganku memegang tombol pintu dan memulasnya sambil mengawal perasaan berdebar-debar yang menebal dalam dadaku.

Gadi§  €cruWhere stories live. Discover now