3. surprised pup

41 0 0
                                    

Sepasang organ pancaindra milik Emelda membulat menunjukkan kekeluan ditemani ulas bibir yang terbuka dan tertutup. Seketika, gadis itu kembali bereaksi normal.

Tiada apa yang boleh dihalang apabila manusia mula melihat apa yang kelihatan menyeronokkan.

Dan dalam situasi Emelda, 'hubungan' bersama Anas William, the hot delinquent who is also Marika's biggest pride, menjadi tarikan paling hebat semenjak lelaki itu ditangkap kerap bersama dengan Emelda.

Sejak petang tadi, Mawar mengkhabarkan bahawa #AnasPuteri mula trending di Twitter. Adakah itu kedengaran mustahil untuk dua orang pelajar sekolah menengah?

Mungkin ya, mungkin tak.

Mawar yang berbaring di sebelah masih leka dan berminat untuk mengorek segala teori, pendapat dan perbahasan yang terkumpul di sebalik sebaris #AnasPuteri itu.

"Still stalking?" Lemah Emelda menyoal.

"I tak percaya you are with Anas. That boy.. He isn't a mere bad boy. He is a WILD one. He bites!"

Aka, adalah lebih elok untuk tidak mencari pasal dengan lelaki itu. Selalu mereka yang bermusuhan dengan Anas tidak berakhir dengan takdir yang baik. Itu apa yang Emelda dapat konklusikan. Itu yang dimaksudkan dengan 'bite'.

"Sampai hati Princessa hide the biggest love story from Mawar?"

Emelda menggeleng mendengarkan penggunaan perkataan sahabatnya itu. Over betul.

"Stop exaggerating, Mawar. He isn't primitive. And we are not even friend-"

"Tipu."

Emelda memeluk tubuh dengan wajah mengalah

"I tak pernah dengar Anas ada kawan. If he was a wolf, he would be known as a rogue. The only kawan that he has is pengetua!" ujar Mawar dengan penuh semangat.

Semua orang tahu bahawa Anas tidak mempunyai kawan. Dia tidak rapat dengan sesiapa dan selalu bersendirian. Lelaki itu mengelak dari berinteraksi, jika ada pun selalunya jelingan atau penumbuk. Seorang yang melakukan hal sendiri tanpa mengisahkan pandangan orang lain.

Anas betul-betul seperti serigala yang tersisih, cuma yang sebetulnya, Anas merupakan serigala yang tidak mampu didekati. It seems like he trusts no one.

Mawar membaca thread yang tersusun.

I'm sure Anas and Puteri are dating. OH MY GOD. When did these two become a thing?

I think Anas is just playing with her... Adakah ini After's Marika version? Tachod.

Had no idea Puteri would like him lmao. So, her type is tall, smart and bad??? Tak aci la siot T_T

Hear me out. I was there too at cafe. i think i saw Anas smiling. They even shared food!

currently sobbing. tak tahu nak jealous dengan Anas or Puteri 😭

@AnasWilliamOfficialFanAccount
Girl look-

Nah, he is just trolling around. Since when Anas has interest in someone? Plus, Puteri is too bookworm. Meh.

No! Willy OPPARRRR~

She is so lucky 😩

Apa ni?!!! Tiffany Puteri Emelda my loveee <\3<\3

Gsgsgsgggsgsgs gsgsgsgsg they both got good genes, bayangkan anak dorang nanti 😀

Nak jadi tinggi? Makmal kami telah menyediakan satu ubat-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Delinquent Named Anas [OH]Where stories live. Discover now