Bab 13 - Kebenaran

36 6 0
                                    

Happy Reading ! ✨✨

Maaf kalau tak berapa nak best.
Idea tak berapa nak ada ni HAHAHAHA.
Maaf ye kalau ada typo.
Janganlah baca je ~ komen , vote and follow la A-Qian sekali UHUHUHU.
A-Qian harap korang sukalah cerita ni

Author : Yi Qian / Leeya🖤

"XuanXuan! Tunggulah! Kau nak pergi mana ni?" Song Jiyang mengejar lelaki yang baru sahaja lari entah kemana tadi

Sampai sahaja disatu tempat terpencil, didalam hutan yang tidak jauh dari set pergambaran.. Xue Yang berhenti.

Pokok yang berada ditepinya di tumbuk dengan kuat.

"Itu semua tak akan mungkin terjadi. Pasti mereka cuma mereka-reka cerita. hahahaha" dia berkata dalam hati cuba menenangkan diri walaupun air matanya sudah menitis-nitis dipipi.

Song Jiyang yang melihat dari jauh cuba mendekati Xue Yang yang bertubuh Wang Haoxuan itu.

"Haoxuan.. mari balik? Kenapa kau lari ke sini. Marilah.." Perlahan-lahan Song Jiyang berjalan kearah Xue Yang.

Pisau yang sudah lama disimpan Xue Yang secara senyap dikeluarkan dihalakan ke arah Song Jiyang.

"Pasti kau pun sama sahaja, bukan?! Cuba mereka cerita dan berkata yang Xiao Xingchen dan aku akan mati.. tsk! Aku tak akan percaya" riak wajah yang mengerikan dari Xue Yang terlihat.

Mata yang membulat sambil dibasahi air mata , bibir yang tersenyum sinis , tangan dipisau , memandang Song Jiyang dengan satu aura yang menyeramkan membuatkan Song Jiyang terhentikan langkahnya untuk mendekati Xue Yang.

"Wang Haoxuan.. kenapa kau jadi macam ni? Selama ni kau tak macam ni pun. Aku kenal kau. Lagi pun, kenapa kau sampai macam ni sekali. Tu cuma cerita, kalau kau tak percaya pun kau boleh baca sendiri kisah Bandar Yi tu." Walaupun sedikit takut Song Jiyang masih sedaya upaya cuba memujuk kawannya itu

"Hah! Kenapa aku macam ni? Sebab aku bukan Wang Haoxuan! Aku bukan dia! Dia berikan aku badan dia dan aku taktahu kenapa.. apa yang aku nak sekarang cuma balik untuk berjumpa dengan Daozhang aku!!!" Xue Yang membaling pisau itu dan pisau itu terbang lalu terpacak dipokok.

Song Jiyang menggelengkan kepalanya

"A-apa kau cakap ni? Aku tak fahamlah. Berikan badan? Siapa?"

Xue Yang terduduk.

Melihat pisau yang sudah tiada di tangan Xue Yang, Song Jiyang memberanikan diri mendekatinya dan duduk disebelahnya.

"Aku tak tipu. Aku ialah Xue Yang. Wang Haoxuan datang berjumpa aku pada malam tu. Dia kata dia berikan aku badan dia ni , aku hanya boleh pulang bila aku dah ubah diri aku dari jadi diri aku yang sekarang." Xue Yang melihat Song Jiyang dengan mata sayu

Terbeliak mata Song Jiyang mendengarnya

"Tunggu, jadi kau nak kata yang kau dan Wang Haoxuan bertukar roh ke? Dan roh yang ada dalam badan ni sekarang ialah Xue Yang? Pembunuh psycho yang berada dari dalam Mo Dao Zu Shi??"

Xue Yang menggangguk.

Song Jiyang sedikit menjauhkan dirinya.

"Kau kenapa? Tak percaya? Atau takut?? Sebab aku pembunuh psycho? Tsk!" Xue Yang tergelak kecil tiba-tiba. Dia pun bangun dari dudukkan nya berdiri bersandar pada pokok.

Song Jiyang bangun sama ikut Xue Yang.

"Mestilah aku percaya. Takut? Tak aku tak takut pun dengan kau. Hehehe. Aku cuma-"

a Changing Life | [XueYang x XiaoXingchen]Where stories live. Discover now