Part 5 (Last) : Cindai

422 10 0
                                    

"Ughh" keluh mereka yang baru tersedar dari pengsan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ughh" keluh mereka yang baru tersedar dari pengsan. Mereka mendapati diri mereka di tempat mayat wanita yang di tunjukkan mahkluk itu tadi, hari masih gelap mereka mendapati bahawa apa yang dilalui bukan mimpi. Mereka buntu memikirkan jalan penyelesaian. Alif yang baru terjaga selepas dirasuk memulakan bicara " apa yang jadi?".. Mendengar bicara Alif mereka hanya mampu terdiam. Mereka saling ketakutan Diana tidak berhenti menangis akibat terlalu takut, Daus yang suka berkata besar kini sudah diam, mereka semua buntu. Tidak lama selepas itu datang bau-bauan yang sangat busuk menusuk rongga hidung mereka.

Tiba-tiba Diana yang sedang menangis menunding jari ke arah langit, musykil dengan apa yang Diana tunjukkan, mereka pun melihat ke arah yang ditunding Diana... Tergamam mereka apabila melihat susuk tubuh wanita yang berpakaian putih melayang-layang di udara dengan muka yang menyeramkan biji mata yang terkeluar, kesan darah di perut, rambut yang panjang penyapu tanah sambil menangis dan ketawa silih berganti. Angin menjadi kencang lalu Tasya diangkat naik ke atas oleh mahkluk itu, Tasya berteriak dengan kuat meminta untuk dilepaskan, rakan-rakannya sudah mula gelabah dan resah, hendak ditolong tidak boleh.

 Angin menjadi kencang lalu Tasya diangkat naik ke atas oleh mahkluk itu, Tasya berteriak dengan kuat meminta untuk dilepaskan, rakan-rakannya sudah mula gelabah dan resah, hendak ditolong tidak boleh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Makhluk itu kemudiannya memandang Tasya dengan pandangan yang sayu seolah mahu memberi tahu sesuatu, tidak sempat berbuat apa-apa kedengaran suara Pak Samad berteriak ke arah mahkluk itu. "CINDAI! sudah! Hentikan apa yang kau buat!" kerah Pak Samad kepada mahkluk yang dipanggilnya Cindai itu.

Mendengar Pak Samad memanggil 'Makhluk' itu dengan nama, sekumpulan remaja itu memandang Pak Samad dengan wajah penuh seribu tanda tanya. Tetapi itu bukan masa yang sesuai. Sebaik sahaja mahkluk itu mendengar suara Pak Samad, ia melepaskan Tasya yang dibawanya tadi dan menuju ke arah Pak Samad. Ia menerkam wajah Pak Samad dan kedengaran Pak Samad mengerang kesakitan. Kelima-lima remaja yang diselubungi rasa takut yang teramat sangat itu hanya mampu melihat. Tidak lama selepas itu Pak Samad mengarahkan mahkluk itu untuk berhenti. Dia lalu membuka bicara "Cindai sudahlah, maafkan aku.. Berhenti ganggu mereka, mereka tidak bersalah, kau bunuhlah aku cindai jika kau mahu.. Tetapi maafkanlah aku dahulu" kata Pak Samad kepada mahkluk itu. Kelima sahabat itu semakin ingin tahu apa yang telah terjadi. Bagaimana Pak Samad tahu nama mahkluk yang mengganggu mereka itu? Dan Mengapa Dia meminta maaf kepada mahkluk itu? Perasaan ingin tahu mereka semakin membuak.

Tidak lama selepas itu, kelihatan mahkluk itu semakin tenang. Ia membawa mereka ke masa silam. Ia menceritakan segala pengalaman pahit hidupnya dan bagaimana dia mati. Maka terungkailah segala-galanya. Namanya Cindai, dia merupakan salah seorang pelajar asrama itu pada 30 tahun lepas. Cindai ialah sorang murid yang pandai dan cantik. Kecantikan Cindai membuatkan ramai pelajar - pelajar di asrama itu menggilai dia, tetapi semuanya merubah apabila dia bertemu dengan Samad yang pada ketika itu berumur 26 tahun. Mereka saling menyukai antara satu sama lain sehinggalah mereka terlanjur.

Akan tetapi setelah Cindai memberitahu bahawa dia telah mengandungkan anak Samad hasil hubungan gelap mereka.. Samad tidak dapat menerima kenyataan dan tidak mahu bertanggungjawab atas anak tersebut. Maka berlakulah pertengkaran atas mereka sehingga samad mengambil keputusan untuk membunuh Cindai. Pada hari cuti selepas tamat peperiksaan Samad menyuruh Cindai untuk tidak pulang dan menemaninya bekerja. Pada waktu semua sudah pulang, Samad mengambil keputusan menikam perut Cindai dan membunuhnya beserta anak dalam kandunganya. Sebelum Cindai pergi untuk selama-lamanya dia bersumpah yang dia akan menghantui asrama itu sehinggalah ada orang  tahu tentang kematiannya. Tetapi Samad enggan berbuat demikian dia tidak akan memberitahu sesiapa dan tidak mahu menyerah diri kepada pihak berkuasa. Maka dia mengambil keputusan untuk menanam mayat Cindai di kawasan taman itu dan melarang sesiapa sahaja yang  mendekati kawasan taman itu sehinggalah hari ini.. Tasya dan rakannya merungkai misteri itu.

Sejak hari itu kisah tentang Cindai menjadi bualan mulut orang dan tidak asing lagi di kalangan pelajar asrama itu. Pak Samad telah ditangkap diatas tuduhan membunuh dan dijatuhkan hukuman mati, manakala mayat cindai telah disemadikan dengan aman. Begitulah pengakhiran hidup Cindai yang malang. Sekian.

                    ~The End ~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                    ~The End ~

ᑕIᑎᗪᗩI Where stories live. Discover now