Babysitter [1]

162 14 2
                                    

"HYUNGGG TOLONGGGG"

"Apa dah jadi ni?! " -scoups

"AARRGGHHHH SEUNGKWAN NATANG TU PANJAT ATAS KAU"

"AAARRGGHHHH GO AWAY LAH YOU LIPASSS"

"GUYYSSS DINO KENA CABUL DENGAN LIPAS GUYSSS"

"TIDAKKKK AKU DAH TAK SUCI"

"SCOUPS HYUNG ADA BABI ATAS KEPALA HYUNGG"

"MANA-MANA??!!  HUARGHHHH"

Sekop pun dah ikut terjerit jugak

Woozi dah tak tahan dengar babun semua tu jerit,  dia pi ambik kamus tebal 70 inci pastu hempap kat lipas tu.

Dengan kejammnya Woozi pergi duk pukul lipas tu.

"Weh, aku rasa dah nazak dah lipas tu. "

"Ye wehh.. "

"Heishh korang ni bising betul.  Kacau aku nak tido"

S. Coups hanya menggeleng kepala dan memandang ke arah member nya dengan pandangan yang penuh misteri dan sukar ditafsirkan

"Apa kau pandang kitorang macam tu?" kata Jeonghan suspicious.  Dia takut tu senanya 🌚🌚.

"Lepas semua mandi,  kita adakan mesyuarat tergempar. " dengan senyuman penuh makna.

⛅⛅⛅

"Haa apa dia kau nak cakap?" kata Joshua. S. Coups hanya tersenyum dan menarik nafas kemudian hembus.

Mampus kang anak orang kalau tak hembus nafas tu.

"Aku tau berita ni akan mengejutkan korang lagi lagi booseoksoon. Jadi dengan sekali nafas aku nak cakap"

Semua member dah hairan. Ada yang nervous jangan cakap aaa..  Ada yang nak pengsan.

"Aku nak cakap yang lusa kita akan start jadi babysitter kepada 5 orang budak. Ni adalah profil diorang.  Pepandai korang lah nak hafal nama diorang." dengan sekali nafas dia cakap one shot terus.

Suasana tetiba jadi krik krik...

Buk!!

"Guyss,  booseoksoon dah tumbang guyss" kata Junhui sambil cucuk pipi tem-- I mean pipi gebusss Seungkwan.

"Aku dah agak" Minghao hanya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa lusa? " tanya Jeonghan dengan gaya duduk bos nya.

"2 minggu lepas aku dah rancang dengan Joshua. Patutnya minggu depan tapi memandangkan flight parents diorang lusa so aku terpaksa tangguhkan tarikh asal"

"Jadi maksudnya Joshua tau hal ni tapi tak bagitau kitorang?! Why Joshua kau kembar aku kot" kata Jeonghan sambil mengelap air mata palsunya.

Joshua hanya memandang Jeonghan dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Dah dah. Meeting dah tamat. Berambus lorrhh" kata S. Coups dan sesekali dia menyepak kaki Hoshi yang menghalang laluan.

Masing-masing hanya akur dengan arahan scoups. Yelah, dari tak buat apa kat rumah baik kerja.

95 liner tu kaya,  tapi tu lah. Malas nak cari kerja.

🌕🌕🌕

Semua ahli SVT membuka fail yang memaparkan profil 5 orang budak yang diorang akan babysitt lusa.

Junhui membuka profil yang tertera nama Choi Soobin. Hmmm... Boleh tahan comel. 'Macam arnab'

Satu perkataan yang muncul di kepala Junhui apabila memandang gambar Soobin.

Mingyu pula membuka profil yang tertera nama Choi Yeonjun. Dipandangnya lama gambar budak tu sampaikan....

Pap!

"Sorry Mingyu aku tak sengaja" kata DK dengan sengihan nya.

Kesian member punyalah nak ingat muka budak tu sekali fail tu melekat kat muka dia.

Minghao dan Woozi pula melihat kearah profil yang tertera nama Kang Taehyun.

Pelbagai idea mula mencurah keluar sebaik sahaja melihat muka Taehyun. 'Boleh jadi geng memboek ni' sambil smirk.

Vernon membuka profil yang tertera nama Hueningkai manakala Jeonghan membuka profil Choi Beomgyu.

"Comel" itu perkataan pertama yang keluar dari mulut mereka berdua.  Bukan macam Junhui.

"Guys, sekarang korang dah tengok profil diorang kan? Jadi aku harap korang ingatlah muka diorang ni yerr"

Booseoksoon dengan blurnya mengangkat tangan.

"Hah apa?"

"Choi Soobin, Choi Yeonjun dan Choi Beomgyu ni adik-beradik eh?" tanya Hoshi. Member yang lain tepuk tangan sebab ni first time diorang tengok Hoshi ni bijak.

"Tak. Diorang ni cousin. Boleh katakan, diorang semua ni tadi sepupu" kata Scoups kurang pasti.

Apa derr... Bak kata KKM "Tak pasti, jangan kongsi"

"Dah everyone. Kita kena get ready untuk lusa. Jadi, we must prepare ourselves tomorrow and start the mission the next day" kata Mingyu berkobar-kobar.

Semua orang yang pandang pun faham tak faham jekk.

Babysitter [SVT ft. TXT]🐥🌸 ✅Where stories live. Discover now