BAB | 31

662 35 10
                                    

Arriesya dan rakan-rakannya bersorak apabila hari terakhir persekolahan mereka tamat dengan menjawab kertas SPM yang terakhir.

"Lepas ni dah bebas! Yahoo!"jerit Safiyya.

"Banyaklah kau punya bebas. Tahu nak berseronok je"omel Raisha.

"Arrie. Apa plan kau lepas ni?"soal Emilia.

"Entahlah. Maybe aku nak cari kerja. Aku nak belajar sikit selok belok pasal ubat-ubat. Yelah. Kan aku nak jadi doktor. Kau?"jawab Arriesya.

"Aku? Ummi aku suruh aku tolong dia dekat butik dia. So,terpaksalah"jelas Emilia.

"Kau,Sha? Fiya?"soal Arriesya.

"Aku nak sambung form six"jawab Raisha.

"Aku dah janji dengan boyfriend aku. Nak tolong kakak dia dekat bakeri"jawab Safiyya.

"Berkepit je dengan boyfriend kau tu. Tak kahwin. Tak tahu lah"sindir Emilia. Safiyya memijak kasut sekolah yang dipakai Emilia. "Tahu kau single. Tak payah nak jealous".

"Tak mati pun single"balas Emilia.

"Girls. Ingat tak hari ni hari apa?"soal Arriesya.

"Hari apa? Rabu. Asal?"jawab Safiyya.

"Aku tahu hari ni hari Rabu.. Kejap. Weh! Aku gerak dulu. Hangout esok! Bye!". Arriesya terus meninggalkan tiga orang rakannya itu.

"Apa hal tu?"soal Raisha.

Emilia hanya tersenyum.

"Senyum sorang-sorang apa hal?"tegur Safiyya apabila melihat Emilia tersenyum sendirian.

"Tak ada apa. Jom balik". Baru beberapa tapak,tubuh Emilia ditarik dari belakang.

"Bagitahu kitaorang,Emilia. Korang berdua sembunyikan apa daripada kitaorang?"soal Raisha.

"Dekat sikit"arah Emilia. Safiyya dan Raisha mendekati Emilia. "Arrie dah nak jadi tunang Abang Ryz"bisik Emilia.

"Serius lah?!". Suara Safiyya naik seoktaf.

"Diam lah. Yes! Aku serius. Dorang buat tertutup je. Arrie suruh aku jangan bagitahu dulu. Tapi,si Sha ni bagi aku pandangan yang menakutkan. Terpaksa aku bagitahu"jelas Emilia.

Kemudian,mereka bertiga meninggalkan sekolah itu dengan penuh kenangan.

#####

Jantung Arriesya berdegup kencang. Dia bagaikan tidak percaya bahawa dia akan menjadi tunangan orang di usia muda. Arriesya melangkah masuk ke dalam villa. Sanak saudaranya memenuhi ruang tamu itu.

"Arrie. Pergi mandi lepas tu pakai baju yang mummy dah sediakan. Jangan lambat. Go"arah Tengku Hanani.

"O..kay". Arriesya naik ke tingkat atas. Dia meletakkan tote bag di atas katil. "Betul ke apa aku buat ni? Jadi tunang Ryz". Arriesya terus menanggalkan pakaian sekolahnya dan terus masuk ke bilik air.

#####

Arriesya turun ke ruang tamu setelah bersiap. Ryzen yang sedang berbual dengan Tengku Syed Emir terus mengalihkan pandangannya. Ryzen terpegun melihat gadis itu.

"Ehem. Ryz.. Apa tengok anak babah macam tu?"tegur Tengku Syed Emir. Ryzen hanya tersengih.

Arriesya naik ke atas mini pelamin dan Puan Sri Eryana mendekati gadis itu. Puan Sri Eryana menyarungkan cincin di jari manis gadis itu. Arriesya menyalami tangan tua itu lalu dikucupnya.

MAFIA : RYZEN TAYLOR [ON GOING]Where stories live. Discover now