Harini Haura diberikan kebebasan pulang dia dah penat nak duduk hospital sebab bosan tak ada orang jaga sedangkan ada je orang jaga tapi dia yang menghalau orang itu siapa lagi kalau lelaki yang bernama Ayden Mikael.
Pintu dibuka perlahan Haura yang sedang bersiap-siap memusingkan badannya untuk melihat siapakah gerangan yang masuk dalam wadnya itu.
Haura mengeluh perlahan sudah banyak kali dah dia cakap dengan lelaki itu jangan sesekali jejak kaki kesini untuk berjumpa dengannya.
"Awak nak apa"
Dingin sahaja suara Haura matanya masih fokus melipat pakaian-pakaian untuk dimasukkan kedalam beg.
"A-aku rindu kau"
Mendengar ucapan itu Haura terkedu seketika.Dia cakap yang dia rindukan Haura?betul ke?Haura segera menggelengkan kepalanya anggap sahaja ayat tu tak pernah wujud.
"Tolong Haura jangan tinggalkan Aku!"Rayu Ayden.
Haura tersenyum sinis baru sekarang dia merayu sebelum ni dia pukul pernah ke dia dengar rayuan Haura?pernah ke dia kasihan kan Haura?.
"Awak jangan buat lawak Ayden"
Ayden tahu yang Haura masih marahkan dia isteri mana yang tak kecewa bila diperlakukan seperti boneka.
"Tolong bagi aku peluang! tolong bagi aku betulkan semua ni balik bagi aku peluang untuk aku cintakan kau!"
Haura menghadap Ayden yang masih meraih simpati itu.Tangan dia ringan sahaja untuk menampar lelaki itu.
"Peluang?awak cakap pasal peluang boleh saya tanya awak sesuatu?"
Ayden masih berdiri tegak matanya tepat memandang anak mata isterinya nampak penuh kebencian.
"Selama Kita berkahwin pernah awak bagi Saya peluang untuk cintakan awak?"
Terdiam.
Ayden terdiam ayat yang keluar dari mulut gadis itu betul-betul memberi kesan pada dirinya.Ye dia tak pernah beri Haura peluang malah dia terus Dan Terus menyakiti orang yang tidak bersalah.
"Kenapa awak tak jawab?sebab tiada jawapan?"
"Haura aku-"
"Jadi kat sini perlu ke saya bagi awak peluang untuk awak cintakan saya?"
Ayden terdiam dia betul-betul mati kata .
"Macam ni lah saya boleh maafkan awak tapi Saya minta tolong sangat-sangat lepaskan saya!"
Akhirnya air mata yang ditahan Haura tadi jatuh juga.
"Saya dah cukup derita tinggal dengan awak Ayden!Tolong lepaskan saya! tolong ceraikan saya Ayden Mikael!."Suara tangisan Haura memenuhi segenap ruang bilik itu.
"Saya janji lepas awak lepaskan saya,Saya janji saya takkan ganggu awak!awak nak bawa keluar masuk perempuan banyak mana pun tiada siapa yang akan ganggu awak."
Haura mengesat kasar air matanya,baju yang sudah dipack dalam beg itu dizipnya.Haura keluar dari bilik tersebut meninggalkan Ayden yang masih diri membatu.
"Selagi aku hidup kau milik aku Haura Medina tu janji aku"
-
-
-
Zara hanya melihat Haura yang termenung dari tadi tah apa yang dimenungkan tu tak tahulah."Haura kau ada problem nak share dengan aku?"
Haura memandang kearah Zara dengan senyuman kecil.Dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja tiada apa yang perlu dibincangkan dengan Zara biar dia sahaja yang tahu apa yang berlaku.

YOU ARE READING
SUAMI DARI NERAKA
RomanceMengisahkan tentang Haura Medina seorang gadis polos yang dipaksa oleh ibu Dan ayahnya untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang lansung tidak dikenalinya iaitu Ayden Mikael. Ayden Mikael merupakan seorang playboy, yang suka berfoya-foya Dan seora...