+ 2 0 +

3.8K 150 0
                                    

"Lembut betul cara Ardell bercakap dengan Idham tadi." Kepala aku terus menoleh ke arah Hariz yang fokus pada pemanduannya. Bau macam orang jealous je ni.

"Lembut terpaksa. Kalau boleh nak aje Ardell ber aku-kau dengan dia, tapi risau dia fikir Ardell ni biadab." Kata aku datar. Bila teringatkan apa yang Idham cakap dekat aku tadi, serious rasa macam nak muntah pink.

"Abang tak suka lah dia tu. Dia macam something. Faham tak?"

"Sebab tu ke abang tarik tangan Ardell tadi?" Aku memusingkan badan menghadap dia. Dia pandang aku sekilas sebelum angguk.

"Abang syak dia suka Ardell tau." Dapat aku tangkap wajah tidak puas hati dia. Tangan aku naik mengusap pipi dia. Kan aku dah cakap ada orang jealous.

"Memang dia suka Ardell pun. Siap confess tadi masa abang tengah jawab call mama." Kata aku mendatar. Hariz aku lihat sudah mengetap kuat rahangnya. Tahulah aku dia tengah tahan marah waktu tu.

"Tapi Ardell tak suka dia. Abang tak payah la risau. Dalam hati Ardell ada abang je. Abang je yang Ardell sayang, yang Ardell cinta." Kata aku lembut. Tangan aku yang berada di pipinya digenggam erat olehnya.

"Abang tahu." Katanya perlahan.

"Tapi abang still risau. Satu kolej tahu yang Idham tu playboy. And dia kalau nak apa-apa dia akan dapat. Tak kira dengan cara salah sekali pun." Terang Hariz. Aku mengangguk perlahan sebelum kembali menatap wajahnya dari tepi.

"Biarlah, tak payah kisah pasal dia. Yang Ardell tahu sekarang, Ardell akan sentiasa selamat sebab abang selalu ada dengan Ardell."

Hariz tergelak perlahan mendengar kata-kata aku. Pipi aku dia cubit lembut. Aku tersengih sebelum mata aku beralih ke luar tingkap.

"Eh ha abang! Lupa nak tanya. Kenapa mama call tadi?" Wajahnya kembali aku tatap. Meminta jawapan. Mendengar sahaja soalan aku, terus dia senyum.

"Jawab lah. Jangan senyum macam tu!" Aku mengembungkan pipi.

"Kak Qila dah selamat lahirkan baby girl. Itu yang mama call sayang, tapi dia pula tak reti jawab."

"Serious lah! Alhamdulillah."

"Petang nanti kita pergi hospital nak? Ardell nak tengok baby." Kata aku teruja. Mana taknya, dah lama kot tunggu anak buah aku sorang tu lahir. Dah la baby girl. Bertambah geng aku.

"Iya sayang, petang nanti kita pergi lawat kak Qila okay?"

"Tak sabarnya nak jumpa baby." Tangan aku yang berada dalam genggaman Hariz digoncang. Excited.

"Anak kita bila, sayang?" Soal Hariz. Kening diangkat berkali-kali sambil tersenyum nakal ke arah aku.

"Y-yang tu kalau ada rezeki, ada lah hehe." Kata aku perlahan. Mata sibuk melilar melihat kawasan parking apartment itu, langsung tidak memandang wajah Hariz. Risau dia perasan wajah aku yang sudah merah.

"Tapi kalau tak usaha tak guna juga sayang." Mata aku terus menjelingnya. Ha datang dah tu miang dia.

"Alolo kenapa muka merah merah ni cik adik oi? Panas? Nak cendol?" Usai dia berkata begitu, terus dia melepaskan tawa yang kuat. Amboi bahagia ya boleh usik aku.

"Dah lah. Malas Ardell layan abang. Buat sakit hati je." Aku terus berura-ura untuk membuka pintu, namun dengan cepat Hariz menghalang.

"Okay okay. Abang minta maaf. Taknak lah marah, gurau je lah." Tangan kasar Hariz naik mengusap pipi aku lembut. Aku hanya menggumam kecil.

"Dah jom turun. Rehat-rehat dulu. Petang nanti nak pergi tengok baby kan." Kata Hariz lembut. Aku angguk sebelum kami berdua terus keluar dari kereta. Tangan aku digenggam erat oleh Hariz. Kami mula berjalan menuju ke lift untuk ke apartment milik Hariz.

゚°☆☆° ゚

"Assalamualaikum!" Aku dah Hariz masuk beriringan ke dalam ward yang menempatkan kak Qila. Aku memandang wajah polos kak Qila yang sedang tidur.

"Dah lama ke kak Qila tidur?" Aku mendekati abang Ardrian, tangannya aku salam. Hariz juga turut melakukan hal yang sama.

"Baru je. Doktor suruh kak Qila banyakkan rehat. Badan dia lemah lagi." Aku angguk perlahan. Mata terus beralih ke arah Hariz yang sudah berada di sebelah troli bayi.

Aku mula bergerak mendekati Hariz. Bibir aku ternaik sedikit melihat Hariz yang tersenyum sambil mengusap lembut pipi bayi kecil itu. Pantang betul dia kalau nampak budak.

"Abang Ian, boleh Hariz dukung dia?" Soal Hariz. Amboi. Aku pun tak sempat lagi nak dukung baby, dia dah minta dulu.

"Dukung lah Riz." Kata abang Ardrian berselang tawanya.

Tanpa buang masa, Hariz terus mengangkat baby kak Qila dan abang Ardrian dengan berhati-hati. Pipi si kecil itu dicium sekilas.


"Abang dengan akak dah bagi nama ke dekat baby?" Mendengar soalan aku, terus abang Ardrian senyum penuh makna. Dah ada lah tu kalau macam tu.

"Elyana Amanda." Ucap abang Ardrian. Terus melebar senyuman aku.

"Assalamualaikum, Elyana Amanda sayang." Pipi si kecil yang berada dalam dukungan Hariz itu aku cium sekilas. Ya Allah geram betul tengok dia.

"Ardell macam dah tak sabar je tu nak ada anak sendiri?" Kata abang Ardrian. Wajah Hariz dia pandang seperti memberitahu sesuatu.

"Insya Allah, bang. Kalau ada rezeki nanti ada lah tu." Hariz senyum ke arah aku. Sempat dia mengenyit mata ke arah aku. Tch ingat kita cair lah tu.

"Tunggu apa lagi tu. Cepat-cepat sikit. Tu ibu dengan ayah rasanya dah tak sabar nak timang cucu. Tadi pun kemain excited main dengan El."

"Eh ibu dengan ayah dah datang?" Wajah abang Ardrian aku pandang, meminta jawapan.

"Haah. Sekali dengan papa mama." Aku angguk. Mata aku kembali menatap Hariz yang sibuk bercakap dengan Elyana. Comelnya!

"Tengok lah tu. Suami kau pun macam tak sabar nak ada anak. Ciri-ciri ayah pun abang tengok macam dah ada dekat dia." Bisik abang Ardrian perlahan.

Aku memandang wajah abang Ardrian sekilas sebelum mata aku memandang Hariz. Senyuman nipis perlahan-lahan terukir di bibir. Insya Allah, suatu hari nanti Hariz pun akan rasa semua tu.

[C] HARDELL: Friend To LoverWhere stories live. Discover now