Sembilan

538 111 1
                                    

Bagaimana ingin kata berjauh hati, tanpa berkata aku jauh hati?

Bagaimana ingin ungkap rasa pilu, tanpa meluah aku menangis kerana kamu?

Bagaimana ingin tutur hati terluka, tanpa jujur hatiku terasa?

Layanan kamu itu berbeza kini.
Mengapa lebihkan dia sedangkan yang kenal-kenalan dahulu, kita?

Setiap kali, mesti dia.
Apa pun, mesti dia.

Mungkin, aku juga salah kerana bawa dia kepada kamu.

Atau mungkin...
Kamu hanya berpura menyayangi aku,
Demi memenuhi kepentingan kamu.

Bagaimana...

Tak mengapalah.

.

2021, November 1,
Jam 0126,
Harleen.

Lunatic Asylum Where stories live. Discover now