4

290 56 14
                                    

"Nah ubat untuk kau. Get well soon" Jungwon menghulurkan plastik yg berisi ubat buat Hyun.

"Thank you"

"Aku balik dulu" Ucap Jungwon bersama senyuman, lesung pipitnya timbul membuatkan Hyun turut tersenyum.

Dia terus berlari masuk ke dalam rumah dan memeluk ibu dan ayahnya. Bebelan dua orang tuanya itu diabaikan. "Ah, Hyun rindu eomma dan appa"

"Apa tak kena dengan anak kita ni?"

"Dia nak mengelak kena bebel ni. Hyun! Kamu pergi mana tadi ha?" Puan Kim menampar belakangnya perlahan.

Hyun tidak marah sebaliknya dia tertawa gembira.

Pagi, pintu biliknya diketuk dengan kuat tanpa henti

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Pagi, pintu biliknya diketuk dengan kuat tanpa henti. Dia mengambil bantal dan menutup kedua-dua telinganya. "Nak sambung tidur lagi. Nak mimpi lagi. Tak nak buka mata"

"Kim Hyun! Bangun cepat pergi sekolah! Ingat masih awal ke ha?" Marah Puan Kim lagi.

Hyun mengerutkan dahi dan membaling bantal yg digunakan untuk menutup kedua-dua telinganya tadi. Dia melihat sekeliling tak percaya. "Aku masih dekat sini?! Kenapa aku bukan didunia nyata?"

"Nyata apanya Hyun. Pergi sekolah cepat!"

Hyun berjalan masuk ke dalam bilik mandi sambil menggaru kepalanya. Dia melihat wajahnya didalam cermin. "Kenapa aku nampak muda sikit?" Soalnya kepada diri sendiri.

Lama dia diam mengamati wajah sendiri.

Dia menampar pipinya dengan kuat. Cuba memastikan sama ada dia boleh merasakan sakit ataupun tidak. "Auch! Sakit-"

"Takkan lah doa aku betul betul dimakbulkan?" Dia menampar sebelah pipinya pula. Sama sahaja. Sakit. "Ah!"

Dia menekup mulutnya yg terbuka luas akibat terkejut. "Kalau aku betul-betul kembali ke masa lalu maksudnya, semua sentuhan, semua yg terjadi bersama Jungwon tu betul-betul nyata?"

"Jungwon ingat aku?"

"Jungwon tak amnesia?"

"Eomma dan ayah belum bercerai?"

"Aku ingatkan Tuhan tak pernah dengar luahan hati aku. Tak sangka, doa aku dimakbulkan"

Air matanya bertakung. Terlampau gembira.

Hyun berlari sekuat hatinya menuju ke perhentian bas

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Hyun berlari sekuat hatinya menuju ke perhentian bas. Dia harap sangat Jungwon belum pergi ke sekolah. Senyuman lebar terbit ketika melihat kehadiran Jungwon. Kepala lelaki itu bergerak ke kiri dan ke kanan perlahan, matanya pula dipejam rapat, menikmati lagu di earphone.

Hyun berhenti disebelahnya. "Yang Jungwon.. kau tak tahu betapa rindunya aku dekat kau" Ucapnya.

Jungwon menanggalkan earphone ketika perasan ada seseorang berdiri disebelahnya. Dia tersenyum melihat Hyun. "Kau rupanya. Nampaknya kita sama-sama lambat"

"Tapi kau awal sikit"

Hyun duduk disisi lelaki itu dengan memasang wajah tenang. Padahal perasaannya bercampur baur. Dia berdebar debar, gemuruh, malu, suka dan rasa ingin terus memerhatikan wajah Jungwon tanpa henti.

Tapi sekarang dia dah tahu semua ni bukan mimpi tapi dia diberikan peluang untuk memperbaiki masa lalunya dan berbahagia. Jadi, dia tak boleh buat macam-macam.

Satu tindakan saja dapat mengubah segala-galanya.

Macam sekarang, sepatutnya dia dan Jungwon tidak bertegur sapa selama 2 bulan. Tapi disebabkan Hyun tidak menyatakan perasaannya semalam, hubungan mereka berdua masih baik.

Tiba-tiba telapak tangan Jungwon menyentuh dahinya. Terbuntang mata gadis itu dibuatnya. "Alamak kau tak sihat lagi"

"S-sikit lagi"

"Hm. Kau nak dengar lagu ni dengan aku tak?" Jungwon bersuara, menghulurkan sebelah earphone ke hadapan muka gadis itu.

"Okey" Hyun cuba menyumbatkan earphone tersebut ke dalam telinganya tapi tak sampai pula.

"Dekat lah sikit" Kata Jungwon. Tangannya memegang sebelah bahunya dan menarik tubuh kecil perempuan itu untuk merapat.

Jantung Hyun berdegup semakin kencang sampaikan risau lelaki itu dapat mendengarnya. Hampir tiada ruang diantara mereka berdua. Jarak muka pun sangat dekat.

Jungwon tersenyum menampakkan lesung pipitnya. "Kan bagus macam ni"

Dua 'kawan baik' itu bertentangan mata dalam masa yg agak lama. Pipi Hyun mula membahang dan dia hampir terlupa untuk berkedip.

Jungwon memainkan lagu, tanpa memecahkan hubungan mata.

"Tajuk lagu ni Apocalypse by Cigarettes After Sex. Best kan?"

Akhirnya Hyun berkedip, dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Tak tahan.

Kepala dianggukkan perlahan. "Best" Katanya perlahan.

'Vibe' lagu tersebut menghadirkan satu perasaan yg sukar ditafsirkan didalam diri mereka berdua.

'Vibe' lagu tersebut menghadirkan satu perasaan yg sukar ditafsirkan didalam diri mereka berdua

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
❝Happy Ending : Season 2❞ + JungwonDonde viven las historias. Descúbrelo ahora