bab 25 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

10.3K 938 134
                                    

"Aku minta maaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku minta maaf..Aku minta maaf sebab tengking, maki kau haritu..Sumpah, aku tak sengaja langsung waktu tu!"

Elyana terdiam.Riak terkejut terpasang pada wajahnya.Matanya juga sudahpun membulat besar.Terkedu dengan kata - kata yang baru saja keluar dari mulut lelaki dibelakangnya itu.

F-faer minta maaf?

"Aku betul - betul minta maaf.."sambung Faer lagi.Gadis yang membelakanginya itu dipandang dengan rasa bersalah.

Elyana mengelip - ngelipkan kedua matanya.Pipinya sempat ditampar perlahan.Cuba memastikan yang semua itu bukanlah mimpi semata - mata.

"Elyana, kau dengar tak ni?"soal Faer apabila dia masih belum mendapatkan sebarang respon daripada gadis itu.Dia bercakap seorang diri kah tadi?

Elyana berdehem.Dirinya yang hampir terpujuk dengan ucapan Faer itu lantas ditenangkan semula.Tak boleh Elyana, kau mesti garang sikit kali ni!

Kali ini sahaja!

"Jadi, kalau saya dengar pun, encik Faer Mahfuz nak saya buat apa? Hm?"duga Elyana dengan senyuman sinis yang di buat - buat.Badannya juga sudah di pusingkan menghadap suaminya itu.

"Kalau kau dengar, maafkanlah aku."

Elyana menjongketkan keningnya.Wajah Faer dipandang dengan pandangan yang menyampah.Padahal dalam hati, ingin sangat dia memeluk tubuh kekar itu!

Huwaa, rindu suaminya tahu tak?!

Tapi, demi memberi sedikit pengajaran buat lelaki dingin beku itu, di tahan jua perasaannya.Tak pe, kali ini sahaja!

"Encik nak saya maafkan encik? Kenapa? Encik ada buat salah dengan saya ke?"

Faer meraup wajahnya kasar.Sah, rajuk gadis itu masih belum beransur lagi!

"Elyana, aku minta maaf..Aku betul - betul minta maaf sebab marah kau hari tu..Aku dah tak nak dah rasa perasaan bersalah ni..Tolonglah.."luah Faer sambil menatap mata Elyana itu.

Memang betul pun apa yang dia kata kan itu.Selagi dia dan Elyana belum berbaik, selagi itulah perasaan bersalah akan terus menghantuinya.Sampai kan semua kerja dipejabatnya hampir tertangguh kerana memendam rasa tersebut.

Boleh gila dia!

Elyana membuat muka selamba.Senyum bahagianya sedaya upaya cuba untuk di sembunyikan.Siapa je yang tak bahagia bila mendengar ucapan Faer itu tadi?

Meskipun ia bukanlah luahan cinta mahupun kata - kata manis sekalipun!

"Rasa bersalah? Bukan rasa puas?"sindir Elyana sambil membalas renungan Faer.

Faer menghela nafas beratnya.

"Elyana, aku minta maaf."ucap Faer dengan suara yang perlahan.Riak buntu terpasang pada wajahnya.Entah apa lagi yang perlu dia lakukan agar Elyana mahu memaafkan dirinya.

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now