30

20 6 7
                                    

───ෆ───

tok tok tok

" masuk lah "

pintu bilik aku dibuka dari luar. siapa lagi kalau bukan eomma. aku yang sedang baring, tukar posisi jadi duduk.

dengan mata kuyu, aku mendongak. memandang eomma yang tengah jalan menghampiriku.

" kenapa eomma belum tidur lagi? dah lewat malam ni " tangan eomma aku elus lembut.

benda pertama yang aku nampak dekat muka eomma adalah senyumannya.

" eomma taknak tidur lagi "

" ish ada pulak macamtu... " aku mencebik. sebenarnya marah. tak macamni, eomma dah lah jarang ada masa terluang, jarang berehat.

then bila ada masa ni, eomma taknak gunakan dengan sebaiknya. ada pulak kata taknak tidur lagi.

" eomma. jangan lah macamni. jiyong tahu eomma penat sangat kan sebab kerja. jadi eomma kena rehat jugak "

perlahan lahan aku urut tangan eomma, diikuti lengan dan juga kaki. aku taktahu kenapa tiba tiba je aku jadi rajin nak urut orang.

" ya eomma tahu. nanti eomma rehat okey sayang " aku mengeluh. haa tengok, eomma degil.

" eomma dengar cakap jiyong boleh? eomma perlukan banyak rehat tau. kalau eomma tak rehat nanti eomma sakit "

" lepastu kalau eomma sakit, macam mana eomma nak buat kerja? mesti susah kan? jiyong cakap ni cuba eomma dengar. ni semua untuk kebaikan eomma jugak tau "

aku sambung urut kaki eomma. suasana hening. bunyi kipas je yang kedengaran.

" jiyong-ah "

" yaa? "

" eomma ada― "

" eomma ada benda nak cakap dekat jiyong? " soalku dengan nada agak entah susah nak terangkan.

" macam mana kamu tahu? "

aku tersengih kecil. " teka je eomma. betul ke?? " aku mendongak, memandang eomma yang duduk dekat atas katil.

aku duduk dekat lantai memandangkan sesi mengurut masih belum habis hehe.

" betul lah tu. meh meh duduk dekat sebelah ni "

aku lekas bangun, dan duduk disamping eomma. lengan eomma aku paut erat. sengaja nak bermanja manja. dengan eomma sendiri apa salahnya kan?

" okey sekarang eomma nak cakap apa? bagi lah tahu "

eomma diam, tidak menjawab soalanku. 1 minit aku tunggu, masih takde jawapan. yang ditunggu lain tapi yang dapatnya lain.

rambutku diusap lembut. sepasang mata eomma terarah pada kepalaku. wajahnya yang kelihatan tenang itu, aku amati diam diam.

" jiyong dah besar dah. cantik, baik, periang, dengar kata... eomma rasa bertuah sangat dapat anak macam kamu " tutur eomma.

" eomma, kenapa ni? jangan lah buat jiyong sedih " aku kembali mencebik.

" jiyong dah semakin dewasa, jadi tak boleh menangis sebab benda kecik kan? "

" eomma jawab lah kenapaa "

" kenapaa. jawab lah orang tanya ni " lengan eomma aku goncang goncang(?) kuat.

" eomma taknak tengok anak eomma sedih tau lepasni. jiyong kena kuat okey sayang? "

aku dah tak boleh tahan, end up aku menangis tanpa tahu sebabnya. dapat aku rasakan, air mata aku turun dengan sangat laju.

" benda yang eomma nak cakap ni berkaitan dengan kevin dan eomma rasa, dah sampai masanya untuk kamu tahu "

.....

" sebenarnya kevin... dah pergi... "

aku membeku ditempat duduk. nafasku mula jadi tak teratur. kevin pergi? apa maksud eomma? pergi mana?

" jiyong-ah. kevin dah pergi " eomma ulang lagi ayat yang sama. aku memandang eomma dengan reaksi bingung.

" jap jap. a-apa m-maksud eomma k-kevin dah pergi? " tanya aku sambil berusaha memproses semua benda ni.

serius aku kata aku tak faham. satu apa pun.

" kevin dah pindah sayang. jauh dari sini "

mulut aku seakan dikunci. kevin p-pindah? tapi bilaa dia pergi? dengan laju aku menggeleng kepala, tak percaya dengan ucapan eomma tadi.

senyuman kekok terukir dibibirku.

" hahaha eomma tipu kan? jiyong tak percaya. mustahil kevin dah pindah jauh dari sini. jiyong kenal kevin. dia takkan tinggalkan jiyong sorang sorang dekat sini "

sambil bercakap, aku hanya terus gelengkan kepala. hanya geleng dan terus geleng. tak... tak! aku takkan percaya.

" kevin dah pergi tepat pada malam, hari jiyong dan jacob keluar. dia datang rumah sebab nak jumpa jiyong untuk kali terakhir tapi malangnya jiyong takde "

" eomma stop! jiyong taknak dengar apa apa. jangan cakap lagi. jebal... " aku menunduk seraya menutup kedua belah telinga menggunakan telapak tangan.

" eomma mintak maaf sebab tak bagitahu jiyong awal awal. eomma cuma taknak jiyong sedih "

pandanganku tertumpu pada lantai bilik. kenapa aku rasa asyik aku je yang kena benda macamni. lamunan aku automatik mati kerana usapan lembut dibahagian kepala.

" maafkan eomma sayang "

sayu sayu aku dengar kata kata yang keluar dari mulut eomma. tiada sebarang respons, aku diam membisu.

selang berapa minit, eomma bangun dan berjalan keluar dari bilikku.

bayangannya hilang, aku pun bangun, berlari ke pintu bilik dan menutupnya dengan agak sedikit kuat dan ianya menghasilkan bunyi.

sekarang ni aku perlukan masa untuk bersendirian.

our feelings , bae jacobWhere stories live. Discover now