BAB 66

1.2K 57 2
                                    

"PATIENT bed number 7, Fahryil Danial, 26 years old. Patient ni patient VIP, anak Tan Sri. Post-MVA (motor vehicle accident) diagnosed with brain concussion, non-displaced ribs fracture at left-side number 5th and 6th, day 10. Branula at left hand. Patient on normal diet. Dressing dah buat, luka dia semua makin baik, okey saja tak ada signs of inflammation, tak ada puss. Masa doktor round pagi tadi, doktor Lee order untuk cuci guna normal saline saja dan tutup gauze dengan Povidone untuk luka dekat tangan dan bahu dia. Saya dah call physio dan dah order spirometry untuk patient proceed chest physio. Ubat dia pukul 12 tengahari tadi semua dah bagi. Kalau patient request painkiller nanti, bagi Tramal macam biasa, ni doktor ada order Tramal PRN (bila perlu). Tapi kena assess dulu pain score dia. Vital signs pukul 4 petang ni tak payah ambil sebab dia tengah meeting. Patient ambulating well. Cuma, kalau wife dia datang, korang boleh nampak patient ni buat drama Melayu. Tiba-tiba tak boleh nak jalan, tiba-tiba nak kena dipapah. Nak makan pun kena suap. Padahal kalau wife dia tak ada... elok je buat semua sendiri, tak pernah panggil nurse pun." Jururawat senior yang sedang memberikan laporan hanya mampu menggelengkan kepala di hujung ayatnya. Dua orang jururawat yang sedang menerima laporan syif petang itu tergelak mendengar kenyataan yang terakhir. Beberapa orang jururawat yang lain turut ketawa geli hati. Karenah Fahryil sudah menjadi bualan ramai kakitangan di wad itu.

"Adik, awak baru masuk kerja hari ni, kan? Nanti awak jumpalah patient bilik 7 ni. Muka dia handsome macam pelakon Thailand. Tinggi lampai, sado, kulit putih, kening lebat, suara pun macho tau!" Salah seorang jururawat di situ memberitahu kepada jururawat muda yang baru sahaja lapor diri pada hari itu. Beberapa orang lagi jururawat yang ada di situ turut mengangguk kecil dengan wajah yang teruja.

"Korang tak tengok waktu syif aku, masa tu dia baru saja bangun lepas dah sehari tak sedarkan diri. Dia bukannya panggil kita, tapi eh tahu-tahu dia dah hilang. Tak ada dekat bilik. Korang tahu dia pergi mana? Dia pergi berdrama dekat lobi bawah dengan wife dia. Kita ni macam nak tercabut jantung dengar patient hilang tak inform apa-apa pada staff nurse tahu! Jenuh weh nak kena buat incident report nanti."

"Tapi korang tengok tak wife dia? Cantik gila! Sumpah! Cantik macam anak patung. Aku yang perempuan ni pun boleh fangirl wife dia tau. Sudahlah cantik, baik pula tu selalu bagi makanan ke wad," Seorang lagi jururawat mula menyampuk.

"Eh, come on! Tu crush akak tu. Kalau kau tengok muka dia kan dik, mesti kau terkejut sebab cantik macam bidadari. Mata dia... warna biru." Jururawat senior yang memberikan laporan tadi menambah lagi.

"Eh, itu bukan sebab dia pakai lense ke?"

"Itu original mata dialah. Takkan dia pergi sekolah pakai contact lense warna biru pula? Wife dia tu bersolek pun tidak, takkan tiba-tiba nak pakai contact lense warna biru?" jururawat yang mengaku sebagai 'fangirl' Humayraa mula mempertahankan.

"Wife dia pergi sekolah? Cikgu ke?" jururawat muda itu bertanya ingin tahu. Melihatkan umur Fahryil, disangkakan isteri lelaki itu berusia tidak kurang berbeza dengan Fahryil.

"Eh, tak. Wife dia tu budak sekolah. Muda lagi. Umur pun baru 18 tahun. Umur kau berapa dik? Umur wife dia lagi muda daripada kau," jururawat yang baru melapor diri itu bertambah terkejut apabila mengetahui umur Humayraa 18 tahun.

"Umur dia 18 tahun tapi dia masih Tingkatan 5. Baru nak ambil SPM bulan depan, kan? Macam adik saya." Jururawat yang lain meminta kepastian.

Suasana menjadi senyap seketika apabila Juvieya Aima berjalan di hadapan kaunter jururawat. Gadis model tinggi lampai itu sempat menjeling ke arah jururawat-jururawat yang berkumpul di kaunter.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now