2: Senior yang Disayangi

22 4 1
                                    

"Dalam tu, wallet spoon." Mayo lepaskan tangan Zamin yang dia pimpin dari tadi. Tangannya menunding ke arah laci loker milik entah siapa. Mana tak nyer, dia tawaf satu asrama ni sambil pimpin tangan Zamin. Katanya dia boleh tolong cari.

"Loker siapa ni?" Mayo bertanya, kepalanya memandang semua orang yang ada di dalam dorm nombor 11 ini.

"Loker Parjo." Seseorang membalas, kami semua menoleh arah Parjo yang mukanya nampak tertanya-tanya. Tak ada angin tak ada ribut, orang datang masuk bilik. Mana tak pelik budak tu jadinya.

"Jo, bukak loker hang tu lekaih. Cheq nak tidoq ni." Flash merungut, dia bercekak pinggang memandang Parjo yang masih lagi terpinga-pinga. Lepas dengar arahan Flash, terus lelaki itu berdiri ke arah loker miliknya. Parjo bukak pintu loker, Mayo pula tarik laci dalam loker itu keluar,

"Aip Yo. Spender aku kat situ." Parjo pesan, merah mukanya mungkin malu. Siapa je tak malu bila orang tengok spender kita? Kot ada yang koyak, dua kali ganda malu mat.

"Ni ke wallet Spoon?" Di tangan Mayo ada satu wallet. Dia tayang pada Spoon, junior itu angguk. Mayo buka wallet tersebut mahukan kepastian, lepastu mungkin ada kad pengenalan milik Spoon dalam tu, dia pun angguk seorang diri. Mayo angkat muka, dia pandang budak yang duduk sebelah aku, Darwish. "Budak tu yang ambik."

Mayo mendekati Dariwsh, dia hulur wallet milik Spoon itu pada tuannya, "aku baca body language kau sebenarnya. Kau gelabah bila aku masuk sini dengan Zamin (nama sebenar Spoon), tak baik Wish. Jangan buat orang macam tu, jangan aniaya orang. Boleh faham?"

"Kalau dia tak faham, aku boleh kasi fahamkan." Aku genggam penumbuk. Mata dah tajam pandang si Darwish yang ada dekat sebelah. Ini sekali makan tangan aku, mahu taubat jadi budak Tahfiz kerja hafal Al-Quran je lepas ni. Mayo geleng kepala, tidak izinkan. Hampeh!

"Duit Spoon tak ada hilang. Tapi Wish, jangan buat lagi boleh? Sekali lagi kau buat, aku tak tolong dah. Aku kasi je Smiley settlekan kau ni. Okey?" Aku senyum sahaja pada Darwish, senyuman aku bukannya buat penyejuk hati. Orang makin gelabah bila aku senyum pada diorang.

"Hm, baik bang."

"Settle dah an? Dah ah, cheq nak pi tidoq lu." Kata Flash. Mamat ni pun satu, nak tidur je kerjanya. Walau aku tahu itu cara dia untuk lari topik. Flash bangun dari duduk di atas katil entah siapa, dia betulkan sedikit kain pelikat miliknya sebelum berjalan keluar daripada bilik diikuti Mayo.

"Apahal penuh dekat sini? Ada kenduri ke?" Langkah kami semua terhenti, aku mula bengang dah tengok mamat acah bagus depan pintu dorm ni. Tak sampai sesaat dia tayang muka, aku dah angin je.

"Wah, lancau sudah mari ma! Ini ketua punya power ah, taik pun orang cebok woo!" Flash bersuara dalam nada menyindir dengan skrip Shark KL gengster. Kamal getap bibir, nampak marah dengan sindiran itu.

"Bla lah, ketua taik kuceng. Kuceng punya taik pun wangi lagi lah hawau. Kerja on call dengan betina, buat kerja sendiri tak mau. Jawatan besar mau. Pergi mampos lagi baik ler ekau nie." Fahim tambah lagi, aku cuma mampu ketawa dengan ayat yang keluar dari mulut adik aku itu.

"Dah ah, takde apa Mal. Dah settle dah, gaduh sikit tadi. Balik dorm, tutup lampu." Mayo leraikan masalah sebelum bertambah besar. Kami semua berjalan meninggalkan Kamal yang nampak angin itu. Sempat Flash tunjuk jari tengah dekat dia sebelum berlalu pergi.





---









"Aku ada berita hangat!" Flash menjerit riang. Kami yang nampak macam zombie baru bangkit dari kubur itu memandangnya kosong.

"Awat hangpa ni? Macam mayat ja."

"Tak tidur malam tadi. Ada benda sakat." Mayo balas,

"Arggghhh! Sial! 4 tahun den duduk sinie, first time kena kacau macam ni!" Fahim baringkan badannya atas katil dan tutup muka dengan bantal. Malam tadi Flash tak ada sekali sebab dia kena jaga budak dekat bilik kesihatan. Ni masuk-masuk ja ceria semacam.

"Ahh, biasalah tu. Asrama kot, ini berita terhangat di pasaran yeop!" Flash buka baju dan gantung di dalam loker miliknya. Dia kemudian duduk di atas katil dan memandang kami semua satu persatu.

"Apo?" Soal aku terpaksa sambil lelapkan mata, mengantuk sangat yang teramat.

"Kamal tengah in relay dengan budak form 2."

"Bior ler dio Flash, dio fak up nanti, masalah dio gak." Balas Fahim pula, dia masih setia tekup muka dengan bantal.

"Aku tahu, tapi dia try Amanda mat!"

"Fak ah, bullshit gila?" Fahim secara drastiknya duduk bila dengar nama perempuan yang Flash sebut. Flash angguk kepala laju gila untuk soalan Fahim itu.

"Budak yang sakit semalam syiok kat si Amanda tu. Dia kata Amanda rejek dia sebab dia dengan Kamal."

"Amanda yang macam bidadari tu? Dengan mamat sial? Tolonglah." Aku juga pelik dengan apa yang sedang berlaku. Susah nak percaya, Amanda tu budak yang hafal 30 juzuk Al-Quran walaupun dia baru form 2, ayu, cantik. Semuanya ada dekat dia. Dia anak HEM, semua orang gila kan dia. Termasuklah...

Fahim.

"Den lagi kacak kot daripada Kamal tu? How come eh?" Berkerut-kerut dahi Fahim fikirkan mengapa cintanya ditolak tetapi bukan cinta budak skema Kamal tu, dia mengusap dagunya dengan dahi berkerut.

"Mungkin dia nak yang goodboy. Kau tu bengis, perempuan mana je nak kau?" Mayo menambah sambil matanya melekat pada buku teks,

"Betul. Kamal tu depan perempuan kan baik nak mampos."

"Aahhhh! Sial! Enkorang diam eh? Jangan cam sial dopan den." Fahim tutup telinga tanda protest. Sabarlah Him, manusia sekarang memang pandang rupa walaupun kita technically lagi berupa dari Kamal.

"Hangpa kena kacau pa malam tadi?" Kami bertiga diam sejenak. Ah, kes malam tadi memang buat kami langsung tak tidur.

"Teruk sangat, entah apasal. Aku rasa ada something wrong betul." Mayo bersuara. Dia sandarkan kepalanya pada kerusi dan letakkan buku di tangan menutup wajahnya,

Aku pandang Fahim. Kami sedang guna kuasa telepati kembar buat masa sekarang,

Ada benda tak kena dengan Mayo sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 11, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PadangWhere stories live. Discover now