𝟎𝟎𝟒

17 7 3
                                    

"HUAWARGHHH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HUAWARGHHH..." Y/n menguap tanpa menutup mulutnya yang terbuka sebesar kawah bulan. Seakan menjemput cicak terjun masuk ke dalam mulutnya sahaja.

PAP!

"Adoi sakitlah bongok!"

Y/n menggosokkan kepalanya yang baru sahaja dilibas dengan buku setebal Kamus Dewan Bahasa. Agaknya akan tumbuh benjol kot.

Dia menjeling tidak puas hati ke arah si pelaku yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda rasa bersalah. Seciput pun tidak.

"Ish kau ni, cubalah buat perangai elok-elok sikit boleh tak?"tegur Tsukishima.

"Malu aku tengok. Tak ngaku kawan"

Buku setebal alam yang baru dijadikan alat memukul kepala y/n segera lesap dari tangannya.

"Kenapa kau perlu pukul kepala aku? Buatnya aku cedera otak ke apa?" rungut y/n sambil memuncungkan bibir mungilnya.

Dia seorang yang pemalu sebenarnya. Bahkan setiap kali bercakap dengan orang lain dia lebih suka menjadi pendengar setia tanpa menyampuk. Pandangan mata pun dia jaga sesangat sampaikan tidak mampu nak bertentang mata. Tak cukup keyakinan dirilah katakan.

Namun,hanya dengan Tsukishima sahajalah dia boleh menjadi diri sendiri. Sudah lama dia berkawan dengan bidadara berambut blond itu. Ramai bidadari cemburu akan persahabatan akribnya.

Tsukishima memutarkan bebola mata. Menyampah kekadang dengan perangai beria y/n kalah drama queen.

"Eh minah, kita ni mana ada otak. Eh tak. Bukan kita. Kau tu je yang takde otak. So jangan risau kalau bergegar sekalipun Kau mana nak gunakan ia pun,kan?"

DUSH!!

Pedas sekali jawapan yang diberi. Savage dia takleh bawak bincang.

"Ouch, sampai hatimu, wahai Tsukki rakanku. Sanggup dikau mencincang hatiku?"

Y/n melekapkan telapak tangannya ke dada. Seakan-akan orang yang terkena serangan jantung lagaknya.

"Sebelum aku baling buku tu lagi dekat muka kau sampai kau taknak bangun-bangun,baik kau stop"

"...Baik tuan"

Serta-merta y/n berubah menjadi budak baik. Ia ,sungguh dia geruni kegilaan satu-satunya sahabat baiknya. Kalau dia cakap tu memang betul dia akan buat.

Tsukishima menggelengkan kepalanya. Kesengalan y/n takkan pernah berubah. Dia dengan selamba melabuhkan punggungnya di sebelah tempat duduk y/n.

"So, apa cerita?" Tanya Tsukishima. Kepalanya di dongakkan memandang langit berwarna kebiruan.

𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 ━𝙆. 𝙏𝙤𝙗𝙞𝙤Where stories live. Discover now