BAB 3

4 0 0
                                    

LUQMANN meraup rambutnya. Langkah kakinya hanya mengekori ke mana sahaja susuk tubuh kesayangannya dunia akhirat itu membawanya. Pantas betul tindakan mamanya dan Melissa. Tahu-tahu dia dipaksa rela untuk sama-sama makan tengah hari dengan dua wanita itu.

Luqmann

This is not good sign. You should gives me heads up first, Meen!

Yazmeen

Eh.. sebelum ni bos kata, kalau melibatkan mama bos, saya kena ikut je..

Luqmann

Yelah.. Tapi keep me informed la.

Yazmeen

Semalam kan saya ada mesej bos tanya pasal availability?

Luqmann

Meen..

Yazmeen

Bos jangan nak salahkan saya pulak. Selalu saya reconfirm everything pasal mama bos, bos tak hangin pun..

Luqmann

Yelah. Tapi please bincang semua dengan saya. I don't want this to happen again.

Yazmeen

Yelah.. Sorry.

Luqmann

It's okay. It can't be undone pun.

PAPAN kekunci telefonnya itu berderap-derap apabila Luqmann dan Yazmeen berbalasan mesej. Hatinya sedikit panas ketika semua perancangan Puan Hadijah begitu lancar. Yazmeen sudah tidak membalas mesejnya. Luqmann menarik nafasnya.

"Ha.. Sibuk mesej apa tu? Meen kata Ha free after lunch." Teguran Puan Hadijah itu membuatkan bibir Luqmann melakar senyum kurang ikhlas.

Luqmann terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket. Enggan mahu dibebel di tengah-tengah pasaraya mewah yang sejuk itu. Walaupun kesejukan itu tidak mampu membuatkan jiwa Luqmann berkurangan rasa hangat, namun dia akur dengan perancangan Puan Hadijah.

"MA.." Mata Luqmann melirik pada tubuh Melissa yang menghilang ke dalam sebuah butik. Puan Hadijah sedang melepaskan kepenatan di sebuah bangku yang tersedia di luar butik tersebut.

"Apa?"

Luqmann melutut agar pandangannya dengan pandangan Puan Hadijah berada di satu sisi yang sama. "Mama tak bagitahu pun plan mama ni. Kenapa tiba-tiba?"

"Mama dah decide. Kali ni, mama ikut Ha pergi dating.."

"What? Kenapa??" Mata Luqmann membulat. Parah! Puan Hadijah sudah rasmi menjadi ejen taaruf. Ini menambah kekacauan.

"Semua perempuan yang mama kenalkan, tak melekat dengan Ha. Mungkin Ha tak cuba betul-betul."

"Mama.." Nada Luqmann seolah memujuk. Dia mahu Puan Hadijah memberikan dia kebebasan untuk memilih suri hidupnya.

"Ha.. cubalah dengan Melissa ni. Secara serius."

"Mama tak tahu kenapa Ha tak serius dalam hal ni. Mama tahu Ha kecewa teruk dulu tapi Ha, kalau Ha tak beri peluang untuk buka buku baru, hidup Ha akan stuck macam ni je."

Lelaki Mahakarya (Slow Update)Where stories live. Discover now