Bab 7

520 42 3
                                    

Iskandar dan Julia tiba di perkarangan bangunan mewah yang menjadi sebagai badan induk organisasi OAA. Mereka diperiksa dengan ketat sebelum dibenarkan melangkah masuk kedalam. Kelihatan didewan utama, pemimpin tertinggi Bratva dan Gokudo telah sedia menunggu dikawal oleh para pengikut masing-masing.

"Itu Spalko. Leader Bratva."

Julia berbisik kepada Iskandar sambil menunjukkan kearah seorang lelaki yang berwajah serius memandang kearah mereka. Disebelahnya, Kaiju sedang duduk melutut sambil menundukkan wajah.

"Yang tu, leader Gokudo. Izaki."

Julia menunjukkan pula kearah lelaki yang penuh bertattoo dilengannya. Lelaki yang bernama Izaki itu ditenung oleh Iskandar. Nafasnya bertukar keras apabila melihat Adam turut berada disitu.

"Iskandar Zulkarnain. Adakah kau orang yang bertanggung jawab keatas semua huru hara yang berlaku selama enam bulan ni?" Izaki bertanya garang.

" Maaf. Semua yang berlaku adalah diatas arahan saya. Dia hanya mengikut arahan." Julia mencelah, mempertahankan anak saudaranya itu.

"Diam! Aku tanya pada budak tu." Izaki menempik.

"Ya." Iskandar menjawab berani.

" Ruska Roma bernaung dibawah nama Bratva. Bukan bermaksud kamu semua boleh berbuat sesuka hati.!" Spalko pula berkata keras.

"Kaiju dah banyak buat onar dikawasan aku. Dan sekarang, kau budak mentah nak lindung dia? " Bentak Izaki lagi.

"Ketibaan One Above All!"

Terdengar satu suara dan serta merta semua yang berada disitu duduk melutut. Iskandar yang masih tidak mengerti dengan apa yang terjadi, kaku tidak bergerak. Pintu diselak dan kelihatan seorang lelaki tua muncul dihadapan. Lelaki tua itu merenung tepat kearah Iskandar. Dari ketawa kecil, bertukar kepada ketawa besar membuatkan semua yang hadir turut berasa pelik.

"Arrogant fool." Ucap lelaki tua itu.

Iskandar yang tadinya kelihatan terpinga-pinga, kini tersenyum kecil. Semuanya telah jelas dikepalanya sekarang.

*****

Tuan Hasyeem yang duduk ditempat duduk belakang menurunkan tingkap. Dari tadi, dia telah menyaksikan seorang budak telah berjaya mengalahkan tiga orang sekali gus dengan mudah. Tidak cukup dengan itu, budak itu menggantung ketiga-tiga mereka tanpa perasaan.

"Siapa budak tu?" Soal Tuan Hasyeem kepada pembantunya.

"Saya tidak pasti tuan. Tapi dari info yang kita ada, dia budak yang berjaya kalahkan Thauri." Pembantunya memberitahu.

"Kuzuri?" Soal Tuan Hasyeem.

"Dari yang saya tahu, budak tu bukan Adam." Pembantunya menjawab jujur.

"Itu Iskandar. Orang gelar dia, Baba Yaga." Pemandu Tuan Hasyeem mencelah.

Tuan Hasyeem terkesima. Serta merta ingatannya mengimbau kepada sahabat baiknya, Haji Kamal. Baru dia perasan, pergerakan budak itu semasa berlawan amat iras seperti sahabat baiknya itu.

"Aku nak jumpa budak tu." Kata Tuan Hasyeem.

Pembantunya mengangguk. Dia memberi arahan pada walkie talkie ditangan. Beberapa orang pengawal keluar dari kereta masing-masing dan menuju kearah Iskandar. Iskandar dibawa masuk kedalam kereta dan mereka semua meninggalkan tempat itu.

"Atuk ni siapa?" Soal Iskandar.

"Panggil dia Tuan!" Pembantu Tuan Hasyeem memarahi Iskandar.

Tuan Hasyeem hanya memberi isyarat supaya pembantunya itu tidak mencampuri mereka.

The Devil's Child: Baba YagaWhere stories live. Discover now