2 ♾ Ğãñğĝúàñ ⤵

8 5 0
                                    

Sepasang mata menyilau diantara gelap malam muncul disebalik pokok-pokok. Anak mata merah pekatnya terus mengekori van mereka sehingga hilang ditelan kegelapan malam dan menghilang.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••⤵

Setelah 45 minit mereka menyusuri jalan tadi namun tidak kelihatan sebarang petanda bandar sebelah.Bukan sahaja bandar, kenderaan pun tidak kelihatan sama sekali.Hanya cahaya lampu kereta mereka yang menyusuri kegelapan.

"Apesal jalan nie macam sunyi je hyung...eee seram laa pulak" kata Taehyung menyenguk ke luar tingkap diikuti Hoseok dan Jimin.

"Haah lah hyung,satu kenderaan pun takde yang melintas" ditambah Jungkook sambil matanya memandang ke hadapan kemudian cermin pandang belakang.

"Haish Joon, betul ke jalan nie Joon. Semacam je aku rasa nie" kata Jin sambil menggosok kedua belah lengannya tanda kurang selesa.

Namjoon hanya membisu, dibiarkan sahaja keluhan ahli-ahlinya itu.Dia juga bingung.'Selalunya tak sampai sejam dah sampai.Ikut kelajuan van nie, sepatutnya sekarang dah sampai' Namjoon bicara sendiri.

Author : Hahaha, terer juga kau Joon hyung. Siap ade pengiraan.
Namjoon : Biarlaa, nampak bijak kan.
Author : 🙄🙄 k bye...

Mereka semua hanya membisu sementara Jungkook memandu van mereka menyusuri jalan tadi.Tiada diantara mereka yang sudi berbicara.

"Kenapa dah takde bunyi korang nie" Yoongi bersuara setelah perasaan van mereka umpama tiada lagi kewujudan manusia di dalamnya.

Hoseok terperanjat apabila Yoongi tiba-tiba memecah suasana hening. Diurutnya perlahan dadanya.Matanya menjeling tajam Taehyung yang berusaha menahan tawa.

"Amboi Tae,merah sungguh muka kau ye.Sukalaa tu" diusik oleh Jin yang turut perasan reaksi Hoseok tadi.Dia pun turut terkejut juga tapi bukan sebab Yoongi, sebab Hoseok.Mana tak nye, tiber je mengangkat tangan ke atas.

Author : Yeke Jin hyung terkejut sebab Hoseok hyung... hmmm... 😏😏
Jin : Hey, STOB IT Nim... 😤

Akibat diperasan oleh Jin, Taehyung tidak dapat menahan gelak.Dia ketawa sehingga muka nya hampir semerah strawberi.

"Seram juga suara aku nie, siap kau Hoseok..." Yoongi mengusik Hoseok.

"Siap apa hyung??!!" kata Hoseok bagai ingin menangis.Matanya tajam merenung Yoongi.Kalau pandangan boleh membunuh, percayalah Yoongi sekarang sudah terdampar tidak bernyawa.

Yoongi : Nim tau tak apa benda paling nipis pada manusia?
Author : Berdasarkan saintifik, rambut adalah benda yang paling nipis.
Yoongi : Nim dengan Saintis tu mesti belum menemui tentang kesabaran ku lagi.
Author : *ciau dlam diam*

"Siap untuk dihantui..." sambung Yoongi lagi.Ahli yang lain sudah ada yang ketawa tak ingat dunia ada juga yang tersengih seperti kerang busuk.

Jangan ditanya kalau Taehyung dan Jin. Taehyung macam dah takde bunyi ketawanya, Jin pula dengan bunyi mengelap tingkap double speed. Kasihan Hoseok hanya mampu memeluk tubuhnya tanda memprotes.

BUM!!!

Tadinya yang dengan ketawa terus membisu tanpa terkutik.Bagai dilalui malaikat maut.Van yang dipandu diberhenti oleh Jungkook dengan mengejut.Yang selebihnya tersorong ke depan akibat kelakuan Jungkook.

Bunyi yang dihasilkan baru tadi datang dari atas bumbung van.Seakan ada sesuatu yang jatuh dan menghempas kuat pada bumbung van itu.

"Uishh, bukan kaleng-kaleng" kata Jungkook dengan tangannya masih erat mengenggam stereng van.Membulat sekali matanya.

WHO IS SHE? (OG)Where stories live. Discover now