Chapter 15

11 1 0
                                    

[Milya Pov]

"Adik kenapa ?" Soalku setelah Markus kembali ke tingkat bawah.
"Cari komik baru dia."
"Jumpa tak ?"
"Dah, tu yang diam tu."
"Yela. Jomlah, kita makan.Panggil kawan tu."
"Len, jom makan dulu. Nanti kita sembang, kau nak tidur sini pun boleh." Pelawa Markus.
"Tak payahlah. Lepas makan, aku baliklah." Tolak Ellen.
"Mana kata kaulah Len. Jom !"

Aku mempelawa Ellen duduk dan makan. Jarang jarang ada tetamu ke rumah dimalam hari. Aku tersenyum sedikit tak membazir aku masak banyak.

"Si ratu ais tak makan ke ?" Soal Ellen dibawah alam sadar dia.
"Dia dah makan tadi sama nenek." Kataku lalu menjeling Markus.

Ellen menggangguk anggukkan kepalanya mendengar kata kata ku manakala Markus sudah tersengih melihat Ellen.

"Kalau dia belum makan, kau berani ajak ke ?" Soal Markus.
"Mungkin berani, mungkin juga tak berani. Dia marah seram oi !" Luah Ellen.

Setelah mendengar luahan Ellen, Markus tertawa. Aku hanya tersenyum.

"Dia ikut mood. Sama macam dia panggil Markus tadi. Kita ni yang kena faham ikut rentak dia baru kita akan terbiasa dengan sikap dingin dia." Kataku sambil tersenyum.
"Betullah tu Len. Sikap dingin dia bersebab." Sambung Markus.
"Err, aku tengok Ais tu macam orang mati rasa. Maaflah kalo korang berdua tersinggung dengan kata kata aku tadi." Kata Ellen pula.
"Taklah memang betul pun apa kau cakap Len, dia dah mati rasa tapi dia sendiri tak sedar. Dia rasa biasa je." Markus mengiyakan kata kata Ellen.
"Dah hampir 2 tahun Len. Dulu aku pun sempat stress tengok perangai dia tapi setelah aku tahu puncanya dari siapa,dari mana, aku belajar biasakan diri sampai sekarang." Sambungku.
"Macam yang aku cakap kat kau haritu Len. Yang kami berdua tahu punca dari si Mac lagi satu kami taktahu siapa sebabtu aku minta tolong kau kotlah kau dapat buat si Mac tu buka cerita." Ujar Markus lagi.
"Aku akan cuba. Lagipula, aku pun teringin nak berkawan dengan dia. Kat sekolah dia tak berkawan dengan semua orang, kawan dia seorang je si Shasa." Kata Ellen.
"Nak kawan je ke nak jadi adik ipar terus niat tu ?"
"Lama lagi kot yang tu."

Markus tertawa dan aku hanya tersenyum. Aku kenal benar dengan perangai dan sifat sepupuku itu. Dia tak mudah menyukai atau jatuh cinta melainkan dirinya sendiri memang sudah suka atau cinta.

[SKIP]

[Keesokan harinya, waktu petang]

[Mac Pov]

Hampir setiap minggu di bulan May ini, aku sering mendengar nama pelajar baru yang sedang hangat dibicarakan. Aku merasa sepertinya aku cukup mengenali nama itu tapi tidak mungkin dia.

"Shyla, aku sangat merindukanmu."
"Maaf, aku bodoh telah mengkhianati cinta kita."
"Aku masih menyayangimu, Laa."

Bermonolog sendirian membuat rasa rinduku padanya semakin menggila. Aku tahu aku bersalah bahkan aku juga menyesal kerana tidak memperdulikan rayuannya ketika itu. Bodohnya aku sanggup meninggalkannya demi memilih perempuan yang ku anggap sebagai adik angkatku.

"Aku minta maaf Laa, aku benar benar menyesal. Maafkan aku."

Kesal dengan diriku sendiri, aku memutuskan untuk keluar rumah mencari angin. Aku menghidupkan enjin motorsikalku lalu aku pergi menuju ke tebing sungai. Disini, aku duduk termenung memikirkan semua kenangan bersama dia.

"Andai dirimu masih disini, aku ingin meminta maaf. Aku tak ingin merasa bersalah lagi."

Air sungai yang mengalir deras seolah olah telah membawa hanyut kata kata ku sebentar tadi. Suara air yang menderu membuat aku merasa tenang sebelum aku menoleh ke belakang setelah namaku dipanggil.

"Mac !"
"Kau rupanya Len. Mana tahu aku kat sini ?"
"Tu motor kau tepi jalan."
"Oh, aku ingatkan orang rumah beritahu."
"Memang nak kerumah kau cari kau tapi tengok motor kau kat tepi jalan tu aku turunlah kesini."
"Ada apa cari aku ?"
"Adalah sikit nak tanya kau."
"Apa dia ? Eh Len, aku dengar kelas kau ada pelajar baru betul ke ?"
"Ya, pelajar perempuan dari Indonesia."
"Siapa namanya ?"
"Cyl. Kenapa ? Kau kenal ke ?"
"Hm, mungkin tak."
"Haa ni alang alang engkau dah bertanya dulu pasal pelajar baru tu, aku nak tanya siapa nama ex girlfriend kau yang dulu tu ?"
"Mana satu ?"
"Err,first love kau ?"
"Chyla. Kenapa ?"
"Hampir sama nama tu tapi tak pasti itu dia atau bukan."
"Maksud kau ? Dia ada kat sini ?"
"Aku tak pastilah Mac. Cuma nama tu hampir sama. Eh, macam mana kau boleh tiba tiba putus dengan first love kau tu dulu ?"
"Salah aku pilih perempuan lain yang aku anggap adik angkat daripada dia sedangkan masa tu dia sayang sangat kat aku tapi ya aku tahu aku kejam dengan dia. Aku tak beri sedikit pun ruang untuk jelas penjelasan dia. Dia dah setia dengan aku tapi aku butakan mata aku sendiri, aku lebih percaya orang lain daripada dia. Aku ...."

Mac menundukkan kepalanya sambil bercerita. Ada sebutir air mata mengalir di pipinya. Air mata penyesalan yang amat mendalam. Ellen yang menyadari hal itu hanya mampu menepuk perlahan bahu kawannya itu.

"Dahlah tu. Tapikan andai pelajar baru kelas aku tu betul ex girlfriend kau, kau nak ke jumpa dia ?"
"Memang tu niat aku. Aku nak minta maaf dengan dia tapi aku tak tahu dia kat mana sekarang ni. Dah lama dia menghilang."
"Apa kata esok kau datang kelas aku kau tengok sendiri muka pelajar baru tu macam mana ? Tapi kalau betul dia ex girlfriend kau, kau bersedia ke ?"
"Bersedia apa ?"
"Iyelah mana tahu nanti kot kau terkejut pengsan. Reput tulang aku nak angkat kau ke klinik sekolah."

Mereka berdua tertawa setelah bercerita bergurau panjang. Kemudian masing masing meminta diri pulang ke rumah.

TO BE CONTINUE ....

Gadis Gengster Pilihan HatiWhere stories live. Discover now