3

5.3K 157 3
                                    

Adriana hanya membelek kad menu tanpa perasaan. Satu list makanan pun dia tak berkenan. Dia tak ada selera nak makan. Dia hanya menemani sahabatnya , Nureen untuk makan. Itu pun kena paksa dengan si Nureen dengan ugutan " Kalau kau tak temankan aku nanti aku doakan kau kahwin dengan bujang selama 40 hari 40 malam."

Adriana tak nak itu berlaku kerana dia berharap setinggi langit yang jodohnya dengan duda. Duda yang dia maksudkan adalah Haqq. Duda terlajak limited edition.

" Nana cepat lah pilih." Nureen menggesa Adriana membuat pesanan. Nana itu nama panggilan manja Adriana.

Adriana mendongak lantas merengus.Kad menu diletak tepi sambil menyeluk poket hoodie untuk mengeluarkan telefon bimbit.

" Aku nak sky juice dengan fries je lah."

"Serious lah kau ni? Tu je ?"

Adriana mengangguk lemah. Dia betul-betul tak ada selera.

"okay lah." Nureen melambaikan tangan kearah kaunter memanggil pelayan yang berada disana. Tadi pelayan itu meninggalkan mereka sementara mereka membuat pilihan memesan makanan.

Nureen terus membuat pesanan kepada pelayan sebelum memulakan perbualan dengan Adriana.

"Nana, aku nak cakap something ni." Ujar Nureen memandang muka Adriana setelah pelayan berlalu pergi.

"Apa dia?"

" Aku dah buat mistake." Nureen menggaru kepalanya.

"What mistake ?" Adriana dah agak pasti Nureen ada buat sesuatu yang salah jadi sebab itu dia paksa Adriana keluar walaupun mood Adriana tengah melayang. Selalunya Nureen akan lebih selesa bercerita face to face jika soal kehidupannya.

"Aku hm aku " Nureen takut nak beritahu Adriana.

"Aku apa ? Apa yang kau buat?" Ujar Adriana sedikit tegas.

"Aku ter date dengan playboy." Nureen gigit bibir lalu menunduk.

"What?!!!!! Ter date? With who? Playboy?!" Membesar biji mata Adriana mendengar pengakuan dari Nureen. Telefon pintar dicampak kasar diatas meja.

" Haah , aku dah tahu dia playboy tapi aku nak juga cuba nasib eh eh tahu sangkut dengan dia. Tak sangka dia nak aku jadi girlfriend dia." Jawapan innocent keluar dari mulut Nureen hanyalah menambahkan didih dihati Adriana.

" Kau ni dah gila ke? Dah tahu dia playboy yang kau masih nak bercinta dengan dia lagi kenapa? Kau tak cukup cantik lagi ke untuk cari lelaki setia dalam Malaysia ni?" Bebel Adriana bengang.Dia tak sangka ada kawan sebebal ini.Dah tahu orang tu kaki main perempuan lagi nak cucuk line.

"Tapi dia handsome."

Adriana menjulingkan matanya keatas. Menyampah betul dia mendengar statement itu.

"Handsome tak menjamin apa-apa kalau dia buaya darat.Kau faham tak? Kau minta putus sekarang. Kalau tak biar aku tumbuk muka mamat tu , suka hati dia je nak mempermainkan perasaan anak dara orang."

"Tapi...." Muka Nureen seakan tak tega.

" Tak ada tapi-tapi. Jangan buat kerja gila lah Nureen. Kau ni salah makan ubat ke? Dah berapa lama kau bercinta dengan mamat tu? Apa yang mamat tu bagi kat kau sampai kau takut nak tinggalkan dia hah?" Adriana kalau dah naik angin dia dah tak ingat apa dah.

" Aku baru sebulan bercinta dengan dia takkan tiba-tiba nak putus."

"Peduli apa dengan sebulan kau tu. Macam orang tak ada masa depan je kau ni, kalau putus dengan kau pun dia peduli apa ada banyak perempuan lagi kat belakang."

*

Haqq menuruni anak tangga.Satu keluhan berat dia lepaskan.Malam ni , Puan Mariam akan bawa bakal isterinya. Nampaknya Puan Mariam benar-benar tekad nak dia cari pengganti Intan.Dia tahu Puan Mariam marah besar dengan sikapnya telah berubah 360 darjah tapi dia tak pasti dia akan berubah jika dia bersama dengan wanita pilihan Puan Mariam. Dia masih sayang dengan masa lalunya. Malam ini akan menjadi satu lagi memori yang dia takkan suka sampai bila-bila. Baru plan nak jumpa bakal isteri sudah tidak suka , kalau sudah sah nanti bagaimana pula?

" Assalamualaikum Bakal Suami."  Lembut suara menyapa telinganya.

Hampir jatuh tersungkur Haqq apabila ada yang memberi salam sebegitu rupa.Haqq urut dada perlahan kerana masih shock.Dia membetulkan dirinya.

Dia pandang hadapan dan melihat satu sosok wanita yang manis berbaju kurung. Terbeliak biji matanya melihat gerangan wanita itu. Senyuman manis meniti diwajah gadis itu namun dibalas dengan muka masam oleh Haqq.

"Apa kau buat kat sini?" Soalnya terkejut melihat Adriana.

" Saya dijemput untuk makan malam bersama
bakal suami saya." Ujar Adriana gembira.

"Bakal suami?!!" Siapa lagi kalau bukan dia.Hanya dia seorang saja anak tunggal didalam rumah ini.

'Biar betul Ibu nak jodohkan dengan budak tak cukup akal ni?' Katanya didalam hati.

"Aku? Kau ? Kahwin? Takkan terjadi."

Okay sekarang dia nak membantah keras perjodohan ini. Adriana bukan berada didalam list dia.

"Kun Fa Ya Kun , Encik Haqq." Kalau nak terjadi pasti akan terjadi.

Ergh, Haqq benci statement tu. Lagi satu, tak kena dengan situasi sekarang ini.

"Kenapa kau perlu setuju dengan perjodohan ni?" Soal Haqq ingin tahu. Dicerlung tajam wajah Adriana.

" Thats question back to you also. Kenapa Encik Haqq setuju jugak?"

" Aku tak cakap aku setuju. Aku akan bantah perkara ini."

"Tapi saya tak membantah. Mungkin jodoh kita kuat sebab tu kita dijodohkan walaupun kita baru berjumpa sekali."

"Kenapa lah aku boleh jumpa dengan perempuan macam kau ni?" Haqq hela nafas berat sambil memegang dahinya.

"Mungkin sebab kerana jodoh kita dipertemukan." Ujar Adriana selamba. Kali ini dia tekad, dia nak juga Haqq walaupun Haqq dah menolaknya.

Haqq buat rolling eyes lantas berlalu pergi meninggalkan Adriana. Lagi lama dia disitu lagi dia sakit hati. Adriana tak habis-habis mencuba nasib.

Haqq mendapatkan Puan Mariam yang berada didapur.Kelihatan wanita itu sedang mempersiapkan makan malam.

"Kenapa Ibu pilih perempuan tu?" Soal Haqq tak puas hati.

Puan Mariam berpaling apabila mendengar soalan dari anak terunanya.

" Dia je calon yang sesuai. Lagipun Medina nampak macam senang dengan dia." Jawab Puan Mariam lantas meneruskan tugasnya menyusun kuih muih diatas piring.

"Itu Medina belum tentu bapanya." Ujar Haqq tak puas hati untuk kesekian kalinya.

"Kalau Medina dah suka dah tentu-tentu nanti kamu akan suka jugak."

" Sampai bila-bila Haqq takkan buka hati Haqq untuk dia." Bantah Haqq sekerasnya.

"Daripada Haqq buang masa memainkan hati perempuan lebih baik Haqq fokus dengan masa depan Haqq." Puan Mariam tak nak tahu apa yang Haqq yang rasa. Yang dia tahu Haqq perlu fikirkan masa depan Medina.

"Ibu tak takut Haqq akan mainkan perasaan Adriana?"

"Ibu tak minta banyak. Ibu cuma harap perkahwinan ni akan ubah Haqq."

Love, PlayboyWhere stories live. Discover now