Diari Penjara Paan

4.4K 55 4
                                    

"Mohd Sufian bin Mohd Firdaus."

Dari jauh kedengaran nama aku dipanggil oleh anggota polis yang berbangsa Cina untuk masuk ke dalam lokap.

Perlahan-lahan, otakku mengimbau kembali peristiwa hitam yang mengheret aku ke dunia di sebalik tirai besi ini. Tanggal 22 November 2013, itulah tarikh keramat yang menyaksikan perubahan 360 darjah dalam kehidupanku. Sewaktu pembicaraan kes di mahkamah, peguam yang mewakili aku gagal mengemukakan alibi berhubung kes mencuri kereta yang menyabitkan diriku. Akibatnya, aku terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga tahun dari tarikh perbicaraan itu.

Sewaktu keputusan itu dibacakan, aku terasa duniaku seakan berpitar sejenak. Nasib baik aku masih mampu mengekalkan keseimbangan badan dan terus melangkah longlai dari kandang pesalah sambil diapit dua anggota polis di sebelah kiri dan kananku menuju Black Maria.

Dari Mahkamah Besar Kuala Lumpur, Black Maria terus membelah hiruk pikuk bandaraya kota menuju ke Penjara Kajang. Sepanjang perjalanan, aku lebih banyak mendiamkan diri sambil memikirkan keadaan keluarga di kampung. Nampaknya, hancurlah harapan mereka untuk melihat aku berjaya dan menjadi insan berguna dalam kehidupan ini. Seraya itu, aku merasakan air jernih perlahan-lahan turun membasahi pipiku. Dalam diam, aku turut menyalahkan sifat tamak halobaku untuk mengecapi kekayaan secara segera tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung. Sukar untuk aku percayai nasibku sekarang. Aku seorang banduan. Namun itulah hakikatnya.

"Kau sel nombor 13," jerit seorang warden yang berbadan sasa kepadaku.

Gegedang!!! Pintu sel terkunci rapat seolah-olah menandakan permulaan satu penyiksaan hidup bakal bermula dalam hidupku.

Dalam kesamaran cahaya, aku melihat terdapat seorang banduan di sudut bilik sel itu. Lelaki itu berbadan sasa dan ketinggian mungkin mencapai 185cm. Badannya juga penuh dengan tatu dan parut lama. Di sebelah katilnya, terdapat satu katil kosong. Agaknya itulah katil aku, getus hati kecilku.

"Woi budak, siapa suruh kau duduk? Kau ingat tempat ini bapa kau punya ke?" sergahnya.

Mendengar suara garaunya, secara tiba-tiba aku berasa gerun. Bahkan, bulu romaku turut berdiri. Kemudian, aku cuba untuk bersalam dengannya namun dia bingkas bangun lalu melompat ke arahku. Dari dekat, barulah aku perasan rupanya dia pun berbangsa Melayu sepertiku.

"Hehehe berapa umur kau budak?" Serentak dengan itu, matanya turut meliar memandang badanku yang tidak berbaju dari atas ke bawah.

"22 tahun. Nama aku Paan. " Aku cuba untuk memperkenalkan diri sungguhpun berasa gugup dalam suasana yang kekok itu. Ketika itu, barulah aku sedar akan perbezaan ketara antara kami. Iyalah, badannya ibarat pemain rugby manakala badan aku genit seperti budak sekolah. Aku cuba untuk berlagak cool. Secara tiba-tiba, dia menudingkan jarinya ke kepalaku.

"Siapa tanya nama kau, bahlol?" sergahnya.

Kemudian, dia pun kembali menujah dengan jarinya. Kali ini, aku sudah bersiap dan turut menepis tangannya itu.

"Ooo melawan ye. Kau ingat aku siapa? Kau nak mati ke ayam? " ujarnya.

Kali ini, tangannya bergerak pantas lalu memegang erat kepalaku. Kemudian dia pun memberi amaran kepadaku.

"Kalau tak mahu mati, jangan melawan aku. " Serentak dengan itu, satu penampar dihadiahkan ke pipiku. Aku cuba bangkit untuk melawan sambil menendang-nendang. Tetapi, dia beritndak tangkas lalu menendang perutku.

"Nak lagi tak? Sekarang kau jadi ayamku, faham?"

Sungguhpun aku tidak memahami maksudnya, namun aku segera menganggukkan kepala kerana takut untuk menerima tindakan yang lebih teruk lagi. Kepalaku pun terasa pening sedikit dan perutku mual seperti hentak muntah. Aku terus merebahkan kepala di atas katil besi. Kemudian aku mendengar dia menghampiriku.

PKPWhere stories live. Discover now