Kisah Hidupku

107K 376 6
                                    

Perkenalkan namaku Zulaika Hanis. Biasa kawan² panggil Ika sahaja. Aku sudah berumur 32 tahun mempunyai seorang suami dan seorang cahaya mata. Suamiku tua 3 tahun dari aku iaitu 35 tahun manakala anak kami baru sahaja berumur 2 tahun. Walaupon 2 tahun..anak aku masih menyusu badan dan dia memang tidak suka dengan susu botol. Suamiku bekerja sebagai Kerani di sebuah syarikat pembinaan manakala aku freelance membuat bisnes kecil-kecilan.

Kami sudah berumahtangga lebih dari 5 tahun dan berjaya mendapat seorang cahaya mata bernama Aqil. Kehidupan rumahtangga kami biasa sahaja seperti orang lain. Aku mengaku yang aku memang puas dengan layanan suamiku semasa di atas katil kerana dia adalah orang pertama yang menyentuh tubuh aku. Aku seorang yang peramah. Pakaianku biasa sahaja iaitu aku tidak terlalu menitikberatkan aurat. Begitu juga dengan suamiku yang tidak pernah menegur aku tentang aurat tapi aku tidak sampai tahap Freehair.

Masalah kami bermula kerana sikap suamiku dari awal kawin sampai sekarang, dia tidak pernah menegur aku tentang aurat dan mengajar bab agama. Disitu kelemahannya. Aku mengaku dia sangat baik terhadap aku dan anakku cuma dia lemah dalam bab agama. Aku teringin untuk diberi tunjuk ajar tentang agama tapi aku tidak dapat semua tu dari suamiku.

Perkara ini berlarutan sehinggalah aku mula berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Faris. Dia berumur 38 tahun iaitu lebih tua dari suamiku dan mempunyai seorang isteri serta seorang anak. Kami berkenalan dari Messenger Facebook. Perkenalan kami bermula apabila Faris menegur gambar aku dan anakku di dalam story facebookku.

Kekurangan SuamikuWhere stories live. Discover now