Prolog

1.6K 168 44
                                    

        Warning💥

-Buku ini penuh dengan seksaan dan pembunuhan yang agak kejam. Tak disarankan kepada budak budak umur 12 tahun kebawah untuk membaca.

-Segala jenis, alatan dan cara pembunuhan yang dilakukan dalam buku ini (TIDAK BOLEH DIPRAKTIKKAN DI DUNIA LUAR SAMA SEKALI)

-Sebarang carutan TIDAK DIGALAKKAN untuk diamalkan.

-SEBARANG KESAMAAN DARI SEGI MASA, TEMPAT, NAMA, UMUR, KEJADIAN, HANYA KEBETULAN. TIADA BERKAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA.

- Don't copy my work 💥(Kalau tak aku suruh Alex buru kau)🤨🗡🗡

-Sebarang kesalahan info harap dimaafkan kerana aku tak bidang dalam kepolisian dan juga forensik.

"SEMOGA MEMBACA DENGAN TENANG"

__________________________________

Prolog

             Seorang polis datang kearah segerombolan manusia yang mengelilingi 'sesuatu' yang ditandakan dengan tape kuning. Semakin langkah menghampiri, semakin jelas 'sesuatu' yang menjadi tarikan orang ramai itu.

"Tuan Fakrul," tabik hormat. Salah seorang anggota polis menoleh kearah Fakrul yang baru sahaja tiba di tempat kejadian.

Fakrul menghela nafas panjang. Mata masih tidak lepas daripada melihat sekujur tubuh yang menjadi tarikan ramai itu. Serta merta dua jari naik menutup lubang hidung. Agak mengerikan. Sangat sadis keadaan mayat lelaki itu. Ahhh pasti dia akan hilang selera makan selama seminggu.

"Siapa suspek?" Soal Fakrul kearah anggota polis yang berdiri di sebelahnya. Jam tangannya dilihat.

3:20 am

Orang pagi pagi ni sedap terbongkang. Yang si gila ni membunuh pagi pagi.

"Suspek tiada, saksi yang telefon pihak polis ialah seorang wanita tua. Melihat dari fizikal dia, jauh sekali untuk menjadikan dia suspek. Mungkin dia kebetulan lalu dekat sini dan cepat cepat telefon pihak polis" terang Hariz datar.

Fakrul menoleh kearah seorang nenek tua yang sedang ditenangkan oleh beberapa anggota polis perempuan.

"Itu ke? Dia yang telefon?"

"Aah dia, trauma dia tuan. Kalau saya jadi dia saya pun trauma jumpa mayat keadaan macam ni" balas Hariz yang sudah menoleh semula kearah mayat di hadapannya.

Fakrul turut sama menoleh. Seketika kepala menggeleng perlahan. Memang si pembunuh ini seorang yang gila. Psycho dan sakit mental! Sanggup dia lakukan perkara sekejam ini terhadap sesama manusia.

Muka mayat itu hancur. Bila kata hancur disini, memang hancur sehancurnya. Muka itu seakan disagat pada jalan tar berkali-kali sehinggakan isi isi kulit muka terkoyak rabak. Malah sampai terlihat tulang hidung dan pipi mayat itu. Manakala bola matanya pula hilang sebelah. Sebelah lagi kembung sekembung-kembungnya seakan diisikan dengan air. Hanya tunggu masa untuk meletup seperti belon air.

Tak habis dengan itu. Bahagian dadanya dari atas hingga ke pusat dibelah dan dikoyakkan besar. Dan kulit itu pula dipakukan di bahagian luar agar tidak tertutup kembali. Jelas kelihatan semua isi organ dalamannya. Mirip seperti patung tengkorak yang selalunya berada di makmal sains sekolah.

Nafas panjang dilepas.

"Dah dapat pastikan identiti mangsa?" Soal Fakrul kembali.

"Sudah tuan, mangsa bernama Joshua Yuon. 32 tahun dan tinggal berseorangan"

BOOK 10 | Psycho Madman [EBOOK] Where stories live. Discover now