Rahsia Hati Saya

24 0 0
                                    

      Hujan pertama turun dengan lebat musim summer tahun ini, tetapi hanya saya seorang sahaja yang kebasahan saat ini, kerana saya dapati bahawa semua orang di sekeliling saya mempunyai payung untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena air hujan. Saya hanya duduk termenung di atas kerusi taman awan sambil memerhatikan padangan pelik orang lalu lalang dengan keadaan saya saat ini.

      Tidak lama kemudian, saya tidak lagi dapat merasakan air hujan terus membasahi badan saya dan ada orang berdiri dihadapan saya memakai kasut tinggi berwarna hitam sambil berkata "Tristan, kenapa kau lari tadi sebelum saya sempat mengatakan apa-apa pun?"

      Saya segera mengangkat kepala untuk melihat orang berada di hadapan saya ini, dan tiada lain tiada bukan adalah Melody.

###################

      Nama saya Tristan Leo, dan saya mempunyai rahsia dalam hati saya. Rahsia itu adalah gadis bernama Melody Joshua. Dia adalah pelajar yang ibu bapa saya taja.Oleh kerana keadaan kewangan keluarga saya sangat kaya, ibu saya mengambil keputusan untuk menaja Melody untuk meneruskan persekolahan nya.Waktu itu ibu saya menyemak dan melihat kesemua maklumat calon-calon yang bakal menjadi tajaan nya. Dengan sekali imbas saja maklumat peribadi Melody yang paling menarik perhatian ibu saya dan berkata Melody mungkin memiliki nasib dan takdir yang baik walaupun dia kelainan upaya.

      Sejak kecil saya dibesarkan oleh nenek dan datuk. Ibu bapa saya sibuk berniaga, jadi mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menemani saya. Pada mula saya tidak tahu apa-apa tentang anak yatim yang dibawah tajaan mereka. Tapi sudah tentu saya masih mengetahui namanya itupun melalui nenek saya.

      "Budak perempuan itu dalam usia yang masih lagi sangat muda sudah tidak memiliki ibubapa nya kerana ibu bapa dia mengalami kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Lepas daripada kejadian ini dia dihantar ke rumah anak yatim oleh pihak polis." Itulah kali pertama yang nenek saya beritahu soal Melody dan memberitahu saya bahawa namanya ialah Melody Joshua.

      Saya tidak pernah melihatnya sehingga sekolah menengah kali pertama kami bertemu. Sebaik saja sesi persekolahan bermula, saya dengar daripada ibu bapa saya bahawa dia mempunyai prestasi akademik yang baik dan masuk ke sekolah menengah yang sama dengan saya. Saya fikir dia benar-benar pintar dan hebat, memandangkan dia tinggal di rumah anak yatim, dan sekolah rendah yang dia hadiri tidak begitu baik. Sekolah menengah yang saya terima adalah sekolah menengah paling terkenal dan tapisan kemasukkan ke sini sangat ketat di bandar ini, dan dia dapat lulus dengan usahanya sendiri,

      Sebab rasa ingin tahu tentang dia, jadi apabila saya melihat senarai penempatan pada hari pertama persekolahan, saya membaca senarai pengagihan kelas yang ditampal papan pendaftaran. Saya akhirnya melihat dia berada di kelas ketiga.

      Kalau mengikut pembahagian kelas ini, gred dia ini hanyalah nyawa-nyawa ikan untuk masuk ke sekolah ini, Saya rasa saya terlalu memandang tinggi dengan dia kerana saya diagihkan ke kelas pertama dengan rangkin keseluruh tingkatan satu berada di kedudukan sembilan belas.

      Memandangkan kami bukan rakan sekelas jadi saya tidak perna memiliki kesempatan untuk menegurnya sehingga peperiksaan bulanan pertama. Tetapi ternyata tekaan saya hanya separuh betul kerana ternyata dia sangat mengagumkan. Iya, senarai kelas kemasukan memang mengikut rangkin, tetapi ada lagi penilaian tambahan bagi pelajaran terbaik semasa sekolah rendah. Dia ternyata berada di gred ketiga untuk penilaian tambahan tersebut hanya kerana dia tidak memilik orang yang berpengaruh sebagai sandaran sebab itu dia diletakkan di kelas itu. Dan saya yang keduduk sembilan belas tetapi tidak mengikuti penilai tambahan tersebut hanya kerana ibubapa saya adalah penderma terbesar dalam sekolah jadi pihak sekolah mengaturkan saya berada di kelas pertama.

Rahsia Hati SayaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz