M O V E O N J J H : FOUR

62 12 2
                                    

Jaehyun melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan di tempat menunggu. Tangan kekarnya meraup rambutnya ke belakang. Dadanya sesak.

Matanya sudah memerah menahan tangisan. Dia menunggu doktor yang merawat Yoora.

Beberapa jam kemudian

Pintu wad di buka oleh seorang doktor muda. Jaehyun bangun sebelum menghampiri doktor itu.

"Doktor macam mana dengan kekasih saya? " tanya Jaehyun dengan wajah risau. Doktor Lee hanya tersenyum nipis.

"Cik Yoora mengalami hentakkan kuat di kepala menyebabkan dia koma. Untuk sedar itu tak pasti bila. Cuma banyak berdoa sahaja. Antara hidup atau mati itu je. Encik boleh jenguk dia. Saya pergi dahulu" balas Doktor Lee sebelum pergi dari situ.

"Jaehyun" panggil Puan Kim. Jaehyun memandang ke arah ibu kepada gadis itu.

"Macam mana dengan Yoora?" tanya Puan Kim risau. Jaehyun menundukkan kepalanya.

"Yoora koma. Tetapi untuk di sedar tidak tahu lagi. Maafkan saya sebab tak dapat jaga Yoora seelok-eloknya" balas Jaehyun dengan nada lemah. Puan Kim melepaskan keluhan berat.

"Kalau kamu betul-betul tak suka Yoora kenapa seksa dia macam tu. Kamu pun tahu yang dia betul-betul sayang dan cintakan kamu. Aunty tahu benda semua ini pun dari kawan kamu, kalau Jaehyun betul-betul tak nak Yoora. Lepaskan dia. Jangan sesekali pun sakiti hati dia, hati dia lembut. Sekasar mana pun dia, hati dia tetap perempuan." ujar Puan Kim.

"Maafkan Jae, Aunty. Boleh aunty beri saya peluang kedua untuk betulkan semua ini? " pinta Jaehyun.

"Terserah pada Yoora, itu semua di atas tangan dia untuk beri kamu kesempatan atau pun tidak"

"Baiklah aunty. Aunty masuk lah dulu, nanti saya masuk"

Puan Kim mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam wad yang di maan Yoora ditempatkan. Jaehyun mengeluh perlahan sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi.

To be continue

Vote and comment

[√]MOVE ON •JUNG JAEHYUN•Where stories live. Discover now