برش ٦

86 8 0
                                    

༘⋆🌷₊˚ෆ

"Alhamdulillah, dah kenyang. Tadi rasa macam nak pengsan gara-gara tak makan," seloroh Aeera lalu mengundang tawa kecil daripada Barsha.

"Memanglah orang tu sibuk sangat sampai perut pun tak sempat nak isi." Kali ini Barsha pula menyindir. Sekali-sekala kena juga supaya Aeera beringat. Jangan terlalu sibuk berkerja sampai kesihatan tak terurus. Kan tak elok tu.

Aeera membalas dengan jelingan. Lalu, cubitan di bahu Barsha dia hadiahkan menyebabkan gadis itu meringis kecil. Sakit. Tak tipu.

Dalam perjalanan itu, entah kebetulan atau pun takdir mereka dipertemukan dengan Qais yang berjalan berlawanan arah dengan kami.

Semenjak dari kejadian hari itu, dia memutuskan untuk beriak biasa saja ketika berhadapan dengan lelaki itu. Tidak lagi dia mahu sorokkan mukanya atau mengelak dengannya. Untuk apa? Jikalau dia sudah tahu kewujudan gadis itu. Jadi, biarlah. Lagipun Qais bukan peduli juga.

Terhenti langkahnya apabila Aeera memberhentikan langkahnya mendadak. Gadis itu mara setapak kehadapan, lantas berhadapan dengan Qais yang turut sama berhenti seperti tahu Aeera mahu bercakap dengannya. Sudahnya dia hanya berdiri di belakang gadis itu bagai tunggul. Sambil menunggu itu jari jemari diramas perlahan. Bibir juga sekali sekala digigit perlahan.

"Kena siapkan esok jugakan?"

"Ya, cikgu minta esok juga." Sipi-sipi Barsha mendengar perbualan di antara mereka. Terasa janggal dan malu di situ apabila ada mata-mata yang memandang. Dia pula di situ tak ubah macam orang ketiga.

Ketika itu juga, mereka mengambil langkah mahu menuju ke arah kelas. Jadi, dia hanya mengikuti dari arah belakang seraya mata memandang lama mereka yang jalan beriringan itu.

Mulanya dia pelik, bukankah Qais tadi jalan berlawanan arah? Sepatutnya dia tidak mengikuti Aeera. Tapi, bila difikirkan balik mungkin lelaki itu memang berniat mahu berjumpa dengan Aeera.

Mereka rancak berbual perihal kerja masing-masing. Sekali sekala terdengar tawa kecil dari Aeera.

Entah itu benar bercakap perihal kerja atau pun benda lain. Dia tiada niat mahu mendengar.

Barsha di belakang hanya diam. Tanpa sedar, nafas dihela berat. Aeera nampaknya lupa kewujudannya setelah dia menemui Qais tadi. Qais juga entah tahu atau tidak yang dia juga ada bersama Aeera tadi.

Rasanya dia bukan peduli pun. Yang dia tahu hanya Aeera yang ada bersamanya. Barsha sama sekali tak hairan.

Walauapapun yang terjadi, dia kena terima. Tak semua yang dia harapkan akan jadi kenyataan. Hadap sajalah ketentuanNya. Terima semuanya dengan hati yang redha.

Qais yang berhenti tiba-tiba itu buatkan Barsha tersentak. Dia juga turut berhenti sama seperti Aeera. Keduanya terkejut seraya mempamerkan wajah kehairanan.

"Kenapa?"

Qais pandang belakang. Lalu, mata mereka bertembung. Barsha terkedu di tempatnya. Matanya terkebil-kebil apabila sepasang mata itu menatapnya.

"Kawan kau ada. Dah lupa ke?" Soalan yang dilontarkan Qais buatkan dua gadis itu tersentak. Matanya masih lagi merenung Barsha buatkan gadis itu tak betah berada di situ.

Jantungnya sudah seperti mahu keluar daripada tubuh. Tak menyangka kewujudannya diketahui oleh lelaki itu.

Dia tak bodoh, Barsha. Mestilah dia nampak kau sebab dia ada mata.

"Barsha, kenapa kau diam je? Aku hampir lupa kau ada sekali." Ternaik kening Qais seketika mendengar ucapan itu.

Barsha hanya mampu tersenyum. Senyum hambar.  Terasa sesuatu mencengkam di dada. Sakit juga ya rasanya bila dikatakan sebegitu.

Macam mana nak ingat kalau ada pujaan hati di sebelah, kan?

Husnudzon, Barsha. Dia sahabat kau.

"Tak apalah, aku tak nak ganggu korang. Jadi, lebih baik aku diam." Perlahan nada suaranya.

"Okeylah, aku nak masuk kelas. Aeera kalau ada apa-apa chat je aku." Pesanan itu ditinggalkan sebelum Qais mengatur langkah. Sempat dia melirik ke arah Barsha sekilas.

"Okey. Nanti aku chat tau." Riang nada suaranya menyapa gegendang telinga. Aeera tersenyum kecil kepada Qais.

Lagi dan lagi Barsha hanya mampu diam. Merenung nasibnya. Malu juga pun masih berbekas.

Sekarang aku makin yakin, Aeera. Mustahil Qais tak ada hati dengan kau. Sebelum kau luahkan, dia mungkin sudah terima. Hatinya mula berbicara.



































💌dari hati ke hati💌

Mesti pernah rasa cemburu kan dengan kawan sendiri ataupun member sendiri. Cemburu ni memang tak boleh dielakkan, lagi-lagi untuk kaum hawa. Memang perasaan itu datang tanpa dipinta.

"Tak semua yang kita mahu kita akan dapat." "Tak semua perkara berpihak kepada kita." Kata-kata ini yang selalu ditanamkan difikiran supaya cemburu itu pergi jauh-jauh. Kadang-kadang memang berhasil, tapi kadang-kadang sebaliknya.
Ikut nasib. Kalau boleh memang tak naklah cemburu dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya ini. Yang tak bermanfaat.

Tapi kalau cemburu pasal akademik macam mana pula? Bagi saya cemburu yang begitu akan dijadikan ia semangat untuk saya terus rajin, belajar dan berjaya. Kiranya macam cemburu secara sihat. Lebih kuranglah. Kita sama-sama cemerlang dunia dan akhirat. Barulah best.

Macam mana pula kalau pasal crush? Haa! Yang ini yang tak boleh ni. Dari pagi sampai ke petang sampai ke malamlah engkau mengingatnya. Overthinking. Menganggu hidup saja. Jujur, memang pernah alami. Majoriti yang ada crush pernah mengalaminya. Susah memang nak hilang dari fikiran. Solusinya, selalulah buat perkara yang berfaedah, hobi ke. Buat sesuatu yang baik yang boleh menyibukkan diri kita. InsyaAllah berhasil. Janji kita ada niat, buat dan yakin.

10:00 ✓Where stories live. Discover now