BAB 3

4.5K 290 0
                                    

Pagi tu Faz bangun terlebih dahulu untuk menyiapkan sarapan untuk Zar. Yalah kan gadis tu mahu pergi kerja.

Zar mengemaskan rambutnya agar rapi dan dicapai barangnya. Kaki diatur melangkah keluar dari bilik nya.

"Ha Zar sini lah sarapan dulu. Nanti perut kau masuk angin pula."Zar mengambil tempat duduk.

Dicedokkan nasi goreng ke dalam pinggan.

"Zar nak hot coklat atau susu?"Soal Faz.

"Coklat."Faz menuangkan air pada Zar.

"Huwaa morning."Sapa Rafa yang melangkah masuk sambil memeluk erat bantal peluknya.

"Morning too. Ni dah mandi belum?"Rafa mengangguk.

"Dah. Btw wangi kau Zar. Awal nya kau masuk kerja kenapa tak esok je?"Zar menoleh ke arahnya.

"Aku duduk rumah bukan buat apa pun."Rafa mencebik. Faz tergelak kecil.

Zar memang seorang yang rajin bekerja. Orangnya tegas dan sangat pembersih. Wajahnya hanya dingin sahaja Kerna dia tidak suka untuk senyum. Mereka dua juga tidak tahu kenapa gadis tu tidak suka senyum walhal jika Zar senyum sangat cantik malah dapat mencairkan hati lelaki yang melihat.

Zar mengelap tangannya setelah membasuh pinggan.

"Zarrr nak salam."Terjongket kening Zar. Dah kenapa minah ni namun dibagi sahaja tangannya.

Rafa menyalam tangan Zar dan tersengih.

"Hati hati kerja sayang Zar."Zar tergeleng kecil.

"Aku pergi dulu. kalau jadi apa apa just telefon aku."Di ambil barangnya dan dipakai kasut.

Ktak.

Faz menoleh ke arah Rafa setelah pintu ditutup oleh Zar.

"Fa kau perasan tak satu bilik dekat tingkat dua tu?"Rafa mengangguk.

"Perasan. Bilik yang pintu coklat tu kan."Faz mengangguk.

"Ha ah. Asal aku rasa macam ada sesuatu dalam bilik tu?"Rafa mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Nanti lah kita tanya Zar. Tak berani lah aku nak buka bilik tu."Dipeluk erat bantal nya.

Zar melangkah masuk ke dalam syarikatnya.

"Selamat pagi boss."Anak buahnya menunduk hormat dan dibalas anggukan dari nya.

Zar melangkah masuk ke dalam lif. Ditekan butang 25 dimana biliknya berada.

Diletakkan beg nya dan dinyalakan komputer. Lincah tangan nya menaik di papan kekunci.

Tok..tok..tok

"Masuk."Arah Zar. Din melangkah masuk dan didekati boss nya.

"Boss ni ada file yang perlu di tanda tangan."Zar mengambil file tersebut dan dibaca terlebih dahulu. Dia tidak mahu terburu-buru.

File tu diserahkan semula apabila telah siap ditandatangani.

"Terima kasih boss."Zar mengangguk.

"Amacam? Boss ok tak?"Soal Eykal. Kawan Din.

"Boss dingin sangat lah. Senyum pun taknak."jawab Din. Eykal tergelak kecil.

"Aku dengar yang boss kita memang macam tu orangnya. Tak suka bercakap."Mereka berdua melangkah ke meja semula.

"Hati batu lah boss kita ni?"Eykal mengangguk.

"Rasanya macam tulah. Kau pun nampak kan muka dia ketat ja awal masuk tadi pun."Din mengangguk perlahan. Dia nampak wajah boss nya awal tadi. Ketat sahaja.

"Asal? Kau nak try luluhkan hati keras boss ke?"Din menjeling tajam ke arah kawan nya itu.

"Kau lupa ke kau bodoh? Aku dah khawin siak."Eykal tergelak. Lupa pula kawan nya ini sudah khawin.

"Sorry bro aku lupa."Eykal masih dengan ketawanya dan seketika dia berhenti ketawa.

"Asal kau berhenti? Kenapa tak gelak lagi."Eykal menunduk rapat dan di buat isyarat ke arah Din. Jejaka tu menoleh dan terkaku. Cepat cepat dia buat kerja nya.

Zar mengatur langkah ke arah Min. Terkejut gadis tu bila boss nya berdiri depan nya.

"Tak apa duduk ja."teragak agak Min duduk semula.

"Ada apa boss?"Soal Min takut.

"Kalau ada projek atau meeting dengan client saya nak awak bersama dengan saya."Min mengangguk.

"Baik boss."Zar melangkah ke bilik nya semula. Min melepaskan nafas lega. Tapi kenapa boss nya tak suruh dia pergi biliknya sahaja.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now