♟️YD II 3

30 5 0
                                    

"Ibu,Ayden pergi dulu"

Tangan ibunya dikucup.

"Ayden kalau asma guna inhaler yang ibu letak dekat poket beg ya?"

Wana melihat anaknya mengeluh.

"Ibu,hari-hari ibu ingatkan Ayden. Ya,Ayden tahu"

Dingin. Anak sulungnya itu memang beku macam Yussuf.

Wana hanya memandang langkah Ayden masuk ke dalam kereta Iman itu.

"Bye Wana! Lawa baju kau"

Wana menjeling Iman tajam. Suka hati je dia tegur baju lawa aku.

Tahula kartun hello kitty ni comel macam aku.

Argh,semua salah Yussuf.

"Ye bye. Syuh-syuh"selamba Wana menghalau Iman. Siap lambai tangan macam halau kucing.

Berderum kuat kereta Iman. Mamat ni,dalam taman pun nak bawa laju-laju ke?

Sepak kang baru tahu.

"Ibu,kiteorang pergi dulu"terkocoh-kocoh kembar dua orang itu memakai kasut apabila van sekolah mereka sampai.

Berebut-rebut mereka salam ibunya. Sudahlah dua orang,mahu tumbang Safwanah depan pintu itu nanti.

"Bye,jangan gaduh-gaduh dekat sekolah"mata Wana memandang Adin.

Sungguh dia tak sangka Adin boleh bertindak memukul pelajar lelaki itu. Sudahla pelajar lelaki itu tua setahun dari Ayden.

Anak lelakinya itu pula bagai malas mahu masuk campur. Biasanya dia dulu yang pergi serang.

Wana melambaikan tangan kepada anaknya yang sudah berada di dalam bas itu.

Bila dia pusing saja,Yussuf dengan kemeja hitam serta tie berwarna navy blue yang tergantung di lehernya tersengih.

"Apa sengih-sengih? Buat sendiri"malas dia mahu layan. Sendiri nak pakai sendiri buat.

Mengada-ngada lebih dari anak. Anak-anaknya pun pakai baju sekolah sendiri.

"Pilih. Nak ikatkan tie ke nak kena gigit lagi?"

Wana rasa nak cubit-cubit saja muka putih pucat itu. Ei mulutnya!

Dengan muka selamba Wana menarik tie Yussuf mendekat padanya. Terdorong Yussuf ke depan.

"Eh,ni offer awal tahun ke apa ni?"Yussuf mendekatkan mukanya ke muka Wana.

Pak!

"Aduh! Sakitlah sayang"Yussuf sudah cemberut. Usik sikit pun tak boleh.

Garanglah isterinya sekarang ni.

Wana yang lincah mengikat tali leher itu dipandang. Rasa melimpah rasa cinta.

Gitu!

"Jangan pandang-pandang lah"

"Sayang makin cantik la"

Wana memandang anak mata Yussuf.

Aww,cair pula.

Pipi Wana dikucup Yussuf laju.

"Hish,mengambil kesempatan dalam kesempitan"Wana menyudahkan ikatan tali leher Yussuf sebelum menepuk perlahan bahu Yussuf.

"Thank you sayang"

"Hm"

Briefcase Yussuf dijinjit sampai ke muka pintu.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now