BAB 6 | DENDAM CINTA 2

7.1K 637 378
                                    

"RIS tidur rumah mama malam ni ya, sayang?" Datin Kalsom mencapai tangan menantu kesayangannya, Marissa. Matanya penuh dengan pengharapan agar Marissa setuju untuk bermalam di rumahnya.

Dilema dan berbelah bahagi. Serba salah Marissa hendak menolak pelawaan Datin Kalsom. Pula tu, mereka sudah lama tidak berjumpa. Mungkin disebabkan itu Datin Kalsom mahu dia bermalam di rumah mertuanya. Ingin melepaskan rindu barangkali.

"Mama, Ris bukan taknak tidur rumah mama... tapi Ris ingat nak balik rumah mama dan papa Ris. Dah lama Ris tak ke sana." Bibirnya digigit lembut. Aduh, serba salah sungguh!

Sebenarnya, Marissa tak ada masalah pun nak tidur di rumah mertuanya. Malah, dia sangat suka. Bolehlah dia borak panjang dengan Datin Kalsom dan adik iparnya, Farah. Tapi, bila mengingatkan Harraz, pasti lelaki itu akan bermalam di rumah keluarganya sendiri. Itu yang membuatkan Marissa berat hati hendak menerima pelawaan Datin Kalsom.

"Mama tahu bukan sebab tu. Tapi sebab ada Harraz dengan Natalia kan?" Ketika ini, memang Marissa, Datin Kalsom dan Farah saja yang ada. Harraz, Natalia dan Adam entah ke mana perginya.

Terlepas keluhan halus dari bibir Marissa. Tak sedap pula kalau dia menolak ajakan tersebut. Nanti apa kata Datin Kalsom? Mesti ibu mertuanya akan berkecil hati.

"Yalah Kak Ris, jomlah tidur rumah mama. Farah rindu dengan Kak Ris tau. Please..." Farah pula yang memujuk Marissa.

Lengan kakak iparnya dirangkul ketat. Kepala dilentokkan di bahu wanita itu. Dia sangat manja dengan Marissa. Dan Marissa pula memang suka melayan perangai manjanya. Sebab tu Farah sayang sangat pada satu-satunya kakak iparnya itu. Natalia? Oh please la! Tak hingin Farah nak mengaku si gedik tu sebagai kakak iparnya.

"Tapi Farah..."

"Kak Ris buat bodoh je dengan abang. Si gedik tu pun Kak Ris tak payah layan. Semak betullah Natalia tu. Asyik nak menempel dengan abang je. Lepastu tergedik-gedik macam ulat bulu. Meluat Farah tengok. Kan ma, kan?" kutuk Farah lalu mengangkat keningnya.

Tergelak Marissa mendengarnya. Telinga Farah ditarik lembut. Datin Kalsom menggeleng. Ada benarnya apa yang anak perempuannya katakan tadi.

"Tak baik cakap macam tu. Natalia tu kakak ipar Farah juga. Samalah macam Kak Ris ni," senyum Marissa menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Rambut Farah dibelai mesra.

Tercebik-cebik bibir Farah. Menyampah. Merundum terus modnya kalau sebut nama Natalia. Entahlah, dia memang jaki betul dengan Natalia tu. Kalau boleh disenaraikan manusia yang paling dibencinya, sudah tentu nama Natalia akan berada di kedudukan yang paling atas sekali.

"Taknaklah Farah mengaku yang dia tu kakak ipar Farah. Kakak ipar Farah cuma seorang saja iaitu Kak Marissa. Full stop." Tegas Farah. Lengan Marissa masih belum dilepaskannya.

Marissa mampu menggelengkan kepala. Sudah faham dan lali dengan perangai keras kepala adik iparnya.

"So, Kak Ris tidur rumah mama tau malam ni? Tidur dengan Farah. Boleh kita gosip panjang. Ehem, Kak Ris taknak cerita macam mana Kak Ris kenal dengan abang handsome tu?" Farah menghalakan jari telunjuknya ke arah seorang lelaki yang semakin menghampiri mereka.

Marissa mengalihkan pandangan ke arah 'abang handsome' yang dikatakan oleh Farah tadi. Rona kulitnya serta merta bertukar merah. Adam berjalan ke arah mereka dengan sangat bergaya. Dengan RayBan yang terletak elok di hidung mancungnya. Bibir lelaki itu pula tak putus dengan senyuman manis tatkala mata mereka saling bersabung.

"Hai abang handsome!" sapa Farah, ramah. Dengan selamba Farah menyapa Adam dengan panggilan abang handsome. Terbeliak mata Datin Kalsom dengan ulah anak daranya. Astagfirullahalazim...

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now