Polis

467 74 3
                                    

"Eisya"

Tangan aku yang tengah koyak plastik straw air kotak terus terhenti.

Alamerk.

"Eisya"

Aku kemam bibir sebelum toleh belakang perlahan-lahan. Naufal yang berdiri tegak di belakang aku dipandang.

Pandangan mata dia tak macam yang aku nampak pagi tadi. Dia dah berubah macam pandangan yang dia biasa buat masa tengok aku. Dan ditambah dengan senyuman.

"Ada 10 sen?"

Aku blank untuk beberapa saat sebelum kalut kalut buka dompet dan keluarkan 10 sen untuk diberi kepada Naufal.

Rileks Eisya. Dia nak seposen je. Apa yang kau nak takut sangat? Bukannya dia nak belasah kau pun.

Baru aku nak hulurkan pada dia, dia dah berjalan dan duduk di sebelah aku tapi masih berjarak la. Karang datang makcik cleaner mulut kepoh tu mampus kitorang. Dia tu memang suka memfitnah sikit.

Now what? Dia nak seposen ni ke taknak? Kalau taknak aku nak simpan balik.

"Eisya"

"Haa?"

"Eisya" panggilnya lagi dengan pandangan yang dilontarkan ke arah jalan. Mungkin nak cakap muka aku dengan jalan tu tak ada beza.

"Nur Eisya.."

Eh vavi benar jantan ni. Apa masalah dia harini eh? Lepas gaduh dengan junior tu terus mereng ke?

"Kau dah kenapa, Naufal?"

Lelaki tu cuma gelak kecil dengan belakang tangan menutup mulut. Acah ayu ah tu? Hek eleh. Tau la aku gelak macam gorila.

Gorila yang cantik.

"Tak ada apa lah. Saja je. Muka kau serius sangat harini" dia hela nafas sebelum menongkat badannya dengan tangan yang diletakkan di belakang.

Aku serius sebab kau la jebon! Tak habis-habis tengok aku macam aku pakai maskot Boboiboy datang sekolah.

"Suka hati kau lah, Naufal. Asal kau bahagia" aku jeling ke atas sebelum terdengar gelak kecil dia lagi.

"Yes I am"

"Apa?"

"Nothing. Aku balik dulu. See you tomorrow" dia bangun dan melambai sesaat sebelum menuju ke pagar sekolah.

Aihh.. Mamat ni ada masalah otak ke? Ke dia sakit tekak? Masalahnya aku memang tak faham maksud Naufal tu. Misteri level pro max betul.

....

Oh yelah, kenapa dia tak ambik seposen aku harini? Sejak bila dia call pakcik Daud tu? Macam mana pakcik Daud tau dia dah balik sedangkan dia tak pinjam seposen aku lagi?

Wahhhh nampaknya Naufal memang misteri level pro max teta.

Aku pandang jam tangan sekilas sebelum tersedar sesuatu.

Kenapa aku tak balik lagi ni? Dah pukul 2 kot. Dalam kawasan sekolah pun tinggal dua tiga orang je lagi.

Aku galas beg dan berjalan keluar dari pagar. Pondok telefon dituju walaupun aku taktau nak call siapa.

Betul lah tu. Aku nak call siapa? Ibu bukannya boleh drive pun. Ayah mesti kerja. Abang-abang aku?

Lol siapa boleh hafal number diorang semua memang aku tabik ah. Elok kau je yang jadi adik diorang sebab adik diorang sendiri malas nak hafal.

Gagang telefon yang hampir berkarat aku perhati lama.

Sekarang aku nak buat apa? Patut ke aku balik rumah jalan kaki which is boleh menyebabkan aku pengsan bila sampai rumah nanti, atau tunggu someone sedar yang aku belum balik sekolah dan datang sini cari aku?

Pfftt memang tak lah. Baik aku duduk je kat sekolah ni sampai esok so tak payah takut datang lewat dah. Kat toilet pun boleh mandi. Pakai je sabun cuci tangan tu. Wangi lagi.

Sembang kuat betul kau ni Eisya. Nak pergi tandas waktu sekolah pun kena ajak Naura.

Aku mencebik sebelum masukkan 10 sen yang sepatutnya dibagi kepada Naufal tadi dan dail satu nombor random.

999?

Aku menggeleng perlahan dengan senyum nipis dan pandang skrin public phone tu.

'Calling..'

Meyn wat da hel?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Meyn wat da hel?

💫🌟✨

Setiap bunyi kereta yang masuk melalui pagar sekolah buatkan tangan aku terketar ketar.

Bro siapa je tak takut lepas tercall unit kecemasan? BOLEH KENA TINDAKAN SEBAB BUAT PANGGILAN PALSU KOT??

Aku taknak masuk penjara. Banyak lagi benda aku kena buat kat luar ni. Folio sejarah pun belum hantar. Raya haji belum sambut. Birthday aku lagi lah!

Aku yang duduk melutut di sebalik tempat menunggu bas tu cuma mampu berdoa diorang tak boleh detect location aku. Atau mungkin minyak kereta polis, bomba atau ambulans tu habis so diorang tak boleh datang.

Bantuin Eisya ya Allah. Eisya takutt. Eisya ngak bersalah. Ini semua salah Naufal kerana ngak ngambil 10 sen itu lalu Eisya tergunakannya ya Allah!!!

Ya. Semua salah Naufal.

NAUFAL YANG DAH BUAT AKU TAK FOKUS DALAM KELAS BM TADI SAMPAIKAN CIKGU PANGGIL AKU!

"NATE KAU NAUFAL!! ESOK AKU AKAN-" Kata-kata aku terus terhenti bila ternampak sebuah kereta polis yang memberi signal untuk kekanan which is dimana sekolah aku berada sekarang.

Weh. Vavi apa?

Terus aku ambik beg sekolah aku dan lari menuju ke pagar sekolah tanpa menoleh ke belakang. Jantung aku tak payah cakap lah. Dia punya berdegup lagi laju dari larian abang Fattah.

Pagar sekolah ni pun tiba-tiba rasa jauh semacam dah kenapa? Takkan sebab sekolah aku berat kot? Ke sebab aku pegang buku teks?

"Eisya!"

Larian aku yang tak berapa nak laju tu terhenti. Suara tu macam aku kenal, tapi macam tak selalu dengar.

"Nak pergi mana tu?!"

Haa...

Aku toleh belakang dan pandang seorang lelaki yang berdiri di pintu kereta polis tadi.

"Taknak balik ke?!" lelaki tu menjerit sebab jarak kami yang agak jauh.

Aku terdiam seketika kat situ sambil memaki diri sendiri dalam hati. Lambat lambat aku melangkah ke arah kereta polis tu sambil diperhati ayah aku.

Ayah aku gais.

Ayah aku.

Masyaallah anak apa kau ni Eisya sampai lupa kerja ayah sendiri ni? Tak payah jadi anak ayah lah kalau camtu. Pergi cari ayah lain.

"Kenapa ni?" ayah bertanya lembut dan menunduk pandang anaknya yang tengah restart otak.

Aku cuma menggeleng sebelum masuk ke dalam kereta polis yang bukan calang-calang orang boleh nak ni kecuali kalau kau baru lepas buat dosa.

Aku pun berdosa jugak rasanya sebab memfitnah ayah sendiri hm. Memang patutlah kena naik kereta ni.

January 11  [ 8:25 P.M. ]

Amusing | Brothers ThingyWhere stories live. Discover now