Angin malam yang dingin itu menyelubungi dirinya yang berada dalam kesejukan.
Keadaan berkabus pada malam itu menyukarkan lagi pandangannya untuk melarikan diri daripada musuh yang mengejarnya.
Nafasnya tercunggap-cunggap dalam kepayahan menghirup oksigen untuk melarikan diri.
Roti yang dipegangnya itu dipeluk seerat yang boleh agar tidak terjatuh. Roti itu harus diberikan kepada ibunya yang sedang sakit dan kelaparan. Wajah tua yang lesu itu terbayang.
"Tak kisah apa pun yang terjadi kita mesti tangkap budak itu!! Kali ini dia sudah melampau!! ", kata suara lelaki garang yang sedang mengejarnya dari belakang.
Dia dikejar oleh beberapa lagi orang lelaki kerana dia sering mencuri roti di pasar. Mereka sentiasa mengejarnya tetapi tidak pernah sekali pun dia tertangkap. Jadi dia sudah terbiasa dikejar dan melarikan diri.
" Aku mesti sampai juga dekat ibu. Janji ibu dapat makan!", katanya dalam kepayahan untuk bernafas.
Dia melajukan lagi langkahnya apabila terlihat lelaki-lelaki yang mengejarnya itu semakin dekat. Daun-daun pokok yang menghalang laluannya ditebas dengan pisau yang selalu dibawanya.
Dia juga melompat apabila terlihat akar-akar pokok besar yang menjalar daripada terjatuh. Boleh dikatakan setiap beberapa hari dia akan melakukan perkara ini.
Dia sengaja membawa mereka berlari ke dalam hutan supaya orang-orang itu tidak mengetahui kedudukan rumahnya di mana.
Hampir sahaja jantungnya berhenti berdegup apabila dia sipi lagi hendak terjatuh ke dalam sungai. Dia berhentikan langkahnya mendadak. Nasib baik dia tidak tergelincir ke dalam sungai.
"Fuh! Hampir-hampir ja tadi!".
Nafasnya tercungap-cungap dengan matanya membeliak melihat sungai yang deras itu. Dia mahu cepat-cepat melarikan diri. Dia melihat ke kanan dan kiri.
Baru sahaja dia ingin membelok ke kanan untuk terus kan pelariannya tiba-tiba dia telah dikepung oleh mereka. Ingatkan dia lebih pantas ternyata mereka lebih cepat darinya.
"Mana kau nak lari ha budak?!", kata seorang lelaki dengan senyuman yang menyeramkan.
"Dah lama kami kejar kau tak pernah dapat! Kali ni kau memang tak akan terlepas", kata seorang lagi lelaki yang memegang obor-obor. Dia memeluk roti itu sekuatnya.
Dia menoleh ke belakang,
Sungai.
Di depannya pula,
Gorilla muka ganas.
Dia memang tidak langsung dapat melarikan diri apabila dia dikepung seperti ini.
"Kau takkan boleh lari! Kau dah banyak hutang dengan kami!".
"Sekarang adalah masa yang sangat tepat untuk kami bunuh kau ja. Sudah lami kami menunggu saat ini".
YOU ARE READING
THE MASKMAN SEDUCTOR
Mystery / Thriller#3rd series of His Violence "Hero would save you for the world but villain would destroy the world to save you" >°>°>°>°>°>°> Dia Seorang puteri yang tinggal di istana yang berada di Macedonia. Dia hidup tanpa kasih sayang seorang...