BAB 8

1.9K 280 94
                                    


Xian Ling melipat telekungnya dengan kemas. Kemudian diletak pada bahagian penyangkut. Rambut galuhnya disebak belakang seraya menapak ke katil sana. sempat dia mencapai telefon pintar untuk meluangkan masa sebelum mahu bertidur. Hari ini, dia pulang awal. siap sahaja menghantar kek, terus tutup kedai. Dia sudah berjaya mencapai target jualan dan, itu sudah memadai. Alhamdulillah untuk hari ini!

Punggung mula melabuh pada birai katil. Lantas itu, Xian Ling berduduk sila. Leher diregangkan sambil menekan button hidup pada gajet miliknya.

Ktak!

Xian Ling berdesis sehingga dua kelopak matanya mengatup rapat. fuh~ perih! Seraya itu, Xian Ling merebahkan tubuh badan atas permukaan tilam. Permukaan bercahaya itu mula menjadi santapan mata. galak jari jemarinya menatal dengan lincah.

"Lucifer"

Wajah jejaka berbangsa sepanyol itu mula berlayar dalam benak. Jadi, nama sang gerangan adalah—Lucifer? Dia dengar dengan jelas ketika Nur Haisa menyapa gerangan tersebut. Cuma, itu nama betul kah? Atau hanya sandaran sahaja? Xian Ling mula terasa mahu tahu.

Tambahan pula, apa hubungan Lucifer bersama Nur Haisa? Semua orang kenal siapa gadis bertudung itu. selain seorang usahawan yang terkenal, Nur Haisa mempunyai sisi gelap yang menakutkan. Jadi, itu bermaksud—Lucifer bukan orang biasa-biasa. kan?

Bibir bawah mula dikemam. Xian Ling berfikir panjang. Siapa Lucifer? Lelaki sepanyol itu. Partner Herver Group? Jadi, sudah tentu—Lucifer adalah seorang usahawan yang hebat. Xian Ling bermonolog.

Siling atas menjadi santapan mata. termenung.

"Nama sudah sama macam Iblis. Entah-entah—orang jahat tak? Perangai lebih kurang macam kentang juga tu. sekejap" selajur jari jemarinya laju menatal permukaan bercahaya tersebut. Nama Lucifer ditaip pada laman sesawang. Kalau benar telahan dia, mesti ada bukan?

Dia kena cari. Lekas button 'search' digesek sebelum;

"Te mama! Astaghfiruallahalazim" selajur dada sendiri diusap-usap. Terkejut. Mana tidak, lain dicari—lain pula yang keluar. Gambar Syaitan pula yang terpapar pada permukaan bercahaya tersebut.

Xian Ling hela nafas pasrah. Nasib saja dia tiada penyakit jantung. Kalau tidak? fuh~ kus semangat sungguh. Lantas itu, telefon pintar miliknya dimatikan. Tak mahu lah dia nak mencari. Macam ada petanda buruk saja. Hesh!

Nama saja sudah keluar gambar syaitan.

"Tiba-tiba jadi risau pula. Macam mana kalau dia memang nak tuntut hutang? Guna kekerasan? Aduhai" ibu jari digigit. Terus terang, adalah juga perasaan bimbang merusuh dalam diri. mana tidak, sepertinya Lucifer langsung tidak takut tatkala dia bersenjata. Siapa saja tidak menjadi overthinking?

Xian Ling melepaskan nafas panjang.

"Rasa berdebar pula. Macam mana kalau dia jumpa kedai aku dekat—"

Ting!

Ting!

Serta merta perhatian Xian Ling digamit. Kepala menoleh keberadaan gajet canggih di bawah. Eh? Ada chat? Mengapa? Ada orang mahu membuat tempahan kah?

Tidak mahu melengah, lekas dia menggapai telefon pintar tersebut seraya menekan butang hidup. Baru saja mahu menatal, Xian Ling menjerit sekali lagi. mak!

"Ya tuhan~ hodohnya gambar ni" dadanya diusap kembali. Xian Ling merengus. Lupa pula nak menutup laman sesawang ini tadi. tidak fasal-fasal dia terkejut kali ke dua dengan jayanya. Tudou!

NOVEL |HER FORBIDDEN GABRIELWhere stories live. Discover now