P1

13.6K 118 14
                                    



Tatkala kita masih terlena diulit mimpi di atas tilam yang empuk dirumah, masih ada para2 pelayar yang sedang bertaruh nyawa di tengah lautan diterpa ombak dan badai demi mencari sesuap nasi untuk kelangsungam hidup.

Pelayaran yang memakan masa berbulan-bulan di tengah lautan memaksa sesiapa sahaja di dalamnya akan merindui orang yang mereka sayangi tatkala saling berjauhan.


*   *   *   *   *  *  *   *   *   *   *   *  *  *

"..abang jaga diri dekat sana nnti....
"..ingat sayang selalu yee., doa sayang selalu mengiringi perjalanan abang..."

Bait-bait kata itu selalu di ingat oleh Azrul dimana sahaja dia berada ketika dia akan berjauhan dengan isterinya. Bekerjaya sebagai seorang engineer kapal memang tidak mudah buat dirinya, apakan tidak dia terpaksa berjauhan bersama isteri dan keluarga dalam tempoh yang panjang. Kerinduan yang dirasakan sudah tentunya terpaksa dia sorokkan demi tidak terlihat sedih dihadapan yang lain. Begitu jugalah yang lain rasakan sama seperti dirinya.

Sebagai seorang engineer yang masanya banyak dihabiskan di habiskan di atas kapal, tekanan zahir serta batin tidak dapat dinafikan. Baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lepas, kali ini dia terpaksa berjauhan bersama isterinya.

Hal ini bukanlah sesuatu yang asing untuk Azrul, namun kali ini berbeza. Sebelumnya jikalau rindu akan isterinya itu, saat mereka berjumpa apabila hbis saja berlayar mereka akan menghabiskan masa bersama-sama. Tetapi apabila dia sudahpun menyandang sebagai suami kini, tanggungjawab ke atas isteri mahupun keluarga akan bertambah. Yang dahulu tidur hanya sendiri, saat ini dia sudahpun memiliki isteri yang mananya apabila celik sahaja mata akan ada isteri disisinya.

Tuntutan kerja membuat Azrul terpaksa akur berjauhan dengan isterinya itu. Dia sedar bukan sahaja dirinya, masih ramai anak2 kapal yang juga sama nasib seperti dirinya. Malah ada juga yang sudah mempunyai anak yang terpaksa ditinggal tatkala tanggungjawab yang digalas bukanlah sesuatu hal yang mudah.

Matanya merenung gambar yang diselitkan di dalam dompet miliknya itu. Gambar kecil isteri dan juga ibu bapanya di tatap dengan hati yang sayu. Tanpa dia sedari matanya sudah mula berkumpul air mata. Lalu di kesatnya kerana tidak mahu terlihat lemah dihadapan yang lain. Dirinya terlena sehingga ke pagi hari sebelum dia dikejutkan oleh rakan sebiliknya untuk bertukar shift bekerja.

Untungnya mereka hanya berkongsi bilik bertiga sahaja sedangkan yang lain malah ada yang berempat dan lebih. Azrul, Fahmi dan juga Hisyam merupakan roomate untuk pelayaran kali ini. Kadang mereka ditugaskan untuk berlayar bersama dan kadang mereka akan berpisah tatkala syarikat meletakkan jadual yang berasingan sesama mereka.

Azrul yang beperwatakan  seperti lelaki normal yang lain, memiliki kulit sawo matang dan tingginya hampir 180cm. Fahmi dan Hisyam juga memiliki fizikal yang hampir sama seperti Azrul cuma sahaja Hisyam lebih kekar badannya berbanding Azrul dan Fahmi. Persahabatan mereka ini sudah lama terjalin disaat Azrul dan Hisyam belum berkahwin lagi. Sudah tentunya perangai baik dan buruk antara mereka dapat dibaca dengan sekali pandang sahaja.

Berkongsi suka dan duka bersama, persahabatan mereka begitu akrab. Tiada apa yang perlu disembunyikan antara mereka bertiga. Keakraban mereka sangat terlihat dan tiada dibandingkan sesama mereka.


*   *   *   *   *  *  *   *   *   *   *   *  *  *

"syammm., apesal budak tuuu asyik tgok kau dooo ....??? tanya Fahmi ke Hisyam..

"..haah.. aku pun perasan jugak ! dari kitaa sampai sini lagi..." sambung Azrul.

Hisyam hanya berkelakuan biasa sahaja apabila diberitahu oleh rakannya itu. Dia hanya berseloroh saat ditanya. Azrul dan Fahmi juga bukan jenis yang suka masuk campur hal yang melibatkan privasi.

Sekarang dewan makan agak ramai dengan kru2 kapal yang lain juga sedang menyantap makanan mereka. Malam ini Fahmi akan bertugas bersama kru yang lain manakala Hisyam dan Azrul akan menyambung shift pda esok paginya.

Banyak saja cerita yang pernah didengar oleh mereka mengenai ada kru yang ditangkap akibat melakukan hubungan seks dibilik mereka, ada juga yang ditangkap akibat menggunakan bahan terlarang dan lain-lainnya. Cuma perkara yang melibatkn LGBTQ di dalam kapal itu belumlah meluas diketahui oleh kru2. Hanya saja mereka yang pernah melakukannya sahaja akan cuba untuk menutup rahsia itu sebaik mungkin. Siapa sahaja yang mampu menahan nafsu disaat berjauhan bersama girlfriend, mahupun isteri. Jika hanya untuk beberapa minggu mungkin sahaja mampu menahan. Inikan pula berbulan2 mereka berlayar dan selepas itu barulah berpeluang untuk bersemuka lagi.

Sebagai sebahagian kru2 kapal, jadual mereka tidaklah terlalu padat untuk bekerja. Masih ada masa untuk mereka berehat dan di dalam kapal itu juga tersedia tempat untuk melakukan olahraga seperti kemudahan gym disediakan.

Berbeza dengan Azrul dan Fahmi, Hisyam seorang yang rajin untuk ke gym dan menjaga bentuk badannya. Selalunya saat dimana mereka berlyar bersama, masa2 cuti Hisyam akan dihabiskan untuk pergi ke gym berbanding kawannya yang lain.


•••••B E R S A M B U N G•••••

Pelayaran Sang JantanWhere stories live. Discover now