enam

222 51 29
                                    

DENGAN penuh berhati-hati Talhah menarik tangannya dari menjadi sandaran kepala Athalia. Buat seketika, wajah anggun isterinya itu ditatap tidak berkelip.

Bibir dikemam. Dalam hati dia harap Athalia tak sedar dari lenanya.

Talhah gigit bibir bawah apabila tubuh kecil Athalia menggeliat tiba-tiba.

Puan Ayesha kirimkan pesanan kepada dia supaya membeli barang dapur yang hampir habis.

Kalau ikutkan, nak saja Talhah bawa Athalia keluar bersamanya tapi dia tahu mesti ramai lelaki yang tumpukan mata pada Athalia.

Talhah takut perasaan cemburu akan bertandang ke hatinya. Nanti tak pasal-pasal dia marah.

Bahu Athalia yang berbalut kan pajama hitam diselak sedikit. Talhah kucup bahu Athalia berani.

I swear you're so beautiful, Athalia. Bisik hatinya.

Entah mengapa, bahu dan bibir Athalia menjadi ketagihan bibirnya. Walau adakalanya tak dibenarkan Athalia, Talhah tetap tak boleh berhenti akan tabiatnya yang satu itu.

Like drugs.

Dan itu salah satu rutin dia setiap pagi tak kiralah hari cuti atau hari bekerja.

Jarum jam sudah menunjuk ke angka 6 menyedarkan leka Talhah dan terus dia bangkit dari pembaringan. Bersiap untuk keluar.

Talhah tarik nafas dalam-dalam tatkala terdengar bunyi derap kaki di luar bilik air. Maknanya, Athalia dah bangunlah?

Tch.

Otak ligat berfikir bagaimana hendak memujuk Athalia untuk duduk saja di dalam rumah. Kebelakangan ini, banyak kali Athalia minta nak bersiar-siar di luar kawasan rumah Puan Ayesha. Katanya nak meneroka.

Kerana hendak menjaga sang isteri dari menjadi tatapan lelaki ajnabi, Talhah bantah. Banyak kali juga Athalia minta, dan banyak kali itu juga la dia terpaksa pujuk.

"Talhah! Talhah nak keluar eh? Athalia nak ikut tau!" Jerit Athalia dengan nada teruja.

"Siapa kata Talhah nak keluar? Talhah tak cakap apa-apa pun." Sang suami menyahut.

"Kat atas katil ni ada vest hitam, Talhah nak keluar la tu kan?"

Kantoi la, bongok.

Bibir dikunci. Talhah mengutuk diri sendiri kerana letak pakaian betul-betul di atas katil.

Pinggangnya dililit dengan ikatan tuala berwarna putih dan gebu, pintu yang diperbuat daripada batu marmar dibuka. Badan yang di bahagian atas dibiarkan terdedah. Talhah kurang gemar nak pakai pakaian di dalam bilik mandi, elok saja di pakai di luar.

Lagipun tidak melawan hukum Islam pun kalau Athalia nampak seluruh tubuhnya.

"Kat luar sana, bahaya Athalia. Athalia duduk rumah je."

Kemeja hitam dipakai sebelum vest dibutangkan. Pantulan diri di cermin dipandang, memastikan dia cukup segak.

"Athalia tak pernah keluar, Talhah. Boleh la... Athalia nak keluar." Athalia membentuk bibir.

"Talhah gerak cepat tau. Nanti Athalia tak sempat nak kejar. Talhah tak larat nak ikut Athalia pergi mana-mana." Jemarinya mengemaskan rambut.

"Kalau Talhah tak nak temankan pun tak apa, Athalia boleh pergi sendiri."

"No, Athalia. Talhah nak jaga Athalia je, jadi duduklah rumah." Lengan baju dilipat hingga ke siku. Memudahkan dia pergerakannya yang bebas.

Isteri Buat TalhahWhere stories live. Discover now