BAB 15 | DENDAM CINTA 2

7.8K 806 420
                                    

     PETANG itu, jenazah Hafiy dan Medina akan disemadikan. Harraz menarik nafas sebelum dia masuk ke dalam kubur yang sudah digali. Dari bawah, perlahan-lahan dia menyambut jasad Hafiy. Dibuka kain kafan yang menutupi muka anaknya lalu pipi Hafiy dicium.

"Papa sayang Hafiy," ucapnya, sebak.

Kemudian, tubuh si kecil itu diletakkan ke dalam liang lahad lalu diiringkan menghadap ke arah kiblat. Harraz mengemam rapat bibirnya. Anak yang ditunggu-tunggu kehadiran ke dunia, kini telah kembali semula menghadap Sang Pencipta.

Beberapa keping papan diletak. Harraz mengambil cangkul lalu tanah ditimbus. Adam dan Dato Imran turut sama membantu meratakan tanah di atas kubur Hafiy. Selesai, Harraz masuk pula ke dalam kubur lain bersebelahan kubur Hafiy. Kini, anak perempuannya pula yang akan disemadikan.

"Papa sayang Medina," zahirnya tulus dari lubuk hati seorang bapa. Pipi Medina dicium buat kali terakhir lalu diletakkan tubuh kaku anaknya ke dalam liang lahad. Perkara yang sama dilakukan. Tanah ditimbus dengan hati yang walang.

"Selamat tinggal papa! Hafiy dengan adik pergi dulu! We love you, papa!"

Tatkala itu, gegendang telinganya disapa dengan suara kanak-kanak lelaki yang memanggilnya papa. Budak lelaki itu mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Mata Harraz meliar di kawasan tanah perkuburan itu. Mencari-cari dari mana datangnya suara manja tersebut.

"Harraz?" Adam memanggil. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan. Berkerut dahinya melihat Harraz yang seakan gelisah mencari sesuatu.

Harraz tersentak. Dia segera berpaling.

"Kau okey tak?" soal Adam.

Entah mahu mengangguk atau menggeleng. Harraz sendiri tidak pasti. Yang dia tahu, suara budak lelaki tadi masih terngiang-ngiang di halwa telinganya.

"O... okey." Harraz mengangguk. Hujung mata yang terasa berair diseka.

"Bawa bersabar. Aku tahu kau sedih atas pemergian anak-anak kau. Tapi nak atau tidak, kau kena terima ketentuan Tuhan. Percayalah, anak-anak kau dah bahagia dekat sana. Sudahlah, tu. Mari duduk. Ustaz dah nak baca talkin tu." Adam menepuk-nepuk bahu Harraz.

Lututnya kini terasa macam jeli. Lemah tatkala suara ustaz yang membaca talkin itu menyapa pendengaran. Rata-rata yang hadir di tanah perkuburan itu sudah menundukkan wajah. Timbul rasa insaf dalam diri masing-masing. Sekali gus tersedar bahawa umur bukanlah satu ukuran untuk menentukan kematian. Tidak semestinya yang tua akan pergi dahulu. Bahkan bayi yang baru lahir tak sampai lima minit pun boleh menghadap PenciptaNya bila-bila masa.

Selajur, Adam mengerling ke kiri. Kelihatan Marissa cuma menunduk dari tadi. Tanah yang merah itu ditekur tanpa kelip. Dia dapat melihat muka Marissa yang merah dan mata wanita itu turut lebam dek menangis tanpa henti. Tubuh wanita itu masih lagi lemah. Sudah ditegah agar Marissa tidak mengikuti acara pengebumian hari ini. Namun, seorang Marissa Jasmine amat keras kepala. Wanita itu berkeras mahu ke tanah perkuburan untuk melihat anak-anaknya dikebumikan.

Selesai bacaan talkin, mereka yang hadir mula meninggalkan kawan perkuburan itu. Tak putus-putus ucapan takziah yang didengarinya. Marissa menyentuh tanah yang masih merah itu. Bibirnya mencorek nipis. Dia tak pedulikan orang di sekelilingnya. Marissa leka dalam dunianya sendiri.

"Mommy! Hafiy dengan adik sayang mommy! Hafiy tunggu mommy dekat syurga! Jaga diri, mommy! Hafiy dan adik sayang mommy sangat-sangat!Bye, mommy!"

Marissa mengangkat wajah. Jelas di matanya seorang budak lelaki sedang memimpin tangan seorang budak perempuan. Marissa tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas dek simbahan cahaya yang kuat memancar. Budak lelaki itu dan adik perempuannya melambai tangan sebelum mereka sama-sama mengundur dan perlahan-lahan menghilang.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now