Polaroid Love || Kim Jungwoo ||

73 18 2
                                    

23 April 2022

Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang tergantungnya  papan tanda yang bertulis ' Our Memories '. Dia menutup pintu dan menguncinya, dia mahu meluangkan masa dengan kenangan-kenangannya bersama sang kekasih yang selalu mencuri tumpuannya pada zaman sekolah.

"It's like a polaroid love~" jejaka tampan itu bernyanyi kecil saat melihat bilik itu penuh dengan polaroid yang bergantungan di sekeliling bilik itu. Kakinya melangkah menuju ke satu gambar polaroid dan memegangnya. Dia mengusap perlahan gambar itu.

Terdapat ada satu tulisan di gambar itu.

" Kim Jungwoo love Kang Jaena "

Jungwoo tersenyum melihat tulisan itu. Dia mengambil sebuah album lalu melangkah ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya di atas sofa itu.

Album itu di selak, bibirnya menguntum senyuman paling manis saat sekeping gambar di mana Jaena memegang batang peniup buih dan Jungwoo sedang memejam mata akibat buih termasuk ke dalam matanya di tatap dengan penuh rindu. Kadang kala dia tergelak kecil apabila mengingat kenangan itu.

3 March 2018

"Yahh Jungwoo ppaliwa! " teriak Jaena dan kadang kala dia tertawa kecil apabila melihat teman lelaki yang dikasihinya berlari terkedek-kedek sambil membawa dua bekas yang berisi buih sabun.

"Chakkaman berat tau" ujar Jungwoo manja sambil mulutnya memuncung ke hadapan. Jaena mengusap rambut fluffy milik Jungwoo sebelum dia mengambil lagi satu bekas yang berisi buih sabun itu dan meletakkannya di atas tanah.

"Kesian sayang saya" kata Jaena. Jungwoo mengangguk sebelum dia tersenyum. Dia menyerahkan batang peniup buih ke arah Jaena dan gadis itu mengambilnya.

Jungwoo mengeluarkan polaroid camera dan menangkap gambar gadis itu. Tiba-tiba satu keping gambar terkeluar dari camera itu dan Jungwoo mengambil lalu mengibasnya.

"Jaena~~ tengok ni lawa" panggil Jungwoo dan Jaena menghampiri lelaki tu lalu melihat gambar itu.

"Wahh yeppeunda, pandai awak ambil gambar" puji Jaena. Jungwoo tersenyum sebelum mencuit hidung comel milik Jaena.

"Bukan sebab saya pandai ambil gambar, tapi awak yang buat gambar tu bertambah cantik lagi-lagi senyuman awak yang saya sayang" Jungwoo memberikan kata-kata manis kepada gadis itu. Jaena tersipu malu apabila mendengar ucapan manis dari lelaki yang dia cintainya.

Mereka berdua bermain buih itu dan melihat buih bulat itu berterbangan di udara. Mereka menyatukan tangan mereka dan bermain buih itu bersama.

Klik

Bunyi kamera itu membuatkan Jungwoo dan Jaena memandang ke arah seorang lelaki yang tidak kalah tampan, Na Jaemin. Jaemin memberikan senyuman manis kepada sepasang kekasih itu.

"Noona dengan hyung nampak sweet sebabtu Jaemin ambil gambar hyung dengan noona" ujar Jaemin. Jungwoo dan Jaena tersenyum malu serta dengan pipi mereka memerah.

"Cuba noona tiup buih itu lepastu hyung berdiri rapat dengan noona, saya nak ambil gambar korang berdua" pinta Jaemin. Jungwoo dan Jaena mengangguk lalu membuatkan apa yang jejaka tampan itu pinta.

Entah nasibnya buih yang di tiup oleh Jaena menuju ke arah Jungwoo dan pecah di mata lelaki itu membuatkan Jungwoo memejam mata serentak itu juga bunyi kamera kedengaran.

Klik

"Jaena pedih" rengek Jungwoo cuba untuk menggosok-gosok matanya tetapi di tahan oleh Jaena.

[√] Polaroid Love || Kim Jungwoo ||Where stories live. Discover now