❐ foodie girlfriend

69 11 16
                                    

"Doyoung! "

Doyoung mengalihkan pandangan ke arah teman wanitanya. Dia mengangkat keningnya ke arah Lee Jiyeon yang sedang memegang sandwich. Mulutnya juga penuh.

"Aishhh nanti tercekik tu" marah Doyoung. Jiyeon tersengih. Dia menghabiskan sandwich itu.

"Youngieee" panggil Jiyeon dengan nada manja

"Nak apa sayang? " tanya Doyoung. Pipi Jiyeon memerah sebelum mengembungkan pipinya. Doyoung tertawa kecil sebelum menarik pipi tembam itu sekuat hatinya. Melepaskan geram kerana baginya Jiyeon terlalu comel.

"Aduhh sakit lah"

"Hehe, sorry tadi nak apa"

"Nanti rehat sama-sama" ajak Jiyeon.

Doyoung mengangguk sebelum mengusap rambut Jiyeon lembut.

"Jom masuk kelas" ujar Doyoung sambil menarik tangan Jiyeon masuk ke dalam kelas yang mereka berada.

"Homework dah siap? " tanya Doyoung dan dia dapat melihat Jiyeon tersengih.

"Belum" balas Jiyeon.

Doyoung menggelengkan kepalanya sebelum menyuruh gadis itu duduk.

"Kenapa tak siap? "

Jiyeon hanya tersenyum sambil mengeluarkan buku latihan matematik.

"Tak faham lepastu saya asyik teringat dekat awak"

Doyoung membuat mimik muka sudut bibir naik ke atas selepas itu matanya memandang ke arah Jiyeon atas bawah.

"Aku pun asyik teringat dekat kau tapi kerja sekolah siap je"

Jiyeon menggulingkan bebola matanya ke atas.

"Annoying lah awak ni" rungut Jiyeon sambil menyelak buku latihannya sebelum sua kan ke arah Doyoung.

"Tolong ajar hehe" pinta Jiyeon.

Doyoung mendecit sebelum merampas pensel yang berada di pegangan Jiyeon lalu mengetuk kepala Jiyeon perlahan.

"Tengok ni, fokus" kata Doyoung.

Jiyeon mengangguk sebelum melihat tangan Doyoung lincah menyelesaikan jalan kerja matematik itu.

"Faham tak? "

"Faham sikit je"

Doyoung memadam jalan kerjanya sebelum memberikan pensel kepada gadis itu.

"Cuba buat, cepat sikit nanti loceng dah nak berbunyi"

Jiyeon mengangguk sebelum membuat jalan kerja. Doyoung menilik wajah tembam Jiyeon yang tekun membuat jalan kerja.

"Siap!"

"Aduh"

Doyoung menekup hidung apabila Jiyeon tanpa sengaja menumbuk hidung mancungnya. Jiyeon segera memegang wajah Doyoung.

↻ foodie girlfriend  ➥ kim doyoungOn viuen les histories. Descobreix ara