♡︎Part 4♡︎

22 5 0
                                    

"Kami bersetuju ingin Aisha dan Alief bernikah." Kata Encik Zamri dengan tenang.

'APA? AKU TAK MIMPI KAN?'

" AISHA TAK NAK KAHWIN DENGAN DIA!!!!" Jerit Aisha di ruang tamu itu. GILA!! Dirinya? ingin menikahi lelaki itu? Dia? Tengku Alief Adrien bin Tengku Azri? Bossnya? Lelaki yang telah merampas keperawanannya? Memang tidaklah!!

" Aisha, sabar Aisha. Ini yang terbaik buat kamu dan Alief. Lagipun Alief kena bertanggungjawab keatas kamu Aisha." Pujuk ayahnya. Encik Zamri amat mengenali anaknya itu,keras kepala.

" AYAH! APA YANG AISHA BOLEH SABAR AYAH KALAU LELAKI NI YANG AISHA KENA KAHWIN? AYAH LUPA KE APA YANG DIA NI DAH BUAT DEKAT AISHA!!?" Jerit Aisha kepada ayahnya. Tidak bermaksud ingin menderhaka, tetapi semua ini tidak masuk akal baginya. Kenapa ayahnya membuat keputusan begini?

" Aisha, bawa bertenang sayang. Ibu yakin dia yang terbaik buat kamu. Lagipun Alief yang buat kamu begini kan? Dia memang kena bertanggungjawab Aisha, dan satu-satunya cara ialah menikah." Pujuk Puan Amirah kepada anaknya. Dia memahami perasaan anaknya itu. Siapa je yang tidak sedih dan marah jika lelaki yang me'rosak'kan dirinya ingin menikahinya? Gila ke? Kau dah rosakkan anak dara orang lepastu kau senang-senang je dengan muka tidak bersalah ingin mengahwininya?

" SUDAH!! Aisha, dengar cakap ayah. Ini yang terbaik buat kamu. Kira bersyukurlah kami mengahwinkan kamu. Kamu ingat dengan keadaan kamu begini ada ke lelaki nak dekat kamu?!! Alief, kamu bagaimana? setuju ke dengan keputusan pakcik dan papa kamu?" Tanya Encik Zamri kepada Alief.

" Alief terima segala keputusan dan cadangan, Alief setuju dengan cadangan dan keputusan pakcik dan papa untuk mengahwini Aisha." Terang Alief dengan nada yang pasrah. Bukan dia tidak mahu, malah inilah impiannya. Tetapi bukan dengan cara begini.

" KAU GILA KE? SENANG-SENANG JE KAU CAKAP LEPAS APA YANG KAU DAH BUAT? SENANGNYA HIDUP KAU ! 'ROSAK' KAN ANAK ORANG LEPASTU KAHWIN? MACAMTU?" Tengking Aisha kepada Alief. Dirinya masih tidak berpuas hati. Mengapa dirinya perlu berkahwin dengan manusia ni? KENAPA SETELAH BENDA ITU TERJADI? kenapa?

" Aisha, jangan macamni Aisha. Aunty tahu anak aunty telah buat benda tidak elok kepada Aisha, tetapi tolonglah terima anak aunty Aisha. Maafkanlah dia." Pujuk Puan Azizah. Mama kepada Alief Adrien. Dia tahu bahwa anak lelakinya telah buat sesuatu yang amat menyakitkan bagi seorang perempuan. Tetapi dia juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana perkara telah berlaku.

" Aisha tidak tahu! Aisha benci lelaki ni! " Marahnya sambil melihat muka Alief dengan penuh kebencian. Benci!! BENCI SANGAT-SANGAT!

Sejurus itu, Aisha terus menangis sambil melangkah ke biliknya. Setibanya di bilik, dibuka pintu dan dihempasnya kuat sebagai tanda memprotes dengan apa yang baru sahaja terjadi di ruang tamu tadi. Dirinya terus rebah ke katil dan menangis semau-maunya. Kenapa tiada siapa memahami diri dan perasaannya? kenapa? Mengapa mereka tidak faham bahawa dirinya benci dengan lelaki itu? Mengapa?

Di ruang tamu,

"Alief, maafkan anak pakcik nya? Dia masih trauma dengan apa yang berlaku." Encik Zamri risau jika kata-kata anaknya menyakiti hati bakal menantunya itu. Itupun kalau Aisha bersetuju dengan pernikahan yang dibincangkan ini.

" Eh, tak apa pakcik. Saya tahu dia masih marah dan kecewa dengan saya,tapi saya janji saya akan memujuknya supaya menerima saya pakcik makcik" Alief berkata sambil memandang wajah bakal mertuanya. Encik Zamri dan Puan Amirah. Jujur dirinya berkata, dia terasa sedikit dengan perkataan Aisha sebentar tadi. Aisha memang benar-benar membencinya. Ya,Alief ! Aisha benci kau!

Setelah membincangkan tarikh pernikahan dan majlis yang akan diadakan, Tuan Azri,Puan Azizah dan Alief segera meminta diri untuk pulang. Sudah lama rasanya berada dirumah Encik Zamri itu. Aisha pun sudah hilang entah kemana, sejak dari tadi dia tidak turun-turun ke ruang tamu. Ah, biarlah dia.

" Minta maaf ya atas sikap anak saya tadi Azizah, dia memang macam tu. Nampak sahaja kasar tetapi dia lembut sebenarnya." Pinta Puan Amirah kepada Puan Azizah iaitu ibu kepada bakal menantunya kelak. Risau dirinya jika bakal besannya itu mengambil hati dengan apa yang berlaku tadi. Mau taknya tidak jadi berbesan?

"Eh, tak apalah Amirah. Biasalah, Aisha masih belum dapat terima semua ini. Inshaaallah lama-lama okeylah tu. Saya tidak ambil hati pun lah." Terang Puan Amirah. Dia mengetahui bahawa Aisha masih belum dapat menerima apa yang terjadi didirinya. Perkara yang paling dihindari oleh semua perempuan diluar sana. Siapa aje yang mahu dirinya di'rosak'kan oleh seorang lelaki kan? Kalau dah kahwin tu lain cerita lah. Sebab dah halal.

" Okeyhlah pakcik,makcik. Kami balik dulu ya,terima kasih." Sopan Alief berbicara dengan bakal mertuanya. Eceyh kahwin pun belum.

"Okeyh Alief,Azri dan Azizah. Minta maaflah ye dan terima kasih juga." Encik Zamri meminta maaf sekali lagi.

" Tak apalah Zamri, kami tak ambil hati pun. Kami gerak dulu ya? Assalamualaikum." Tuan Azri memberi salam sebelum bergerak ke kereta untuk pulang ke rumah. Jujur, dirinya tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku tadi. Malah dia masih kecewa dengan anak lelakinya.

Sementara itu, Alief sudah memasuki keretanya memandangkan dia menaiki keretanya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sementara itu, Alief sudah memasuki keretanya memandangkan dia menaiki keretanya sendiri. Dia membuka tingkap kereta dan bercakap dengan papanya untuk meminta keizinan.

" Papa, Alief nak keluar dengan Luqman dan Harraz. Inshaaallah malam nanti baru Alief balik. Kalau tidak balik tu Alief tidur rumah mereka." Alief memberitahu ayahnya tentang dirinya ingin ke rumah kawannya yang berada di Damansara. Ingin berkongsi masalah dengan kawan-kawannya itu.

" Hmm pergilah." Jelas kedengaran papanya masih memarahi dan kecewa dengan dirinya.

'Hmm papa. Maafkan Alief papa.'

"Assalamualaikum Ma,Pa." Alief memberi salam kepada orang tuanya.

Sejurus itu dia terus memandu dengan perasaan yang bercampur aduk. Marah,kecewa,sedih,gembira,stress. Kenapa? Kerana dirinya telah membuat kesalahan yang paling besar baginya.

' BODOH KAU ALIEF!' kata hatinya.

SAYA SUAMI AWAK TAHU TAK?Where stories live. Discover now