𝓑𝓐𝓑 24

521 21 3
                                    

Aurora setia duduk disebelah Aunty Farhanah yang baru saja tersedar dari tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aurora setia duduk disebelah Aunty Farhanah yang baru saja tersedar dari tidurnya. Aisyah yang kepenatan selepas bergegas membawa ibunya ke sini selepas tamat waktu kerja sudah tertidur di sofa. Daniel pula turun ke bawah untuk membelikan makanan dan minuman buat Aisyah dan Aurora.

Bunyi mesin yang memeriksa denyutan nadi itu sahaja yang berbunyi di dalam bilik itu. Tangan Aunty farhanah yang mempunyai jarum untuk memasukkan air ke dalam badannya digenggam oleh Aurora.

" Aunty..Aurora tahu Aunty kuat...Aunty tolong bertahan untuk Aurora, Aisyah dan Mama okay? We need you here.." lembut suara Aurora meyakinkan makciknya.

Aunty farhanah tersenyum lemah. Tepi kepala Aurora diusap lembut. Tangan Aunty Farhanah terasa sangat sejuk di kulit Aurora yang suam.

" Insyallah sayang... Kalau ini pengakhiran Aunty..kamu jaga Aisyah baik-baik ya? Dia dah tiada siapa dah yang boleh jaga dia lepas ni. Aunty harapkan kamu dan Mama kamu untuk jaga dia. Sayang dia macam mana kamu sayangkan mama kamu. " Setitis Air mata nya mengalir. Ini semua dugaan yang Tuhan telah berikan kepada dia dan Aunty farhanah terima semuanya dengan redha.

Aurora mengangguk. Air matanya dikesat sebelum dia memberikan senyuman yang meyakinkan kepada Aunty farhanah.

" Kita boleh harungi semua ni bersama. You just need to be strong.." belakang tangan Aunty Farhanah dicium lama. Bau Aunty Farhanah memang sangat menenangkan. Bau bunga melur. Bunga kegemaran Aunty Farhanah.

Ya Allah, kau berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi ujian mu ini Ya Allah..

Ya Allah, kau berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi ujian mu ini Ya Allah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" What!? Mak aisyah dalam hospital? Dia okay tak?" Soal felix dengan gelisah. Dia takut. Takut dengan keadaan Aisyah. Mesti emosi Aisyah tidak terkawal.

" Teruk juga dia menangis semalam. Menangis sampai tertidur. Kau pergilah melawat mak dia. Sekurang-kurangnya, mak dia tahu yang kau masih prihatin dekat dia dan Anak dia. " Balas Daniel yang sedang membuat kerjanya.

Felix mengeluh kecil. Hatinya takut. Takut kalau kewujudannya disana tidak dialu- alu kan.

Daniel yang dapat melihat wajah Felix yang sedang gelisah itu mengeluh.

MY LOVE, AURORAWhere stories live. Discover now