Aleena POV :-
Aku melihat cincin itu buat yang entah keberapa kali sejak petang tadi. Tak sangka! Dah nak kawin? Heheh. Aku berguling-guling di atas katil.
Buk!
Aduhhh! Terjatuh pulak.. aku menggosok punggung aku yang terasa kebas itu. Tapi sakit itu tak terasa kerana hati aku yang penuh dengan bunga-bunga cinta.
Aku naik ke atas katil semula, cincin itu aku tenung semula. Senyuman tak mampu aku sorok lagi, ni kalau orang gila tengok dia pun ingat aku ni gila hahahaha.
Ting! Ting! Ting!
Notifications whatsApp yang bertubi-tubi masuk itu mengganggu aku. Haisyh sapa pulak ni? Kacau la. Laaaaa.. 'A'sibling<3' group rupanya. Aku membuka dan membaca satu persatu. Haih, bantai di spam eh aku, sabo la sabo!
Aidan : kakak !! Macam mana ? Nak tengok cincin !
An : kalau nak tengok balik la Malaysia ! ;p
Lee. : weyh hahah jahat do kau An! Sian la Aidan ingat sikit kau pun susah nak balik kan? Hahah
Aidan : kakak? Where are you? Reply us!
An. : @Me
Lee : @Me
Me. : ya Allah ye ye, sabar la jangan la spam! Nak mana satu? Cerita cinta ke cincin?
An : cincin! Cerita tu nak dengar depan-depan nanti! Dalam hp tak best! Cepat la kak!!
Lee : yes betul tu! Cepat kak cepat!!
Me. : hmmm.. yelah! ni dia, Lawa tak? Lawa macam kakak kan? Heheh
Aidan : Subahnallah! Cantik betul! Confirm mahal!
Lee. : How i wish that was me.. aaaaa bonda nak tawin! Hehehe
An. : Cantiknyaa! Uyooo kakak kita dah nak kawin! Kita dah nak dapat abang wuuu~
Me. : dah dah jangan nak over sangat hahah, okay la akak nak sambung berangan, byee ! :3
Aku baru nak keluar dari apps WhatsApp. Tiba-tiba tak jadi. "Alamak! Lupa nak inform dekat dua ketul tu! Aduiii laa", aku baru nak taip di group WhatsApp kami bertiga, tiba-tiba mendapat panggilan dari Izz. Gulp! Panjang umur.
"Hello? Assalamualaikum sahabatku",sapa aku memulakan perbualan.
"Done jawab dalam hati. Tegamok mu wak katku gini Aleena Raudhah?!!! Beci aku . Aku xse g maso mug nikoh nanti. Tok oyk sepatoh pun katku ? Aku sapo ? Heh ? Ubi sungguh . Aku tahu pun takdi tngk story ig adik mu . Bangkit betul la mu ni . Ikuk ah ikuk , aku ngaju doh ng mu ", belum apa-apa dah kene sembur dengan mek kelantan ni.
"Heheh,aku baru nak bagitau tadi tapi kau dah serang aku dulu, jangan marah heheh calm down babe hehe",perlahan suara aku memujuk Izz. Ni kalau depan-depan mesti dah kene cepuk. Nasib jauh! Nasib dia dekat kelantan sekarang. Fuh!
YOU ARE READING
DEAREST MAILBOXES
FanfictionAleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes! Tapi bukan sebarang quotes...it's islamic qoutes! Walaupun dia tidak mengenali empunya tuan yang m...