dunia mereka berbeza

231 25 5
                                    

dunia mereka berbeza namun tapi hanya dia mampu merapatkan jurang yang sangat jauh itu.

+.

musim panas 2011

"nak tengok cerita apa?"

soal amna sekadar berbasa-basi.

namun tiada jawapan yang datang dari empat orang manusia di belakangnya. tanpa menghiraukan mereka, amna baring di hadapan tv kotak itu dan mula memilih cerita yang ingin ditontonnya.

jika bukan kerana nenek yang menyuruh, dia mungkin tak akan menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

di rumah nenek, berlawanan dengan kebesaran rumahnya, tiada televisyen yang boleh didapati langsung. sungguh pada mulanya amna memusing satu rumah untuk mencari televisyen namun apakan daya.

dia mengeluh kesal.

jadi mahu tidak mahu, rumah amna adalah destinasi pertama mereka.

di ruang tamu itu, terdapat empat orang budak lelaki berpakaian kemas sedang duduk tegak di atas sofa.

tangan dikepalkan dan mata mereka tidak lepas dari memandang gadis di hadapan itu.

tiada suara yang dikeluarkan berbanding hati mereka yang mempunyai beribu perkataan.

masing-masing tidak mahu menunjukkan kekalahan dalam pertandingan yang telah mereka persetujui secara senyap ketika mereka melangkah masuk ke dalam rumah amna.

untuk mereka berempat, sudah disematkan sejak dari kecil lagi bahawa emosi adalah kelemahan yang boleh menjatuhkan mereka.

minat.

menonton cerita kartun yang berwarna-warni itu tidak sama sekali pernah berada dalam senarai minat yang mereka perlu ada.

walau mata mereka bersinar untuk melihat cerita kartun yang sedang ditayangkan di tv itu, tapi mereka memandang ke arah lain, mahu lari dari situ. sekali sekala godaan bunyi dari kotak kecil itu menarik anak mata mereka untuk melihat cerita yang ditayang.

"haish, nampak ke cerita ni dari situ?"amna akhirnya putus asa untuk menghiraukan mereka. dia berpaling dengan muka monyok.

"sini." ruang kosong disebalah dia tepuk.

"..."

tiada siapa menjawab. perlahan haidar menyenggol ahza. namun dia lupa, ahza yang dia selalu berharap, ahza yang seakan tahu segala solusi kepada masalah yang dihadapi mereka juga buntu.

"tak datang amna tutup tv." entah dari mana mereka lihat alat kawalan jauh sudah berada dalam tangan amna.

jarinya terletak selesa di butang matikan tv itu.

gila.

mereka kekal senyap. tapi mereka perasaan mereka berbelah bahagi.

"satu..."

air liur ditelan.

"dua..."

pening.

yang mana mereka harus pilih?

mereka berpandangan sesama sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Laskar,Where stories live. Discover now