“Ada apa bos…”
“Kimi. Sekarang waktu kerja dah habis.” Tegurnya.
“Ada apa?” soalku hairan.
“Hari ni kau datang bawa kereta ke?” Soalnya semula.
“Aku datang dengan grab car.” Kimi terus saja menarik tanganku supaya mengikutinya keluar dari pejabat sebaik saja dia mendengar jawapanku itu. Aku terkebil-kebil dengan perbuatannya namun aku hanya mengikuti tanpa sebarang bantahan.
Kami tiba di tempat parkir kereta. Kimi membuka kunci keretanya dan juga pintu bahagian penumpang hadapan lalu dia menolak aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya mengikuti arahannya.
Kimi menutup dedaun pintu kereta dengan kemas sebaik saja aku masuk ke dalam kereta. Dia juga meloloskan diri ke dalam kereta di tempat bahagian pemandu.
“Kita nak pergi ke mana?” Soalku.
“Beli baju nikah?”
“Ey, elok-elok lah!” aku tak rasa lawak langsung bila dia cakap begitu.
“Aku nak belikan baju yang baru untuk kau. Belakang badan kau tu nampak. Terdedah kut warna hitam…”
Patutlah mata dia melekat pada belakang badan aku!
“Kau pandang badan aku!” marahku.
“Rezeki jangan ditolak. Bala jangan dicari.” Bidasnya dengan selamba. Aku mengetap rahang.
“Ini bala kau!” aku berikan penumbukku padanya tapi senang saja dia menyambut penumbukku lalu dia mencium kekura tanganku dengan lembut. Wajahku terus saja bertukar rona.
“Ap-apa yang kau buat ni?!” marahku.
“Apa yang kau akan cakap kalau aku beritahu kau yang aku cintakan kau?” Soalnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/301760803-288-k893945.jpg)
YOU ARE READING
Sweet Protector Ash Hakimi
Romance(KOMPILASI EBOOK HERO AHA) DADDY dan mummy aku bercerai hidup. Daddy aku berkahwin dengan wanita yang mempunyai seorang anak lelaki tak lama selepas itu. Anak lelakinya pula sebaya saja denganku tapi dia lahir lambat du...