6

264 32 9
                                    


"Menipulah orang perempuan takde crush"

"Dah memang takde crush, nak wat acane?"

"Ye la tu.."

"I said what I said" aku buat muka kerek.

"Menipu" Umai masih tak mengalah.

Aku buat roll eye. Malas nak layan. "Believe what you wanna believe. It's your loss, not mine" sambung makan roti chocolate. Eh, tiba-tiba terasa bijak pulak lepas guna quote tadi.

Umai buat muka 'I dont believe' tapi aku hanya abaikan. Nanti dia berambus la tu.

"Camane seh feeling takde crush ni?"

"Takde feeling. Sebab takde crush." ringkas aku menjawab.

"Tak rasa cam tak normal ke?"

"At least mental health aku better than orang yang ada crush."

"Asal plak?"

"Sebab aku takyah pikir pasal orang yang tak fikir pasal aku? And.. crush tu maksud dia hancur. So, hati aku tak hancur macam korang." aku tersenyum senget. Headshot.

Giliran Umai pula roll eye. Terasa la tu.

"Fine!"

Kami hanya senyap lepas tu. Makan dengan tenang sebelum waktu rehat habis.

"Weh Nuris, jom pergi makmal" macam biasa, Nani je yang rajin mengajak aku dalam kelas ni.

Cepat-cepat aku kemas barang dan mengejar langkah Nani.

"Gerak lu, mai!" aku melambai Umai yang tengah berjalan balik ke kelas dia.

$~

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
My heart crushed.
Can you come inside my heart
And help me fix it?
Because I thing the crush is you.
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

Boleh tak stop.. buat aku rasa macam ni? It's not good for my heart.

Aku simpan sticky note yang aku dapat lepas balik dari makmal tadi dalam planner. Planner tu aku sorok bawah baju dalam storage box. Storage box aku tolak masuk bawah katil.

Settle.

Aku patut jauhkan diri dari semua sticky notes tu.

Atau mungkin aku patut buang je semua sticky notes tu?

Cadangan kedua tu nampak menarik.

Aku keluarkan semula semua sticky notes dalam planner bawah baju dalam storage box bawah katil. Astaga susah betul nak ambil sticky notes je pon.

Keluar dari dorm, aku berjalan di koridor, nak cari tong sampah hitam yang tak penuh.

Tapi semua dah penuh.

Bahaya, takut ada orang kutip lepas tu plagiat. Jadi, aku turun ke aras 1.

Peh jauh gak aku berjalan. Nak buang sticky notes je pon. Penat berjalan, aku pergi ke mesin gedegang depan aspuri.

Tau mesin gedegang? Vending machine yang jual air tu?

Dekat 5 minit aku tercongok depan gedegang. Tengah fikir nak beli air apa padahal aku cuma bawak seringgit je.

Tidak boleh tidak, aku kena beli air mineral. Itu je pilihan yang ada.

Tapi, berbaloi ke bazirkan seringgit untuk 500 liter air mineral je? Baik aku guna untuk isi air mesin Doktor Sukida tu. Sepuloh sen je dah penuh satu botol air aku.

Tapi botol air kat atas. Kena naik balik kalau nak isi air. Dan aku terlampau malas untuk itu.

Dagu aku usap. Berfikir baik buruk keputusan yang bakal aku buat kejap lagi.

"Assalamualaikum, saudari"

Terhinjut bahu aku sebab terkejut. Pantas aku menoleh ke belakang.

Di luar pagar aspuri, berdirinya tiga orang lelaki bukan budak kelas aku dengan baju tshirt yang basah dengan peluh. Mesti baru balik dari padang ni.

Tak, sekarang ni, aku patut gelabah ke tak? Aku tak pakai stokin ni.

"Tolong panggilkan wakil kelas B boleh?"

Tak menjawab, aku hanya mengangguk kecil dan terus masuk ke dalam aspuri.

Announcement dekat bilik gerakan? Mestilah tidak. Aku sanggup naik ke dorm batch aku kat aras 2 dari buat pengumuman dekat bilik gerakan. My suara is mahal,ok?

"Umai, ade laki nak jumpa kelas B" tanpa sebarang mukaddimah atau tanya khabar, aku terus menyampaikan maklumat tu pada Umai yang tengah main dam haji dengan Marsha.

Umai nampak terkejut. "Sekarang?"

Aku mengangguk. "Kat luar."

"Yek yek je kau"

"Tak caye sudah"

Malas nak berlama, aku terus balik ke dorm aku. Pandai-pandai diorang la. Bukan hal aku.

Nak tidur. Penat.

Dan aku baru perasan yang aku masih belum buang sticky notes tadi.

sticky notesWhere stories live. Discover now