♡ 8 ♡

21 9 0
                                    


Adilah's pov

Sesampainya kami di taman,aku mengeluarkan telefon untuk menanyakan tentang keberadaan Jin.

Setelah mendapat message daripada Jin,aku melangkah pergi ke arahnya.Aminah dan Jungkook hanya mengikuti langkahku dari belakang.

Aminah berjalan menghampiriku."Kenapa Jungkook ni boleh ikut?Bukannya Jin je ke?"bisiknya.

"Tadi dia ajak aku keluar,jadi dah alang-alang ni aku ajak lah dia sekali"terangku padanya.

Aminah hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

Setelah kami berjalan agak jauh,aku ternampak kelibat Jin sedang duduk di kerusi taman yang terletak tidak jauh dari kami.

"Jin!!"jeritku.Jin menoleh ke arah kami.Dia tersenyum melihat kami yang berlari ke arahnya.

"Haaa sampai pun.Lama aku tunggu tau."kata Jin dan memuncungkan mulutnya.

"Tadi ada orang tu lambat sangat bersiapnya.Mentang-mentang nak jumpa dengan crush dia hari ni."Aku melihat ke arah Aminah yang menjeling ke arahku.

Jin hanya tertawa kecil mendengar perlianku tadi.

"Ohhh.Btw siapa kat belakang awak tu?"tanya Jin dan menunjukkan jari telunjuknya ke arah Jungkook.

"Oh ni Jung-" "Saya Jungkook"potong Jungkook dan tangannya dihulur untuk bersalam dengan Jin.

Jin menyambut hulurannya tersebut.Selepas itu,mereka cuma mendiamkan diri.

"Err jomlah kita pusing-pusing satu taman ni.Lagipun taman ni boleh tahan besar jugak ye"celahku ingin menghilangkan kejanggalan di antara kami.

"Jom"kata Jungkook dan Jin serentak.Mereka memandang  antara satu sama lain.

Aku terus meninggalkan mereka di belakang.Haihh kenapalah aku bawak Jungkook tu..kalau tak takdelah rasa janggal macam ni.

Sepanjang kami berada di taman,kami tidak banyak berborak disebabkan Jungkook ni banyak tanya soalan dengan aku.

Contohnya 'awak dah berapa lama kenal dengan makhluk jin tu?' 'macam mana awak boleh kenal dengan jin?' 'dia kawan awak je kan?' dan macam -macam lagilah.

Aku pun boleh rasa rimas tahu tak?!

Kalau dah rasa rimas macam ni,baik aku balik je kan?Aku mencapai telefon yang terdapat di dalam handbag.

Aku menempah sebuah grab.Aku menarik tangan Aminah untuk beredar daripada situ.

"Adilah!Nak pergi mana tu?"tegur Jungkook apabila ternampak aku yang ingin pergi dari situ.

"Aku nak balik"pamitku dan terus berlalu dari situ.

Huhhh dapat jugak lepaskan diri dari si Jengkuk bebal tu.

Jungkook's pov

"Ni semua salah kau la.Tengok tu Adilah dah balik sebab menyampah dengan perangai kau tu"hamburku pada Jin.

"Eh apahal aku pulak.Dia balik sebab menyampah dengan kau yang banyak tanya soalan dekat dia je dari tadi"

Aku terkedu apabila mendengar balasan daripada Jin itu.

"Dahlah aku nak balik dulu"pamit Jin dan meninggalkan aku di taman ini.

Alaa..aku cuma nak tanya soalan dekat Adilah je.Tu pun salah ke?

Adilah's pov

Sedang aku menonton kdrama favouritku,telefonku mula berdering menandakan seseorang menelefonku.

Aku melihat ke arah nama yang terpapar pada skrin telefon milikku.

Jungkook is calling you...

Haihh mamat ni,apa yang dia nak lagi.Aku terus menjawab panggilan daripadanya tersebut.

Adilah:Awak nak apa malam-malam ni?

Jungkook:Awak marah lagi ke pasal petang tadi?Hmm?

Adilah:Entahlah.Awak rasa?

Jungkook:Yelah saya mintak maaf.Saya janji saya tak buat macam tu lagi.

Adilah:Betul ni?

Jungkook:Yeee

Adilah:Oklah kalau macam tu,saya maafkan awak.

Jungkook:Hehe terima kasih awakkk.Bubyeee.

Adilah:Bye

Aku menutup panggilan tersebut.Comel jugak eh Jungkook ni.Sama je macam dulu.

Aku mula tersengih-sengih sendirian serupa macam orang gila.

"HAHH!Kenapa sengih sorang-sorang tu!!Chat boyfriend ehh??"

Aku memandang ke arah Aminah yang mengangkat keningnya berkali-kali sambil tersenyum sinis.Eh minah ni,aku sepak karang baru kau tahu.Sedap jee nak menuduh.

"Yang kau tetiba tercegat depan pintu bilik aku ni dah kenapa?"tanyaku padanya.

"Taklah,tadi aku terdengar macam ada orang yang bercakap-cakap dari dalam bilik kau.Aku pun apa lagi,terus terjah bilik kau.Alang-alang pintu bilik kau ni terbukak,aku mengintai sekali.Tengok-tengok kau tengah tesengih macam orang gila.Sebab tu lah aku tegur kau tadi."terangnya panjang lebar.

"Elehh mana kau tahu aku tengah chat boyfriend??Sedap mulut kau je nak tuduh aku"balasku rasa tak puas hati dengannya.

"Aku teka je.Manalah tau kot-kot kau memang dah ada boyfriend tapi tak bagitahu aku."

"Dahlah daripada kau memekak dekat dalam bilik aku ni,baik kau keluar sebelum aku hempuk kepala kau dengan bantal koya ni"kataku dan mendekati ke arahnya sambil memegang patung kesayanganku.

Aminah terus berlalu pergi.Aku menutup pintu dan sambung baring di atas katilku yang empuk ini.Selesa bebz.

continue...

♡ thankyou siapa yang sudi vote!!♡

ASSALAMUALAIKUM SAYANG | JJKWhere stories live. Discover now