Bab 3

7 2 0
                                    

Sekarang, Rania tidak tahu sama ada ini adalah hal baik atau buruk. Tapi 90% agak buruk.

"Wah, siapa bayar gaji kau untuk kau berbual dekat sini?" Tanya Raisha sini. Sofea tergamam. Akhirnya, dia terus meminta diri untuk melakukan kerja yang tadinya tergendala. Rania memandang ke arah Raisha. Raisha hanya mengerling ke arahnya sekilas sebelum melangkah kakinya ke arah meja makan. Rania menggeleng kepalanya melihat tingkah laku Raisha.

Setelah siap makan dan memarahi setiap pembantu rumah yang muncul di hadapannya, Raisha ingin kembali ke biliknya. Tetapi, di pertengahan jalan, dia terserempak dengan Rania.

"Kak Rai-"

"Kau. Boleh diam tak?" Balas Raisha. Dia tidak mahu menambah beban di atas bahunya.

"Hm, Kak Rai sibuk ke? Alah kalau sibuk pun, mesti sibuk main phone je, jom teman Ran pergi mall dengan Kak Sof." Telinga Raisha tiba-tiba berdesing. Dia terus memandang tajam ke arah Rania.

"Kenapa kau percaya sangat dengan perempuan tu? Kau tak reti ke, bahaya? Kau tak kenal dia, asal usul dia kau tak tahu. Oh, please. Jangan naif sangat kalau nak hidup."

"Dia baiklah, Kak Rai. Mana ada jahat." Kata Rania tetapi hanya mendapat ketawa sinis daripada Raisha.

"Jangan keluar dengan dia kalau kau nak selamat. Kalau kau keluar dengan dia, dengar sini, aku takkan selamatkan kau." Kata Raisha sebelum beredar ke biliknya. Kata-kata Raisha bermain di minda fikiran Rania. Tetapi, lamunannya dihentikan oleh kelibat Sofea.

'Takpelah. Sekali je keluar dengan Kak Sof. Bukannya bahaya pun, Kak Rai je yang melebih.' Dan akhirnya Rania membuat keputusan sedemikian.

☁☁☁

Remy
Cik Raisha, Cik Rania dah keluar bersama dengan salah seorang pembantu rumah. Perlu ke saya ikut mereka sekarang?

Raisha cuba menahan sabar. Tak guna punya budak. Orang dah larang, dia tetap buat.

"Kau bunuh je."

Remy
Pembantu rumah tu?

"Rania."

Remy
.....

"Ikut diorang senyap-senyap. Hantar location lepas ni." Arah Raisha. Setelah itu, dia bersiap untuk operasi 'menyelamatkan adik tiri yang dibenci'. Dia keluar dari biliknya dan mendengar bunyi kereta. Dia terdiam. Masalah besar, ayahnya dah balik. Pasti akan ditanya nak ke mana.

Ayahnya muncul dari pintu utama. Jujur, dia rindu dengan pelukan ayahnya. Tapi, seorang Raisha lebih memilih untuk meninggikan egonya. Dia mahu membuka mulut dan mengatakan 'I miss you', tetapi lebih memilih untuk berdiam diri. Dia telah menanam sifat benci terhadap ayahnya, jadi dia tidak akan mengubah keputusannya.

Dahulu kala, dia lah orang yang selalu berada di atas pangkuan ayahnya, menunggu ayahnya balik setiap petang dan seorang anak yang sangat periang. Semua itu hancur. Di saat ayahnya menduakan ibunya. Sekarang tidak ada lagi rasa sayang terhadap ayahnya. Hanya kebencian yang semakin hari, semakin menggunung.

Raisha lantas turun dari tangga untuk keluar. Dia berselisih dengan ayahnya. Tetapi, ayahnya langsung tidak dipandang kerana pintu utama adalah destinasinya.

"Raisha." Langkah Raisha terhenti,"Where are you going?"

Hening seketika.

"None of your business, I guess?" Muka ayahnya berubah.

"You're my daughter, Raisha." Raisha berpaling.

"Oh yeah? You.. don't love my mom anyway. You still call me a daughter?" Tanya Raisha.

"That doesn't change anything, Raisha."

"It does. It made everything different. Me and her." Entah kenapa Raisha memberitahu ini kepada ayahnya. Dia tahu ini tidak akan membuat apa-apa perubahan tentang hidupnya, tetapi dia hanya perlu melepaskannya.

"I treat you guys the same, Rai. Daddy-"

"I came from the womb of the woman you hate, she came from the womb of the woman you love. It made sense, right?" Ayahnya ingin mengatakan sesuatu lagi tetapi langkahnya dilajukan untuk keluar dari rumah itu. Kalau boleh dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi. At least not from him, no more. No more white lies.

Tbc 🥀

Step-SistersWhere stories live. Discover now