3

83 32 2
                                    

"sederhananya kamu yang buat aku jatuh cinta"

"sederhananya kamu yang buat aku jatuh cinta"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

> Namjoon's pov

[ 6 : 30 petang ]

di manakah tempat yang aku akan terbangkan 'paper plane' aku pada hari ni ?

tempat istimewa.. tempat kegemaran si dia..

pantai.

flashback

Aku memerhati dia yang duduk sambil menikmati matahari terbenam. Aku menerbangkan paper plane aku ke arah dia.

Dia tersentak. Dia membuka kertas itu untuk membaca isinya.

Dia menoleh ke kanan, kiri dan belakang.

nampaknya dia seperti tidak puas hati. dia masih mencari gerangan aku.

aku tergelak dengan kecomelan si dia sehingga aku tergolek jatuh dari tempat persembunyian.

Dia mengecam wajah ku.

Aku cuba lari tapi ditahan.

"selama ni, awak yang bagi 'paper plane' ni ?" Dia menulis sesuatu di atas kertas lalu menunjuk ke arah aku kerana dia seorang yang bisu. Aku terdiam.

Dia mencuit aku lalu menulis lagi "diam..tanda nya... ye lah kann ?"

Aku takut betul jika perasaan ini di tolak. sakit..aku tahu itu

Aku hanya mengangguk.

Aku dan dia duduk di pantai itu menikmati matahari terbenam bersama.

"saya simpan semua yang awak bagi tu. comel- saya suka hehe"
"even identiti awak dah terbongkar, awak jangan lah stop bagi tau"

Dia tidak berhenti menulis untuk menyatakan perasaannya memandangkan aku tidak berapa faham bahasa isyarat walaupun aku sudah mula belajar sedikit tentangnya.

Dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya seperti aku

Aku gembira dia suka..

sejak itu, kami selalu habiskan waktu bersama melihat matahari terbenam yang indah..seindah wajahnya dan perasaan ini.

end flashback

"semoga awak tenang di sana" aku menerbangkan 'paper plane' untuk hari itu.

angin laut membantu 'paper plane' itu terbang seperti burung

angin laut membantu 'paper plane' itu terbang seperti burung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
─ paper plane  ✔Where stories live. Discover now