→20←

284 43 9
                                    

hari ini ramai orang datang ke dewan dengan memakai baju berwarna hitam dan putih . mereka masuk dan menunduk hormat kepada eomma aku .

appa aku juga menunduk hormat kepada mereka . aku hanya berdiri dan termenung tanpa melakukan apa ii

aku memandang potret eomma .

eomma , kenapa eomma tinggalkan minjung begitu awal ? kenapa eomma tak tunggu minjung ? eomma dah janji dengan minjung yang eomma akan sihat . eomma dah janji nak sambung membebel dan pukul minjung . apa ni eomma ? eomma kenapa buat janji palsu ?

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

aku telah sampai dihospital dan sedang menunggu di depan wad icu . appa keluar dari wad tersebut

" appa- "

" kamu masuklah berborak kosong dengan eomma . jeongwoo kamu pun teman minjung masuk . " jeongwoo mengangguk . appa risau kalau apa ii jadi kat aku .

aku menjejakkan kaki ke dalam wad icu . begitu sayu melihat eomma terlantar dikatil dengan topeng oksigen padanya .

air mata aku masih jatuh dengan deras . aku duduk disebelah eomma manakala jeongwoo disebelah aku . aku memang tangan eomma dan mengusap lembut kepalanya .

" eomma , cepatlah sihat . eomma kan kuat ? eomma boleh hadapi semua ni . " eomma memandang aku dan mengusap lembut juga tangan aku sambil tersenyum .

aku cuba menahan air mata sebab aku dah janji dengan eomma taknak nangis dah .

" eomma janji eomma akan sihat . eomma janji akan sambung bebel dekat minjung . eomma janji- " eomma tidak menghabiskan kata ii nya . dia dah pejamkan mata dia dahulu .

TETTT !!

" eomma ? eomma ? eomma ?! jeongwoo tolong panggil doktor ! "

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

lepasni mungkin aku keseorangan . appa suruh aku tinggal dekat apartment memandangkan tinggal kami berdua je . lagipun minggu depan dah masuk bulan baru dan appa akan pergi ke luar negara . jadi minggu ni kitaorang pindah ke apartment sahaja .

" minjung .. " saetbyeol memegang kedua ii tangan aku . dia cuba menahan air mata dia juga . yedam , yoshi , asahi tengah makan .

" minjung tabahlah ye . kau kan kuat . mesti eomma kau tak senang tengok kau sedih ii . " saetbyeol terus memelukku dan kami menangis bersama .

dan sekarang masuk lah satu keluarga yang cukup sempurna itu lebih diketahui sebagai keluarga bakal mertua aku .

ahjumma park memandang aku dengan matanya yang sudah berkaca . terkejut akan perkara ni berlaku . dia juga memeluk aku dengan erat dan menangis .

" minjung jangan risau okay ? ahjumma ada dengan kamu . kami semua ada dengan kamu jadi kamu takkan keseorangan dengan appa kamu . "

aku hanya memandang lantai tanpa berkata apa ii . memang mulut aku berat harini macam kena kunci . " kalau nak apa ii mintak ahjumma ye ahjumma ada kat sini teman kamu . " aku terus melihat keluarga park itu berlalu pergi ke meja makan .

" minjung , kamu pergi lah makan . kamu belum makan apa ii dari pagi kan ? " aku hanya mendiamkan diri dengan pertanyaan appa . aku takde selera nak makan .

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

sekarang sudah lewat malam dan aku masih duduk di dewan pengebumian eomma . melihat potret eomma dengan sayu . kebanyakan orang dah balik . appa pergi makan kejap jadi aku berseorangan disini .

" minjung jomlah makan . minjung tak makan apa ii dari pagi sekarang dah lewat malam . " aku masih berdiamkan diri dan termenung . dahlama aku diamkan diri tekak dengan bibir aku sudah mula kering , muka aku sudah mula pucat dan kepala aku rasa berat je sekarang ni .

" oppa baliklah dulu . nanti minjung makan . " aku mengukirkan senyuman palsu kepada mashiho dan dia percaya dengan ayat aku . dia pergi dari sini dan balik ke rumah .

aku merenung ahjumma park , jihoon oppa dan juga jeongwoo yang sedang mengemas meja makan . mereka merelakan diri untuk menunggu aku balik dan mereka banyak kali cuba memujuk aku untuk makan walaupun sesuap nasi tetapi tidak berjaya .

semakin lama kepala aku makin berat dan penglihatan aku makin kabur . seharian tidak makan walaupun perut berbunyi tapi tiada selera untuk makan .

BUK !!

" JEON MINJUNG ! "































































⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

TIT TIT !

bunyi bising tu membuatkan aku tersedar . aku membuka mata dan memandang sekeliling . ni bukan bilik aku . takkan apartment baru pulak ?

TOKTOK !

" minjung dah sedar ? ada rasa sakit kat mana ii tak ? tak sedap badan ? " aku menggeleng . ahjumma menghembus nafas lega .

" ahjumma , minjung dekat mana ni ? "

" oh ni dekat bilik jeongwoo . "

" apa dah jadi ? "

" minjung dah 2 hari tak sedarkan diri . doktor kata sebab minjung kurang zat . takpe jangan risau ahjumma akan jaga minjung baik ii . "

" mana appa ? "

" oh appa kamu urus pindah barang ke apartment . jangan risau kamu rehat je kat sini okay ? "

TOKTOK !

" eomma , woo nak cakap dengan minjung kejap . " kami berdua melihat jeongwoo yang sedang tercegat di pintu masuk dan duduk disebelah aku .

" ehem ah eomma lupa eomma ada perkara nak diuruskan ! " ahjumma park terus keluar dari bilik dah menutup pintu dengan perlahan tanpa satu bunyi pun singgah ditelinga aku .

" minjung aku ada satu benda nak bagi kau . " dia menghulurkan telefon dia dan terpampang lah muka eomma disitu

" bukalah . " pinta jeongwoo .

" annyeong minjung ah anak kesayangan eomma ! " eomma tersenyum sambil melambai - lambai pada kamera.

waktu ni eomma tengah pakai baju hospital . dia duduk kat katil .

" minjung , eomma nak bagitau sesuatu ."

" kalau satu hari eomma takde , minjung jangan sedih tau ! mian sebab eomma dah tak larat nak bertahan . eomma dah menderita selama 1 tahun . mian jugak sebab eomma tak pernah bagitau minjung . eomma taknak susahkan minjung . eomma tengok minjung sentiasa fokus untuk belajar . " eomma masih tersenyum walaupun dia rasa sedih di hati .

" ehem jeongwoo kamu pun ahjumma nak bagitau . jaga minjung tu leklok ! dia tu bakal isteri kamu ! kalau kamu sakiti minjung , eomma datang pukul kamu dalam mimpi ! " aku yang ingin menangis terus tergelak mendengar pesanan eomma pada jeongwoo .

" lastly , eomma nak bagitau . kamu minjung jadilah isteri yang berbakti pada suami . jeongwoo pulak jadi suami yang baik . impian eomma nak tengok kamu berdua berkahwin nampaknya tak kesampaian . takpe eomma boleh tengok kamu dari atas . "

" ehem jihoon ahjumma dah siap . " eomma menyeka air matanya .

" eomma ... " aku menangis selepas sahaja video eomma sudah habis . jeongwoo mengusap belakang aku dan aku masih tidak berhenti nangis . semua kenangan manis aku dengan eomma diimbas di kepala aku .

jeongwoo terus melutut dihadapan aku . " dah jangan nangis , eomma kau marah aku nanti . " jeongwoo terus menghulurkan sehelai tisu dan terus memeluk aku .

' gomawo park jeongwoo '

- love relationship | pjw -Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz