Bab 1 : ❤️

7 0 0
                                    

Fillea Malaika berlari anak ke muka pintu.

Hari ini, hari selasa. Kedengaran biasa kan? Tapi bukan untuk Fillea. Hari ini menjadi hari yang ditunggu-tunggu olehnya.

"Ayah!" Ceria suara Fillea menyapa.

Dia gembira. Akhirnya, ayahnya pulang juga.

Lebih kurang enam bulan lepas, ayahnya, encik Malique ke Itali dengan harapan mendapat kerja dan gaji yang tinggi. Encik Malique ada beritahunya bahawa ada kawan-kawan dan ahli keluarga mama di sana yang membantunya mencari kerja.

Walaupun berat hati, Fillea hanya benarkan. Siapalah dia untuk halang? Lagipun ayah bekerja untuk sara dia juga. Lepas mama meninggal, mereka dua beranak jadi susah tanpa sebab. Mungkin sebelum ini, mama yang selalu menanggung hidup mereka.

Kemudian, pada umurnya yang hanya sembilan belas tahun, susah sebenarnya mahu cari kerja. Jadi sekarang, Fillea hanya akan memasak untuk diletakkan di kedai-kedai berdekatan.

"Fillea, sihat?" Mendatar suara encik Malique menyoal dalam bahasa Kadazandusun.

Fillea rasa pelik. Pelik dengan sikap ayahnya yang kelihatan agak lain dengan Fillea. Selepas mama meninggal, encik Malique memang jadi dingin dan pendiam. Tetapi hari ini, lelaki dalam lingkungan lewat empat puluhan itu nampak seperti gelisah. Kenapa ya?

"Osonong i boh. Nunu habar nu baino?(Sihat. Ayah apa khabar?) Nokoakan ko noh toi ko amu? (Dah makan ke belum?) Fillea ada masak makanan kesukaan ayah." Bertalu-talu Fillea berkata. Segala apa yang bermain difikirannya dihalau pergi.

Apa yang dia rasa sekarang adalah perasaan lega. Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang untuk dia berjumpa dengan ayah lagi.

"Jom, jom. Kita kena masuk cepat." Ujar encik Malique. Tangga kayu itu dipanjat dan dia melangkah melepasi Fillea di muka pintu.

Spontan kepala Fillea bergerak ke belakang mengikut susuk tubuh ayahnya. Kening Fillea jadi berkerut.

Ayah betul-betul lain. Fillea mengeluh risau. Lega hanya sementara, rasa gundah pula yang datang menyerbu.

Pintu ditutup sebelum dia juga masuk ke dalam rumah.

⌘⌘⌘

Nasi dicedok ke dalam pinggan encik Malique. Kemudian, air pula dituang ke dalam gelas dan diletakkan di tepi pinggan ayahnya.

Fillea capai pinggan lain. Nasi dicedok untuknya pula. Kemudian, lauk asam pedas itu membanjiri pinggan.

Nasi disuap semulut. Dua mulut. Tiga. Empat... Hmm, sedap! Fillea ketawa di dalam hati. Puji diri sendiri pun kira okay.

Ayahnya yang duduk bertentangan dengannya dilihat sedikit. Diam. Encik Malique makan dengan berselera. Itu sudah mampu membuat Fillea tersenyum. Pasti ayah lapar sebab tak makan semasa di dalam flight.

"Kerja di sana okay ayah?" Fillea memulakan perbualan.

Dari hujung mata, dapat Fillea mengesan tangan ayahnya yang sedang subuk makan itu terkaku. Terus Fillea angkat muka.

"Kenapa? Ayah ada masalah ke kat sana? Ada nak bagitahu Fillea apa-apa?" Soal Fillea lembut. Fillea memang begitu, lemah lembut. Sama saja seperti hatinya.

Encik Malique diam. Nafas dihela kasar. Sibuk betul anak perempuannya ni. Rimas!

"Ayah?" Panggil Fillea apabila encik Adnan masih diam.

"Eh, kau diam boleh tak?! Tengok. Aku nak pun dah tak selera. Dah lah." Suara encik Malique terlepas tinggi. Tangan diketuk kasar di permukaan pinggan. Tersentak Fillea melihat tingkah ayahnya yang tiba-tiba itu.

Tanpa menunggu, encik Malique bangkit dari duduknya dan pergi ke arah sinki. Tangan dibasuh hingga bersih. Selepas itu, dia berlalu meninggalkan Fillea di meja makan seorang diri.

Fillea jadi terkelu sendiri. Jujur kata, hatinya terasa. Tetapi dia endahkan itu. Dia cuba untuk fahami ayahnya.

Pasti ayah stress dengan kerja. Ya, ayah cuma tertekan. Dan kalau diberikan masa, pasti ayah akan okay.  Suara hati Fillea cuba untuk yakinkan diri sendiri.

Perlahan-lahan makanan disuap masuk mulut lagi. Seleranya juga hilang tiba-tiba.  Namun dipaksa juga supaya tidak membazir.

Selesai makan, Fillea membasuh pinggannya dan pinggan encik Malique. Selepas itu, dia masuk ke bilik. Fillea juga perlukan rehat.

⌘⌘⌘

Buk! Buk! Buk!

Bergema bunyi tersebut di segenap ruang bilik ini. Tangannya laju menumbuk-numbuk. Kakinya pula diangkat tinggi untuk menyepak.

Lukas melihat punching bag yang tergantung itu dengan mata kelabunya yang mencerun tajam. Sekali lagi, berkali-kali tumbukan dilepaskan.

Nafas ditarik dan dihembus kasar. Dadanya berombak laju. Peluh menitik-nitik jatuh ke lantai. Rambutnya juga basah kerana peluh sendiri.

Seketika berlalu, Lukas akhirnya berhenti daripada menumbuk dan menyepak punching bag itu. Tuala yang tersidai di tepi diambilnya. Peluh dilap-lap.

"Tuan Muda," tegur salah seorang anak buahnya.

Lukas sedikit pun tidak menoleh. Dia hanya sekadar menunggu untuk anak buahnya berbicara.

"Malique hilang. Nampaknya dia dah lari." Ujar lelaki itu.

Segala perlakuan Lukas jadi terhenti. Hanya sekejap sebelum lehernya dilap. Wajah tenang dipamerkan. Tenang dimuka dan bukan dihatinya. Kerana saat ini hatinya rasa menggelegak.

Lari? Lelaki tua itu memang sudah buat keputusan berani mati!

"To where?" Dingin suara Lukas menyoal.

"Good news. Kami jumpa dia di Sabah, Malaysia." Ujar anak buah Lukas lagi.

"Wah! Lepas dah hutang, berani dia larikan diri?" Lukas berkata-kata sendiri.

"Well, kita akan cari dia di sana. Disebabkan dah hutang, memang sampai ke lubang cacing aku akan cari dia" keras suara Lukas minitip kata.

Lukas seperti berfikir seketika sebelum bibirnya menyenget sinis. Riak matanya juga tiba-tiba beriak seperti terhibur.

"Nampaknya, kita bakal pergi bercuti ke Malaysia minggu depan." Ujar Lukas. Pantas difahami oleh anak buahnya itu. Anak buahnya keluar dari bilik gim. Mahu menempah tiket awal-awal.

Lukas menghela nafas panjang. Lelaki tua itu, huh! Sudah hampir enam bulan tetapi lansung tidak dibayar hutangnya. Malah dia lari pula ke negara sendiri? Memang silap besar kalau dia fikir dia boleh terlepas!

Ini Lukas Teofilo, lelaki itu takkan boleh terlepas. Kalau ayahnya, Tuan Besar De Santis tahu, pasti ayahnya juga marah. Tak apa papà, biar Lukas yang uruskan.

Lukas senyum lagi. Tiba-tiba rasa tidak sabar mahu ke Malaysia. Ini mungkin akan menjadi kali pertama dia menjejakkan kaki ke sana. Dalam hati dia berkata...

Terima kasih, encik Malique. Sekurang-kurangnya aku dapat merasai suasana di negara asia lagi.

Kepala jadi tergeleng-geleng pula. Ketawa kecil terlepas dari mulut. Terhibur benar Lukas dengan sikap encik Malique.

Let say, jarang ada orang yang berani cari pasal dengan mereka. Agaknya, encik Malique hanya menganggap Lukas seperti along saja. Sebab itu, dia berani buat hal.


⌘Tbc <⌘

[OG] ENCIK MAFIA & GADIS ODALISQUEWhere stories live. Discover now