Menyelesaikan Masalah

2.6K 41 0
                                    

"Tapi.. Chard.. Aku mengandung.. " ucap Renna sambil memegang perut yang masih rata   

Semua orang didalam sana terkejut bukan main mendengarnya, tidak! Richard sama sekali tidak terkejut dengan nyataan Renna, ia masih santai dengan tangan mengusap lengan Lenka dan kecup dipucuk kepala Lenka, menunjukkan bahwa betapa cintanya dia kepada Lenka   

"Ren.. Kamu jangan buat lawak disini kamu mahu memalukan harga diri kami" ucap Dina dengan wajah penuh tidak percaya 

"Tapi.. Aku benar-benar hamil ma.. "  ucap Renna menyakinkan ibunya

Bang!  

Dina memukul meja dengan keras, ia masih belum percaya dengan ucapan Renna sebagai seorang ibu, sudah tentu ia sangat mengenali sifat anak-anaknya yang mana baik dan salah Dina ingin bersuara namun Borden menahannya 

"Sudahlah ma.., biar papa yang uruskan" kata Borden Lembut kepada isterinya

"Uruslah anak papa yang satu ini.. dan terus manjakan dia, kerana papa dia jadi seperti ini!" ucap Dina dengan penuh amarah dan terus paling muka kearah lain 

Borden hanya mengeleng saja kerana dirinya yang kena dimarah balik oleh istrinya, Borden segera menatap Renna  

"Nak, kamu cakap hamil? anak siapa? tolong jangan buat kami keliru" tanya Borden  

"Aku tidak bohong, ini anak Richard pa.. baru 2 bulan" Ujar Renna dengan raut wajah sedih  

Semuanya kembali terkejut lalu memandangi Richard yang kini terlihat begitu tenang bahkan masih sempat bermesra dengan isteri kecilnya dan sama hal dengan Dina, dia tidak terkejut kerana ia sudah faham betul dengan sifat Renna  

"Chard, apakah kamu pernah menyentuh nak Ren sebelumnya?" tanya Sammy ayah kandung Richard  

"Ya" jawab Richard dengan tenang membuat semua orang jadi tegang termasuk Lenka sedangkan Renna senyum tertahan 

"Jadi anak didalam-" 

"Bukan!, itu bukan anak kandungku" Richard terus memotong pertanyaan Sammy sambil menatap Renna dengan tajam  

"Mengapa dia bukan anakmu?" tanya Sammy lagi 

"Kerana aku bukan orang bodoh yang mahu menghamili seorang wanita sebelum berkahwin, aku tidak bodoh untuk melakukan hal itu aku belum lupa lagi, setiap kali aku ingin melakukan itu, aku sentiasa mengunakan k*nd*m, sekali pun aku tidak pernah lalai dan yang terakhir kali 3 bulan sebelum majlis pernikahan, hari itu pun aku masih gunakan k*nd*m tidak pernah lupa hal itu" 

"Jelas-jelas itu bukan anak kandungku tapi kenyataannya itu adalah anak kekasihnya yang dia ikut lari di hari perkahwinan!, dan mana mungkin dia boleh mengandung sedangkan kami sudah berbulan-bulan tidak bertemu atau pun bersentuhan dan kalau tidak percaya lihat ini!"

Richard membantingkan beberapa gambar diatas meja, dan gambar itu adalah Renna yang bercumbu mesra dengan kekasihnya 

Diam, semuanya terdiam!, Renna yang tadinya tersenyum kini berubah menjadi pucat saat melihat gambar-gambar tersebut 

"Bagaimana mungkin!, mengapa photo aku boleh ada ditangan Richard!, apa selama ini aku telah di mata-mata oleh Richard?!" Renna mengepal erat tinjunya

"Apakah aku benar-benar sudah tidak ada peluang untuk kembali kepada Richard lagi?" tanya didalam hati Renna tapi tidak mungkin dia membiarkan dirinya hamil anak luar nikah apatah lagi kekasihnya yang tiba-tiba hilang! 

"Tidak! aku benar-benar hamil-hamil anak kau Chard.. atau kau tidak mahu bertanggungjawab kerana aku hamil anak luar nikah, benarkan? Chard.?"    

Richard terus ketawa lantang, nampaknya wanita itu tidak dengar apa yang ia katakan tapi sungguh kasihan sekali wanita itu, kekasih sendiri yang bagi hamil tapi minta pada orang lain untuk bertanggung jawab    

PERFECT, MY LITTLE WIFE [END] Where stories live. Discover now